Monday, August 04, 2008

BiLa: TidaK TahU dan TidaK MahU

blog,

pernah, aku diingatkan oleh dengan pensyarah lama ku. seorang wanita, berkerjaya punyai seorang suami dan sepasang cahaya mata. umurnya beberapa tahun lebih dewasa dari umi. memperingatkan aku tentang perkahwinan dan perhubungan antara lelaki dan perempuan, suami dan isteri, yang halal antara keduanya,

"marriage is like playing a violin, azrin. when the melody fades away, the strings are still attached".

ketika itu aku di awal usia 20an. mmg tidak mampu untuk memahami apa yang tersirat. dalam kata mudahnya, bila mana kasih dan sayang itu tidak ada lagi tapi kita masih terikat dengan pelbagai tuntutan yang menyebabkan kita tidak boleh bergerak ke mana mana. ini perkara yang paling buruk boleh berlaku dalam suatu perkahwinan. ikatan itu mungkin datang dari anak, dari kekeluargaan kedua dua belah pihak atau mungkin dari tuntutan sosial.

kebebasan adalah perkara yang paling kita pingin kan. kasihan adalah perkatan yang paling selalu meniti di bibir. kesedihan adalah tema kehidupan yang berpanjangan. senyuman adalah suatu yang terlalu sukar untuk dizahirkan. sabar adalah perbuatan yang terlalu muak untuk dilakukan. tangisan menjadi teman semalaman.

namun dalam keterbatasan pilihan, kita menunggu untuk alunan itu kembali memenuhi ruang kehidupan, atau ikatan ikatan itu akan terurai/diuraikan, walau dalam keterpaksaan.

-melAYIEodi-

1 comment:

Unknown said...

Hey you...bila nak mai UK nanti bagitahu naa..who knows boleh jumpa kot? :)