Tuesday, March 10, 2009

Belajar: AnTara Pertanyaan, Pernyataan dan Jawapan

Blog,

ada beberapa pertanyaan yang kadang kadang aku sendiri tersalah jawab dan tidak tahu menjawab. samada aku ini sudah menjadi bongok ataupun tidak kontemporari lagi dengan jawapan zaman sekarang. ada juga pemikiran ditakuk lama yang aku tidak tahu untuk memberi reaksi yang sepatutnya. aku fikir pemikiran jumud itu telah lama pupus tapi rupa2nya masih terlekat pada sesetengah orang. aku masih lagi belajar untuk memahami kehidupan yang singkat dan complex tetapi aku tidak bercadang untuk menjadikannya lebih complicated.


ditanya: macam mana dengan progress research ko (kau)?
jawapan aku: alhamdulillah progressing well on track. supervisor puas hati setakat ini dengan kerja yang aku buat.
jawapan balas: kau nih masuk lif tekan sendiri lah (baca: riak membangga diri).
tapi kalau dijawab: banyak nak kena study, susah buat phd nih, tak sempat itu dan ini (dan rungutan itu berterusan).
maka jawapan balas: ha tu lah, lain kali jgn berjalan jer. duit scholarship yang rakyat bagi tu lain kali jgn dihabiskan berjalan.
yang bingung dengan jawapan: kadang kadang kita tak tahu apa jawapan yang boleh memuaskan hati orang. dijawab positif nanti dikata angkat bakul. dijawab negatif, nanti dikuliahkan kita dengan nasihat yang sangat sangat tidak perlu. sekiranya aku memerlukan nasihat, aku lebih senang berjumpa dengan yang ahli. anda, hanyalah *********** yang digaji di sini, bukan yang ahli dalam ilmu kejiwaan pun. simpan nasihat anda untuk diri sendiri dan aku, masih senang berbicara dengan rakan2 yang setaraf dengan aku.

tak ditanya: nama aku.
jawapan kepada soalan yang tak ditanya: azrin nama aku. ayie nama nick aku. azau tuh nama bapak. nama bapak aku AZALI, tapi sebab benggali dulu tgk tulisan capital L dan I tuh bersambung maka jadik la AZAU. orang di 'sini' agak janggal untuk menyebut nama azrin, lalu aku lebih senang dipanggil azau. kalau orang malaysia aku suruh panggil azrin. melainkan tiba2 sudah berangan menjadi orang sini.
jawapan balas: kenapa kau tak kenalkan diri kau.
yang bingung dengan jawapan: eh, ni siapa yang nak kenal siapa nih? bukan ker dah jumpa dan beramah mesra. atau ini adalah lawak antarabangsa Royal London Circus? cukup lah parlimen jer yang jadi sarkes. tak perlu nak membadutkan diri dengan aku. yang hairannya, tidak pula dia bertanya nama aku, hentam sahaja sesuka hati memanggil nama orang. mungkin terbiasa dengan sikap 'tidak apalah' atau terbiasa dengan perangai 'diva' yang semua orang perlu melutut menyembah dia bagaikan ratu?
mungkin ada juga species manusia yang mudah lupa, baru setahun dua bekerja di sini lalu menyebut perkataan melayu sudah kekok. aku tidak mencadangkan orang malaysia atau orang melayu berbicara dalam bahasa melayu di 'sini'. itu adalah tidak praktikal. adalah amat senang dan berlapang dada kalau ada yang berbicara dalam bahasa inggeris dengan aku. antara lain tujuan aku datang ke sini adalah untuk memperbaiki bahasa inggeris aku yang agak keMalaysia-an ini.

