hari ini hari sabtu,
blog,
sedang menonton majalah 3 di TV3. baru pulang dari membeli makanan. nasik beriyani, lauk ayam, acar, sedikit kari daging buah dan air neskefé panas. perut sedang menggelodak kerana kali terakhir perut menerima makanan adalah 9 jam yang lalu. membuka bungkusan makanan melimpah ruah dengan kekayaan rezeki dari Allah s.w.t. bau nasi beriyani memenuhi rongga nafsu yang tidak akan pernah sabar dan puas walaupun seisi alam dimasukkan kedalam tembolok.
dan penceritaan di TV3 bermula. mengisahkan pelarian burma. mengisahkan penderitaan. mengisahkan catuan makanan. mengisahkan survival kehidupan dalam kesengsaraan. mengisahkan bagaimana mereka melawan. mengisahkan kesedihan. menceritakan kecacatan akibat jerangkap samar dan periuk api buatan. dan suapan aku menjadi perlahan. makin perlahan. langsung sahaja berhenti. tidak perlu pun diteran, tidak perlu diperah, air mata terus mencurah.
kata orang, lelaki tidak boleh menangis. lelaki tidak boleh sedih. lelaki tidak boleh suram. itu tanggapan paling bodoh, aku ulang, paling bodoh pernah aku dengar. seorang lelaki perlu benar benar lelaki untuk sedih dan menangis, kerana lelaki adalah manusia. manusia yang tidak menangis adalah bukan manusia. barangkali lebih teruk dari binatang. binatang juga tahu berasa sedih. tahu berasa suram. cuma kurang pasti jika binatang boleh menangis ataupun tidak.
kenapa aku menangis? terbayang betapa bertuahnya duduk di bumi malaysia ini. mematikan segala angan aku untuk bermastautin di luar berkerja dan meraih sebanyak mungkin kekayaan di negara luar. membiarkan negara sendiri dengan survivalnya. terbayang juga dengan pergolakan politik yang tidak ketentuan di dalam negara, dengan ada segolongan yang amat pandai mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh.
anak anak burma ini yang mendapat makanan 'terbaik' 2 kali seminggu. entah apalah yang mereka makan dalam tempoh yang 'tidak terbaik'. makanan terbaik itu berupa bubur yang di dalamnya dicampakkan lobak, sayur, ayam dan beberapa lagi bahan yang tidak aku tahu apa namanya. itu lah makanan terbaik 2 kali seminggu. sedangkan aku, dalam setahun hanya beberapa kali sahaja akan makan makanan 'tidak seberapa baik'. selebihnya aku mendapat makanan terbaik, amat baik, atau terlebih baik. dan suapan aku betul2 berhenti. berhenti untuk aku hayati kesengsaraan itu dan untuk aku mengambil iktibar.
anak anak kecil yang tidak berbaju. orang tua membantu diri masing2 untuk meringan kan beban. lebih menyedihkan, bila mana golongan wanita terpaksa memikul 10 kilo ubat ubatan dan berjalan lebih dari jumlah yang aku anggarkan tidak masuk akal untuk mereka. ubat ubatan ini dicatu. tidak ada doktor pakar yang merawat. dikalangan pelarian ini mereka dilatih untuk menjadi doktor. mereka lah pakar yang merawat. mereka bekerja dengan ikhlas. merentas ribuan batu, membantu mereka yang memerlukan. dengan ikhlas. tidak ada rasuah. tidak ada pilih kasih. hanya kerana dasar kemanusian. tidak pun ada kuasa2 besar yang mahu mengambil tahu, kerana negara itu tidak ada kepentingan kepada mereka. lihat betapa hinanya sekiranya kita tidak mempunyai kepentingan. hina bukan??
kalaulah antara kita yang berada di bumi yang bertuah ini dapat berfikir. kalaulah kita yang berada di bumi bertuah ini mengenepikan agenda diri sendiri, berkhidmat dengan jujur dan ikhlas. kalau lah kita dapat menumbangkan sempadan ke'bangsaan' dan ketuanan bangsa sediri. kalaulah mereka tahu betapa sedapnya nasi yang dikunyah, bubur yang disuap, roti canai yang dicicah. kalaulah mereka tahu yang mereka masih mampu ketawa berdekah2 menonton TV, khayal berhiburan (aku tidak menentang berhibur, tapi biarlah kena gaya. jgn keterlaluan), hanyut dengan keadaan. sedangkan ada orang diluar sana amat bersyukur jika mendapat makanan sehari sekali tanpa perlu TV, tanpa perlu hiburan. tolak tepi sekolah. janji dapat hidup untuk keesokan hari nya.
kalaulah kita di bumi yang bertuan tahu yang semua ini tidak akan kekal. pada bila bila masa saja roda itu boleh berputar dan kita pula menggantikan tempat kita. Maha Suci Allah, barang dijauhkan malapetaka itu.
(makanan itu aku paksa habiskan, tidak mahu membazir membayangkan kesusahan yang baru aku tonton)
-seAYIEdih-

"tidak semua penderitaan, sedia untuk dipaparkan di kaca TV".
kata seorang pujangga arab, "orang yang tidak menangis adalah orang yang keras hatinya. orang yang paling sombong dengan Allah s.w.t"
kata seorang pujangga arab, "orang yang tidak menangis adalah orang yang keras hatinya. orang yang paling sombong dengan Allah s.w.t"
(makanan itu aku paksa habiskan, tidak mahu membazir membayangkan kesusahan yang baru aku tonton)
-seAYIEdih-
No comments:
Post a Comment