“Benarlah janji janji Allah. Dan celakalah mereka yang meperolokan kematian, yang menipu kejadian tua. Yang mengingkari ketentuan Allah. Yang mempunyai sifat Mutaqqabir, yang merasakan diri mereka lebih baik dari yang lain sedang mereka hanya bersifat baharu dan akan musnah”
Puji pujian bagi Allah tuhan semesta alam, maha suci tuhan dari sifat mustahil dan baharu. Yang merajai di hari kebangkitan yang tidak akan mati dan tidak akan musnah. Selawat dan salam untuk junjungan besar Muhammad (s.a.w). Yang menjadi contoh tauladan umat sepanjang zaman.
‘al fatihah untuk allahyarham tun ghafar baba. Semoga rohnya dicucuri dan dilimpahi rahmat dari allah subhana wa ta’la. Yang terputusnya semua urusan dunia baginya keculai yang tiga perkara. Semoga doa yang dipanjatkan di tangga rahmatNya memudahkan urusan allahyarham.
Al fatihah untuk arwah ayah dan nenekku. Ketiadaan mereka amat aku rindui. Dan Maha Benarlah janji janji Allah. Sesungguhnya dia lah sebaik baik pentadbir alam’
Dan mati itu adalah benar, dan tua itu juga adalah benar. Dan ada di antara kami yang bermegah megahan mencabar anugerah yang diberikan. Tidakkah kami bersyukur dgn kerut di dahi? Tidak kah kami bersyukur dgn uban dikepala? Hingga ada yang memberatkan diri kami untuk menutupi garis garis kesedihan hidup dari pandangan umum dan yang menempekkan debu debu yang menjadi fitnah besar untuk tanyangan bermegah megahan. Tidak lah kami berfikir yang tua itu suatu nikmat. Yang memberitakan pada kami bahawa hidup mu panjang. Supaya kami berfikir bagaimana ianya dihabiskan. Yang memberitakan kepada kami, bahawa tuhan kami mahukan kami duduk di atas bumi dgn IhsanNya. Supaya kami mentadbir kehidupan kami mengadakan kebaikan kepada yang lain. Supaya kami berpesan pesanan antara kami, agar kami bertolongan ke arah kebaikan.
Dan demi hati yang berbolak balik, begitu mencintai kehidupan dan kecantikan dunia yang menipu. Dan lidah lidah yang mengucap tahmid kepada yang Maha Esa, namun dalam masa yang sama menjadi pencela, pengeji dan pengadu domba. Dan takbir, ruku’ serta sujud yang tidak mampu mencegah kemaksiatan, bahkan menjadi fitnah yang amat hebat di hari pembalasan. Sedang ada pula yang menuduh sebahagian kumpulan yang lain sebagai melampau. Adakah mereka tidak menilai kejadian mereka, siapakah yang layak menghukum dan menghinjak maruah umat yang lain?
Celaka besarlah mereka yang berlumba lumba mengumpul dunia, dan dunia ini seolah olah tidak mengcukupkan kehidupan mereka. Yang sentiasa resah untuk menambahkan lagi dan lagi. Yang risau tentang anak pinak mereka. Yang risau tentang keturunan mereka, yang mementingkan duduk pangkat mereka dalam masyarakat, supaya ramai yang tunduk dan sujud di kaki mereka. Supaya mereka ini boleh menaikkan sesiapa yang mereka mahu dan menjatuhkan yang lain dalam sekelip mata. Dan mereka ini seolah olah melakonkan watak tuhan mentadbir kehidupan. Maha Suci Allah yang tiada sekutu baginya, yang tidak beranak, tidak diperanakkan dan tidak mempunyai sekutu. Maha Suci Allah yang merajai kerajaan di langit, di bumi dan khalifah yang mentadbir. Maha Suci engkau dari fitnah mustahil itu. Dan mereka berfikir mereka boleh merosakkan barang/orang yang baik dan terpelihara kehormatannya sedang allah telah pun memberitahu akibat buurk pada mereka yang menaruh ingatan berbuat demikian. Bergembiralah orang orang yang bersabar, tentang fitnah yang datang melanda.
Dan berlumba lumba yang ada di antara kami, menunjuk nunjukkan apa yang kami punyai. Menunjukkan betapa ramai kabilah yang duduk dgn kami. Dan menujuk nunjuklah kami betapa ramai kawanan yang akan berperang dengan musuh musuh apabila diseru. Dan berbanggalah kami bila mana ada suatu kumpulan yang dapat kami suruh suruh bila mahu melakukan suatu yang jahat. Supaya kami ini terlihatkan tidak bersalah. Adapun sifat ini tidaklah ubah seperti ketua ketua kaum Quraisy yang menafikan keEsaan Allah, yang merencana kejahatan tetapi beranggapan berlepas tangan dari segala tuduhan kesalahan. Adapun diantara kami ini cuba menipu tuhan yang Maha Mengetahui setiap rancangan keji itu. Dan adakah kami lupa yang kami menipu diri kami sendiri. Maha Suci Tuhan yang memberi peluang untuk kami bertaubat. dan tuhanku menurunkan ujian supaya kami berfikir, untuk menjaga lidah dan yang berada diantar 2 kaki. Adakah kami ini golongan yang menafikan hari yang padanya akan berlakunya zalzalah?? Yang menyerakkan dan membangkitkan semula tentang apa yang telah kami kerjakan, yang telah kami usahakan. Celakakah diri yang mengendong fitnah dan mengadu domba. Yang memporak perandakan kehidupan yang lain. Yang menjadi pendusta agama dan menjual agamanya(aku berlindungan dgn nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasih).
Hari ini aku melihat cermin. Maha suci tuhan dgn segala keampunan yang ku pohon. Dan sebaik baik kejadian dan kesempurnaan qudratMu dan ketelitian perancanganMu, perbaikilah sifat ku supaya aku menjadi kesenangan pada yang lain. Supaya aku membawa kegembiraan pada mereka. Supaya aku membawa perkhabaran dariMu buat mereka. Supaya aku dapat menyabarkan keresahan, baik di dalam hati mahupun hati hati yang meruntun rasa.
Hari ini aku bersyukur, kerana ada matahari untuk aku lihat, dan aku bersyukur ada garis garis di dahi dan mata ku, tanda usia yang melanjut. Dan Maha Suci Tuhan aku menerimanya dgn hati yang terbuka. Semoga engkau memberi rahmat kepadaku dan menjauhkan ingatan untuk merubah ciptaan dan kegigihan untuk menutup apa yang memalukan bagi sesetengah insan.
Dan tuhan yang mempunyai seluas luas ilmu pengetahuan. Ajarkanlah aku apa itu kehidupan. Tunjukkanlah aku jalan yang lurus. Terangi perjalanan ku dan jgn engkau biarkan aku seperti mereka yang berkelana dlm pekat malam, tercari cari jalan yang membawa erti kehidupan. Pinjamkan aku kehebatan QalamMu, supaya aku dapat menyampaikan, dan berpesan pesan kepada yang mahu mendengar. Jgn lah Engkau palingkan hati kami dan pandangan kami dari ayat ayatMu. Dan peliharalah kami dari sifat pendusta yang hidupnya memungkiri janji. Jauhi lah kami dari sifat bermuka muka, seburuk buruk sifat orang munafiq. Anugerahkanlah kepada kami sifat penyantun, penyanyang dan pemaaf supaya kami menjadi orang orang yang senang dan menyenangkan.
Demi tuhan yang bersumpah atas nama malam, dan siang, serta amal yang telah dikerjakan hambaNya, jauhi kami dari sifat bakhil dan ria’ supaya kami merasa kaya dgn kemiskinan dan kami merasa banyak dalam sedikit.
Dan Engkaulah Tuhan yang disembah, kuatkan ingatan ku padaMu. Agar tidak memberatkan hatiku pada mahluk dan. Kuatkan ingatan ku pada dosa dosa yang terasa tidak terampun kan supaya memberatkan aku mengejar melakukan kebaikan. Dan tuhan ku, aku berlindung dgn rahmat dan hidayat mu. Supaya sumpah yang ku lafazkan biarlah terputus bila nafas bergumam di lorong halqum.
++++++++++++++++++++++
aku mungkin tidak secantik kamu,
aku mungkin tidak sehebat kamu,
aku mungkin tidak segaya kamu,
aku mungkin tidak sekaya kamu,
aku mungkin tidak sekuat kamu,
aku mungkin tudak punyai kawan seramai kamu,
aku mungkin tidak punyai pekerjaan seperti kamu,
tetapi,
aku punyai dua nafas, naik dan turun,
aku punyai 3 masa, lepas, sekarang dan hadapan,
aku punyai keluarga,
aku punyai agama,
menyebut kalimah tauhid,
melakukan yang lima,
mengerjakan yang sebulan,
melakukan bacaan,
menyatakan sumpah di baitullah,
(katakanlah kamu lebih baik dari diri aku)
dan apalah dunia,
bila nanti aku tidak lagi berupaya bergerak,
tidak mampu lagi memandikan diri yang ria’,
tidak lagi mampu bersuara besar,
dan nilainya dunia,
3 helai kain kafan,
ditemani oleh amal baik dan buruk.
-fallen ayiengel-
1 comment:
ermm ada kesalahan tatabahasa dan titibahasa juga tutubahasa (kob kobih).tapi abaikan jerk lah sebab tak larat la nak check kan **mati la grammar aku check!! dikriminasi sgtkan.
Post a Comment