dinyatakan: nama aku macam perempuan
jawapan aku: kau nih kampung sungguh.
jawapan balas: nama mat vontot.
yang bingung dengan jawapan: macam mana la orang yang katanya bekerja di negara maju boleh ada pemikiran semacam ini. bergurau? we should know where to draw the line darling. nama kita ni biasanya, mak atau ayah atau nenek atau datuk atau saudara yang berpengaruh yang beri. bukannya lahir2 kita terus pilih nama kita, atau lahir2 terus keluar dengan tag nama. sekiranya kita mempersendakan nama seseorang, maka sebenarnya kita bukan sahaja mempersendakan pemunya nama tersebut tetapi juga yang memberi nama itu. seingat aku, kali terakhir kita mempermainkan nama ayah, nama mak dan nama kawan kawan kita adalah semasa di sekolah menengah. kemudian kita membesar dan menjadi dewasa. rupa2nya aku silap. masih ada juga orang begitu tegar untuk masih duduk di dalam takuk pemikiran di zaman sekolah menengah rendah. aku bersimpati dengan orang sebegini. lama sungguh menghabiskan masa belajar namun dia enggan menjadi dewasa.
contoh yang ingin aku beri, anuar /anuwar/anwar ( dan yang seangkata dengannya) adalah nama yang yang sangat jantan bukan? anuwar saddat, kehebatannya diangkat wira oleh rakyat mesir ketika memenangi sinai. tetapi jgn lupa, anuwar di malaysia dihumban ke balik tirai besi kerana apa yer? engkau lebih mengetahui dari aku. terlalu cetek kalau mahu menilai orang dengan nama semata2. oh, mungkin nama itu agak kemelayuan. aku bawa kan satu lagi contoh, Tony Fernandez dan Toni Braxton. sebutanToni/y itu serupa, warna kulit mereka pun serupa. adakah dengan itu kita boleh simpulkan tony fernandez mempunyai 'nama mat bontot'?? sila angkat akal yang diberi itu dan jgn diletak di celah kelankang anda.


yang dinyata: lain lah ko (kau).. jalan2 kaya..abis duit kerajaan. abis duit aku bayo (bayar) income tax tau.
jawapan balas: -tiada- (melopong dengan taraf pemikiran kanak2 tadika).
yang ingin diterangkan: duit cukai engkau tidak membayar yuran pengajian aku. itu duit rakyat, maka itu termasuklah duit cukai yang aku, adik aku, adik ipar dan rakyat malaysia yang lain bayar. ingin ditanya, berapa juta duit cukai yang engkau bayar setahun? setahu aku yang cetek ilmu pengetahuan ini, kalau kita digaji orang tidak akan mungkin dikenakan cukai berjuta2 melainkan kalau gaji kita ini berpuluh juta.
membuat phd mmg perlu ketekunan dan kesungguhan. di tempat pengajian aku ini, setiap bulan akan ada presentation dan report yang perlu dihantar. yang engkau tidak tahu adalah tahap stress kami yang membuat pengajian di peringkat ini. adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya kami berjalan dan keluar melapangkan dada yang sesak dengan kerja untuk mendapat mood ataupun idea baru asalkan tidak berlebihan hingga membazir. sangat ceteklah pemikiran mengatakan sekiranya kami berjalan menghabiskan duit kerajaan/rakyat/pembayar cukai. perlu ingat, belajarlah memungut pengalaman di tempat orang, bukan hanya setakat senyum, bergambar dan berkata 'been there done that'. kehidupan lebih besar dari kenyataan kenyataan sengkek itu.


Yang Perlu Dipelajari

dalam bersahabat dan berkawan, kita sebagai orang yang beradab dan yang mempunyai peradaban perlu tahu melukis garisan ketetapan dan garisan sempadan supaya tidak melampaui batas batas pergaulan.

aku berpendapat, dan mungkin pendapat ini salah, orang yang suka memperlekehkan orang lain adalah orang yang mempunyai rasa insecure keterlaluan terhadap diri mereka sendiri. mereka terpaksa merendah2kan orang lain supaya mereka kelihatan bagus dan gah. mereka ini mempertikaikan personaliti dan mula memberi label yang bukan bukan kepada orang lain. engkau, tidak perlu berkelakuan sebegini kerana tidak ada sesiapa pun mahu bertanding dengan engkau mencari siapa yang lebih hebat. bertanding lah dengan diri sendiri kerana engkau akan menjadi lebih baik dari semalam dan esok sentiasa lebih baik dari hari ini. belajarlah untuk bergerak keluar dari takuk zaman sekolah kerana kita sudah melangkau lebih suku abad.

