Sunday, November 27, 2005

SeLuar JEaNs BUtToN FLy

dulu aku ada satu suar jeans hitam faded button fly. suar tuh biasa jerk. suar murah. semilan ploh hinggit. jenama pun aku tak ingat. LEE jeans rasanya. button fly. the reason i KEEP pun sebab ianya button fly. kalau tak dah lama aku letak dalam wardrobe aku. faded jeans nih susah skek kut aku nak padan kan. tapi aku pun hairan kenapa aku beli.

aku beli mungkin sebab aku cuma nak rasa kelainan jerk kut. aku beli mungkin sebab masa tuh aku macam dah tak ada pilihan sgt kut. lagipun dalam almari aku tader lagi jeans macam nih. banyak yang ada solid colour dan kaler biru. atau sebab aku tak pikir panjang. masa tuh aku jalan ngan kawan aku masa beli nih kut. so aku rasa more or less, rushing kut. time factor. peh tuh pulak kawan aku nih paksa2 aku buat keputusan. aku pun hentam jerk la. lagipun suar nih murah kan. ok jerk lah. of all, tak der la minat sgt at the first sight.

kemudian baru2 nih aku pergi genting. overnite semalam kat sana. hari yang aku nak balik tuh aku mandi dulu. ye lah nak kasik fresh ckek la kans. dalam beg aku ada bawak satu lagi suar. suar pendek kaler hitam. tak la pendek, three quarter lah. aku decide nak pakai suar pendek tuh instead of that buttonfly (BF) jeans. aku letak BF jeans tuh kat tepi almari. macam tersorok ckek lah. aku siap2 sama ngan adik aku. kitorang hangkut barang2 peh tuh masukkan dalam kereta. then pergi la main kat outdoor game tuh. lama gak la sampai muak main. adik aku naik space shot tuh. aku pernah naik sekali. tapi tobat la tak naik lagik dah. ko kasik aku sejuta pun aku tak nak.

petang dalam kul 7 tuh kitorang makan. actually buka puasa. dah sesiap dalam kul 9 masuk kereta. ngehehhehehe. punya la penat kitorang decided untuk tidow dalam kereta dulu sebelum toron KL semula. masa sebelum aku tido tuh aku try carik suar jeans aku nih. tetiba baru la aku perasan yang suar jeans aku tuh tercicir atau ngan kata lainnya hilang la kut. huhuhu. aku suspect aku meninggalkannya di bilik hotel tuh. adik aku suh aku g amik. tapi aku malas. kenapa erkk??

aku tinggalkan suar jeans tuh sebab, aku rasa macam tak menarik sgt kut appearance dia. lagipun susah nak match ngan banyak baju aku. lagipun murah. tinggal pun tak per lah. aku harap hotel tuh nanti kasik bungkus peh tuh derma la kat pakistan nya aid tuh. kenapa aku tak ambik erkk?? walhal mmg hotel tuh akan simpan buat sekian lamanya selama 6 bulan paling kurang pun.. pada aku masa tuh kan aku pikir:

1) ala suar tuh murah nanti aku ley carik ganti yang lebih baik dari tuh
2) aku plan nak beli masa raya sale nanti lagi gempak kut
3) kaler dia tak der la menarik sgt. biasa jerk. tak der X-Factor
4)walaupun aku selalu pakai, aku kindda bosan la kiranya, walaupun suar nih selesa
5) dah jadik suar basahan walaupun baru 4 bulan beli. jadik duk pakai selalu, tgk selalu aku rasa muak la pakai.
6) macam dah kurang excitement nak pakai sua rtuh. tapi aku heran kenapa aku bawak jugak? sebab mungkin dah takdir nak kena tinggal la kut suar jeans nih.
7) aku nak explore la suar jeans lain. sebab tuh aku tak mo terlalu terikat ngan fashion suar jeans nih.

so nak dijadikan cerita, aku rasa suar tuh dah pun disedekahkan dan dah pun sampai ke tangan orang lain dan hilanglah dari simpanan tangan aku.

lebih pelik ada satu hari tuh sebelum raya tetiba aku tercarik2 suar jeans tuh. sampaikan aku call mak aku dan dera adik pompuan aku yang kat kampung tuh suh dia carik. aku kasik upah carik sploh hinggit dan kalau dapat carik aku kasik lagi upah sploh hinggit. last2 sekali mak aku cakap tak der tinggal kat umah. macam orang giler aku carik suar tuh. walhal aku bukannya suka sangat pun. ntah macam mana, baru lah aku teringat yang aku dah pun KEHILANGAN suar jeans tuh. hilang?? aku mengeluh.. huhuhuhuhuhuhu...

aku pergi shopping. aku carik suar yang sama. akak tuh kata,'ooo yang tuh dah tak der jual la dik. sebenarnya yang tuh special edition. derang dah tak buat dah'. tapi harga diamurah jerk kak 'sebab tuh la panggil secial edition dik.' aku kaget jap. terkesima siyut ngan jawapan akak tuh tadik. betul gak kan. special edition doesnt have to be expensive. aku cakap kat akak tuh ada tak yang serupa macam tuh punya jeans. jenama lain ker apa ker?? atau yang lebih bagus?? akak tuh bagi dua tiga helai aku cuba. aku pakai. jeans yang:

pertama: erkk sendat siyut. low cut. nak mampos mana boleh aku pakai lo cut ngan perut n tigh aku yang high cut. tak seswai

kedua: erKKkkK kaler tak best.. ada ker biru terang dia kasik kat aku yang gelap nih. nak mampos!!!!

ketiga: best. selesa. warna cantik. tapi maha maha mahal!!! tak mampoooo maposssss!

bila aku teringat balik.. dulu aku kata:

1) aku nak carik suar yang lagi cantik design dia. tapi akhirnya aku carik suar yang exactly sama macam suar yang hilang tuh

2) aku nak expl0re fashion lain. tapi akhirnya aku compare suar yang lain ngan suar yang hilang tuh

3) aku ingat aku boleh carik suar yang lebih baik dan mahal ckek. tapi upanya tak der yang cam tuh. yang baik dan bagus comes with the cost. and at that moment i couldnot afford to have that seluar!

bila aku pikir2 kan balik, isk menyesalnya aku sombong ngan suar aku tuh. tak der la nak kata tak chantek suar tuh. tetiba aku nyesal sangat. dan aku tahu sejuta mana pun sesal aku, aku takkan dapat suar yang hilang tuh lagi. sebab suar tuh dah jadik milik orang lain. walaupun orang tuh dapat bukan 1st hand, tapi kalau dia menghargai mesti dia sayang suar tuh. dan aku, setelah penat aku carik suar tuh, pas tuh aku bayar, tetiba aku sengaja hilangkan. bodohnya aku!!!

balik umah kat kampung aku cerita ngan mak aku suar aku hilang sambil describe kan suar tuh kat mak n adik pompuan aku. sekali depa cakap 'oooo suar tuh. beli la lai satu. sebab suar tuh nampak cantik sebenarnya.cuma jgn pakai ngn baju yang terang nanti tenggelam'. lagi sekali macam kena penampar tersedar yang suar tuh chantek. cuma aku yang tak nampak. aku yakin kalau aku jumpa mamat yang pakai suar tuh mesti aku akan jeles!!! arghhhh benci.. kenapa aku tak sedar benda nih!

tu lah.. aku nih semua nak kena bagitau baru aku nak percaya. skarang nih baru aku tahu yang suar tuh cantik... baru aku sedar yang selama ari nih nak explore fashion tuh sebenar nya tak ada apa2 bila aku lepaskan benda yang aku gagal lihat sebagai chantek. sepatutnya aku kena pikir, apa salahnya simpan suar tuh dan dalam masa yang sama explore la the jeans fashion? kan??? nak compare ker apa ker senang la ckek. after all nanti aku akan ada sense of appreciation ye tak?? tapi aku rasa sebab aku terlalu muda untuk menilai dan aku membuat keputusan tanpa berpikir panjang. aku nak something trendy, fashionable dynamic and non-static punya style. last2 aku rindy pada faded buttoned-fly jeans aku. sebab itu style yang paling simple walaupun ada sedikit complication bila nak match kan baju. takkan tak ley fix kan??

waktu aku tulis benda nih, aku masih teringat aku punya jeans tuh. kenapa aku bagitau benda nih erkk.. aku nak korang JGN ULANG KESILAPAN aku. mmg la ini suar jeans jerk. baca la dgn skop yang lebih luas. bila aku dah kehilangan suar tuh baru aku menyesal.

dulu masa kat kmpung moyang aku ada tanam jagung, masa tuh aku kecik lagi. tak la luas tapi as a budak kecik aku nampak macam dunia yang besar. tapi bolehla main sorok2. hehhehehhee... balik kampung tanam jagung katanya! moyang aku cakap saiz jagung nih lain2 la. peh tuh dia kata kat aku:
'abang, abang g carik jagung yang paling besar pada pandangan abang. tapi ingat ada syarat. abang boleh jalan ke depan sahaja dan tak boleh toleh ke belakang dan hanya petik satu saja jagung.nanti wan kasik upah'

giler per moyang aku nih. tapi dgr perkataan upah tuh terus la aku meluru masuk dalam tpt tanaman jagung tuh. aku tak pikir apa. yang aku tahu aku nak carik jagung yang besar. memula aku nampak satu. tak la besar sgt. aku biar kan. aku jalan lagi. wan aku perhati kan aku. takut aku ngelat. ngehehhehehehhe. lama gak aku explore jagung2 tuh. huhuhuhuhu. konon2nya aku nak dapat yang paling besar dan yang paling best. last2 aku sampai kat penghujung. aku pun dah tak ingat berapa banyak jagung yang aku tgk. so aku petik la yang satu depan mata aku. kau lari kat nenet aku. aku kasik kat dia. dia tanya, nih yang paling besar abang nampak dan abang rasa?? aku jawab, ha ah. kondifen (confident) nih jawab. then nenet aku masuk dalam batas2 jagung tuh. beberapa langkah jerk dari aku. tak sampai seminit dia kuar. bawak kuar jagung yang jauhhhhhhh lebih besar dari jagung yang aku petik. aku amik masa 15 minit merayau explore batas2 jagung2 tuh. nenet aku amik masa kurang seminit untuk dapatkan jagung yang best, lagi besar. bedebuppp hancur la harapan aku nak dapat upahhhh... waaaaaaaaaaaaaaaaaaa :-( ...moral of the story, pikir sendiri lahhh... lagi satu, jgn tertipu ngan nenet2 nih.. depa nih kata jerk nak kasik upah tapi sebenarnya satu jam aku kena leter ngan dia. huhuhuhuhu.... dan hari yang aku kena leter tuh adalah hari yang palinggggg panjangggggg buat aku!!

motif cerita jagung pulak, kenapa bukan terung erkk?? hahahhahaha.. ntah dah nenek aku tanam jagung mana pulak aku nak carik terung ker padi ker kelapa ker. hahhahahahha...

okeh lah.. pada yang membaca antar baris ayat akan paham dan akan tahu. yang membaca sekadar untuk suka2 (macam aku nih, tulis suka suka jek) dah la tuh berenti la jgn buang2 masa **mati la statement berangan macam ada orang baca blog sunyi ini.

huarghhhhhhhhh aku rindu kat adik aku.. tapi dia rindu tak kat aku???

No comments: