Thursday, July 05, 2007

SimPaTi: BiLa KuraNG iLmU Di DaDa

bacalah dengan nama tuhanmu. yang Maha Mengetahui, yang menurunkan Para Nabi mengajak kepada kebaikan dan yang menyampaikan ayat2 Allah, menegah dan mencegah kemungkaran perilaku anjuran syaitan yang direjam, iblis yang dilaknat.

bacalah dengan akalmu. yang mengimbangi jiwa yeng emosi dngan ilmu pengetahuan.

bacalah dengan kekuatan kebenaran bukan dengan menafikan apa yang haq.

bacalah dengan berlapang dada bukan dengan mencari kesalahan.

bacalah dengan teguran yang membina, bukan menjatuhkan.

bacalah, tulisan aku dengan sedikit ilmu di dada yang dipinjamkan dari khazanahNya yang tidak terkurang walau sedikit pun.
+++++++++++++++++++++++++++++++++



hiks... complaint?? pada aku orang yang kritis jer yang mampu memberi komplen dan komen membina. hak hak hak. yang 'tidak pandai', hHEhehe i know they will always try hard to look smart by 'commenting' others punya blog or entry. walhal, paham pun tidak apa yang orang lain tulis. KNOWLEDGE nan ado katanya. hak hak hak.

ada orang menulis untuk luahkan tekanan. tapi ada orang pulak menulis untuk memberi tekanan pada orang lain. isk isk isk.. inilah 'perangai Melayu lama'. ai merungut kah?? hiks. bila mak mak marah, ayah ayah menegur adakah mereka merungut?? astagaaa... nih kenapa cakap macam tak der family nih.. ker mmg u tak der family?? ala siannya~ tak per ari nih tajuk entry ai simpati.

kalau kita kata 'taik' tuh busuk, adakah kita feeling2 100 kali lebih wangi?? YES. kalau you 'BELAJAR' dan 'BERLIMU' bukan sekadar 'TAHU', secara RELATIF nya mmg la kita lebih wangi (walaupun kita tidak berbau) dari tahi ini. faham tak?? kalau orang tak belajar dan tidak berfikir meraka akan menganggap, dengan mengatakan tahi ini busuk adalah merungut. berfikir lah dari luar kotak ye sayang. jgn pudatkan diri u dalam alam batak. oooops adakah i seratus kali lebih baik dari you?? OF COURSE laa.. tapi secara relatif dan comparative.

anyway, kadang2 ada orang yang feeling2 lebih pandai dari orang lain. dengan tidak memanggil orang lain 'bodoh', dia mengangkat dirinya pandai, lalu konon2nya menampakan orang lain adalah bodoh. cuba untuk mendifinisikan mengikut akal dia. 'pandai'kah dia??? 'bijak'kah dia??

ok, 2 hari lepas zahid hamidi datang bagi ceramah kat UPM, untuk pelajar baharu. well u boleh check ngn anak2 ikan you yerk. ye lah u kan hebat, kawan disitusanasini (ooops, adakah dengan memuji you maka ai seratus kali lebih teruk dari you?? isk isk isk.. u belajar kat mana nih??). kata zahid hamidi, dia suka baca wikipedia. wow! hebat kan. ada macam pernah dengar pulak statement tuh "hobi saya sekarang nih baca wikipedia". hebat. dato' zahid, dah siapkan thesis phd dia. dia mmbaca wikipedia sebagai sumber rujukan dan ai tak dengar pulak dia memformulasi dan mendifinisikan satu2 perkataan atau isu mengikut AKAL dan KEPANDAIAN dia. well dia dato' zahid dan dah nak ada phd kan. tapi adaaaaa orang.. yang nan ado even a certificate pun alih alihhhhhhhh nak define positivist!!!! tak ker kamu pitam! hak hak hak.. ai complaint ker?? tang mana complaint tataw??? so i pun wikipediakan the word complaint:

"In general use, a complaint is an expression of displeasure, such as poor service at a store, or from a local government, etc. Under common law, a complaint is a formal legal document that sets out the basic facts and legal reasons (see: cause of action) that the filing party (the plaintiffs) believes are sufficient to support a claim against another person, persons, entity or entities (the defendants) that entitles the plaintiff(s) to a remedy (either money damages or injunctive relief)."

kan... bila orang LEBIH CERDIK dari wikipedia! expression of displeasure. bila orang menegur, yang penting adalah isi teguran bukannya berapa banyak kali dia menegur. kalau dia regularly menegur maka either u tak berubah atau yang menegur tuh tak nampak perubahan you. kalau orang menegur dalam isu2 yang berlainan, satu entry setiap isu, adakah itu complaint?? BILA ORANG TAK PAHAM CONTEXT dan CONCEPT penggunaan perkataan, susah kan. cikgu ai cakap dulu kan, "ada orang yang BODOHnya tak boleh DIAJAR, dan PANDAInya tak boleh DIKIKUT". itu cikgu ai yang cakap la. cikgu fazilah. she is (ker was dah) a teacher. cikgu tak pandai kan. hak hak. adakah dengan mengeQUOTE dari cikgu menjadikan ai seratus kali lebih bodoh dari cikgu itu??

nabi pernah expressed displeasure dia pada umat akhir zaman. adakah dia merungut?? kalau begitu la pendapat orang itu, maka aku berlindung dari fitnah yang amat besar bala bencana dalam iman dan akidah. dalam kita menyampaikan ekspresi kekecewaan tidak dapat lari dari emosi. itu fitrah manusia kan? atau anda bukan manusia?? matikla binatang begini. penyampaian yang dalam keadaan kepelbagaian adalah cabang dalam penulisan. laras bahasa juga fator yang dipengaruhi sifat asas dalam kejiwaan manusia. ada individu yang suka menafsirkan mengikut apa yang diketahui. dia lupa, allah tidak memberikan ilmu pada hambaNya melainkan sedikit sahaja. adakah anda mahu menjadi yang Maha Mengtahui pulak?

continuos complaint adalah merunggut. dan merungut nih orang melayu lama yang paling suka buat. orang yang complaint tentang kebiadapan dan melahirkan kekecewaan perilaku bangsanya, acapkali dianggap orang yang kuat complaint. orang yang mengajak kearah perubahan diri kepada cintakan ilmu adalah orang yang kuat complaint. apa nak heran kan. sedangkan nabi/rasul yang dianugerahkan kemukjizatan dianggap sebagai orang yang gila, ahli sihir oleh mereka yang ingkar. ini kan pulak aku yang sehina hina hamba bila menyampaikan pesan. lantas dianggap seteru yang perkataan perkataan itu hanya satu rungutan. antara yang membaca dan faham, ada banyak perbezaan. antara berpengetahuan dan berilmu juga ada banyak perbezaan. antara orang yang berilmu dan tidak berilmu sudah pastilah banyak perbezaan. bukankah mereka yang berilmu ini diangkat beberapa darjat dalam kehidupan?? kalau pesanan pesanan yang baik itu dianggap rungutan, aku bersedia merunggut. dan otak ku masih ligat berputar, dan ianya tidak berpaksikan bodoh-sombong, atau ria' sebagaimananya Firaun laknatullah. dalam setiap runggutan kalau ada perkataan2/pesanan2 yang baik maka itu adalah sebaik2 perkara yang diperhalusi dan difikirkan. aku bacakan kepada engkau dan kerana engkau lebih bijak (beberapa ratus kali barangkali) dari aku, fikirkan:

“Sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba-hamba-Ku, yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal”. (az-Zumar : 17-18)

dan aku akan terus merunggut. kerana tunku abdul rahman sentiasa merungut tentang kemerdekaan. dia mendapat kemerdekaan. tn razak merunggut tentang ekonomi, kini melayu boleh maju. mereka merungut tapi mereka dalam masa yang sama menganjurkan SOLUSI (solution). dan aku merunggut bukan sekadar merungut, solusi aku bermula dari dalam KELAS yang akan bermula 9 julai ini. kalau boleh aku tanya, "apa contribution (instead of acheievment ko yang nan ado itu) yang kau dah buat untuk anak bangsa??".

kau kenal sapa itu Qaramallahu Wajhah?? ya, dia itu Ali bin Abi Talib. kau tahu dia siapa? ada sahabat yang menyandarkan Ali itu, andai ada satu gedung ilmu, Ali itu lah kunci nya (bukan hadith yer). kau tahu mana darjatnya orang yang berilmu kan?? orang yang menegur (komplen/merungut) tidak pernah membayangkan dirinya bagus, sekurang2nya tidak aku. dia cuba memperbaiki dan memajukan dengan solusi yang dapat difikirkan. tapi tidak semua orang mampu menerima teguran/komplen. pada mereka, sudah cukup sempurna diri itu, sedangkan kesempurnaan itu adalah hanya milik Dia. kau pernah bertanya apa achievement aku kan?? masih duduk di pondok UPM, masih memakai kereta yang sama, mari aku bacakan pada kau satu cerita. cerita bagaimana kunci gedung ilmu memberi jawapan kepada persoalan antara ilmu dan harta (yang bangga bangga kan itu):

“Ilmu lebih utama daripada harta, Ilmu adalah pusaka para Nabi, sedang harta adalah pusaka Qarun, Sadad, Firaun, dan lain-lain”.

“Ilmu lebih utama daripada harta, kerana ilmu itu menjagamu sedangkan harta malah engkau yang harus menjaganya”.

“Harta itu bila engkau tasarrufkan (berikan) menjadi berkurang, sebaliknya ilmu jika engkau tasarrufkan akanbertambah”.

“Pemilik harta disebut dengan nama bakhil (kikir) dan buruk, tetapi pemilik ilmu disebut dengan nama keagungan dan kemuliaan”.

“Pemilik harta itu musuhnya banyak, sedangkan pemilik ilmu temannya banyak”.

“Ilmu lebih utama daripada harta, karena diakhirat nanti pemilik harta akan dihisab, sedangkan orang berilmu akan memperoleh syafa’at”.

“Harta akan hancur berantakan kerana lama ditelan zaman, tetapi ilmu tidak akan rosak dan musnah walau ditelan zaman”.

“Harta membuat hati seseorang menjadi keras, sedang ilmu membuat hati menjadi bercahaya”.

“Ilmu lebih utama daripada harta, kerana pemilik harta bisa mengaku sebagai Tuhan akibat harta yang dimilikinya, sedang orang yang berilmu mengaku sebagai hamba kerana ilmunya”.


berapa ramai orang yang MEMBACA, tapi apa yang dibacanya MELAKNAT dia di hari kebangkitan nanti, kerana kegagalan dia menzahirkan kedalam bentuk perlakuan perbuatan dan amal.

berapa ramai orang yang cuba berdialog tapi tidak dapat berhujah. lalu mereka menegakkan benang yang basah. aku berlindung dari ilmu yang merosakan.

masyarakat musyrik tidak pernah meminta pendapat atau mahu menerima kritikan. tapi junjungan nabi (selawat dan salam keatasnya) mengajak mereka berubah. adakah baginda rasul merungut tentang akidah masyarakat jahiliyyah itu??

kita menegur tanpa perlu diminta. kita mengajar (adab dan sopan) juga tanpa perlu diminta. ITU ADALAH TANGGUNGJAWAB yang ditinggalkan. yang diturunkan dari generasi ke generasi yang lain. hancurnya bangsa bila akhlak tiada. ini kerana wujudnya bangsa2 seperti kau yang lebih selesa dalam kepompong yang belum tentu baiknya. kau tahu bukan, yang dunia masih luas.

merungut tidak mendatangkan faedah?? benarkah? teguran tidak mendatangkan faedah bila orang yang ditegur tidak mahu mengambil pengajaran. kadang2 kita tidak boleh memaksa mereka2 yang sombong ini menerima teguran, ajakan kepada kebaikan. mereka ini persis pemuka Bani Quraisy yang sangat musyrik kepada ayat Allah.

ouh untuk kau, yang mengatakan teguran itu satu rungutan dan yang tidak berfaedah (pembangunan modal insan tak berpekdah katanya) aku bawa kan kau satu lagi surah:

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),

Sehingga kamu masuk kubur.


Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!

Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).



(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.


Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

al takaathur

bacalah ayat pertama dan kau akan paham. dan aku tidak pernah memaksa engkau menerima RUNGUTAN aku. bagi mu dunia mu, bagi ku dunia ku.

engkau sekarang ini bukan lagi kawan tetapi bukan juga lawan. engkau tidak ada lagi tempat dihati ini. aku berlindung dengan nama Allah, dari bisikan jahat dikalangan manusia yang boleh mendatangkan fitnah yang porak peranda.

P/S: saya tahu macam mana nak operate orang. tapi kalau saya tak ada SIJIL yang tercetak dari Universiti yang memperakui ilmu dan pengetahuan saya, saya tetap tidak akan boleh meng operate orang. dan itulah peri pentingnya antara orang yang JAHIL, BODOH dan BEPELAJARAN BERPENGETAHUAN dan BERILMU. jgn definisikan mengikut akal sendiri. bacalah dari Kalam Allah!

-SpInMPATI (matiklah pendatang tanpa izin pulak PATI)-

5 comments:

mama said...

insaf

Belladonna said...

Huiyooo, sungguh dalam makna entry kali ni. Si Zahid tu suka baca wiki? So? Hebat ke dia? Entahlah nok, bagi aku politician tetap politician. I only respect a person if they have high EQ, IQ is a bonus laa. Mati ler mek memandai-mandai..hihihi

Unknown said...

Who the f*** is this person wahai sayangku Ayie????? adakah dia selalu stalking kanda?? nanti dinda cabaikan LJ nyer baru dia tahu sakit perit hidup inniew, voley??? :)

Hope u r okay dear

cItoNg said...

ini juga satu ilmu...

terima kasih.

Encik Ayie Yang Garang said...

mama: erkkk.. ~nanging sebab banyak dosa

bella: tuh lah kan. nnt i jadik politician u nak tak jadik PA ai?? EQ and IQ i rasa kena come together kut. barulah kita boleh menjadi bangsa yang CEMERLANG GEMILANG dan TERBILANG (huh ada tokoh tak jadik YB?? yang berhormat la yang, bukan yang binatang tawww)

LEE: adida ku cLEEoPATAH, telah mmg diciptakan seorang binatang dari kalangan kita manusia yang berjiwa luhur. lalu telah melakukan fitnah akan dia yang senantiasa tidak pernah senang dengan keberduaan kita (huh u paham ker ayat i LEE?? matiklaahhh seyembara puisi kan!)

citong: terima kasih melawat. saya orang yang masih belajar. kalau salah, saya berlapang dada menerima teguran.