aku tidak mahupun memberi nasihat kerana engkau boleh membaca dan mencari bacaan yang maha banyak di kedai kedai buku bagaimana mahu berkawan dan mewujudkan persahabatan. tetapi aku ingin memberi ingatan kepada engkau supaya jgn meninggi diri dan memandang rendah orang lain. aku adalah orang yang sangat sinikal (cynical). bukan itu sahaja, aku boleh menggubah perkataan perkataan menjadi bait bait ayat yang boleh membuatkan engkau menangis dan menyesal lahir di dunia ini. kerana itu apabila berbicara, padang dulu dengan siapa lawan engkau. aku memilih untuk tidak bersikap sedemikian kerana aku menghormati engkau sebagai perempuan dan kawan yang baru aku kenal. aku mungkin nampak baik, tapi itu tidak bermakna engkau boleh sewenang2nya mengata aku dan bercakap seperti orang tiada agama.

sentiasa perlu ingat yang dijunjung itu agama bukannya duit cukai ataupun pekerjaan engkau. yang disanjung itu budi bahasa tanda kesopanan dan kesusilaan bukan nama yang menjadi ukuran. kawan adalah untuk engkau hormati dan belajarlah untuk menjalani kehidupan yang terhormat.

kita boleh bergurau, tapi kita kena tahu had nya. kita baru kenal maka kita tidak sesekali perlu bersikap sarcastic, merendah dan memperlekehkan orang. aku mengandaikan personaliti adalah seperti pakaian. dalam majlis yang tertentu, kita mengenakan pakaian yang bersesuain, begitulah juga dengan personaliti kita dalam mewujudkan persahabatan yang berkekalan.

dalam kehidupan, orang yang belajar adalah orang yang mengambil iktibar dari kesilapan. menjadi tua adalah kemestian, tetapi menjadi dewasa dan matang adalah pilihan. engkau yang mencatur pilihan itu.



3 comments:

yoe said...

abggg...takutnye yoe bace!! huhuh..

Alex Madina said...

azrin, pernah juga melalui situasi yang hampir sama sebab nama saya pun macam perempuan.

life is ... said...

Ada sorang abg senior satu kelas dulu, nama betul dia ialah Nurul Huda Bin (dah tak ingat).... Nurul Huda lagi... ala just a name... panggil dia Abg Hud.

Pasal PhD, bagi saya, org yg tak pernah melaluinya memang tak akan tau mcm mana pening kepala memikir pasal PhD ni (dalam jaga, dalam tidur termimpi-mimpi muka supervisor, tema mimpi pun tak ada yg mengarut-mengarut semua dah jadi akademik - bosan sungguh mimpi mcm tu sekali)....

PhD ni macam kerja juga. Kalau kerja, kita ada je amik cuti balik kampung, nak beramah mesra dengan keluarga... kalau dah jauh dari malaysia dan tambang balik malaysia lagi mahal dari tambang jalan2 ke merata tempat dekat uk ni, baik la berjimat duit dengan jalan dalam uk je dan juga negara yg berdekatan. Nak balik kampung setiap kali cuti tu, hanya org2 yg mampu je. Nanti kena juga kata, kita ni tak ada keja lain, asyik balik je malaysia...

Pasal progress tu, it's true. Kekadang yg sedihnya kaum sendiri lak tu yg kasi statement mcm tu. Hai,... kata kena kasi sokongan moral etc...

Bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tapi itu menunjukkan yg kita tau kemajuan kita dalam nak abiskan research ke apa...

Lain kali agaknya kena cakap: Alhamdulillah (kalau org tanya progress) Cuba la. I did that. Org bertanya, Alhamdulillah tu maksudnya apa? Bila ada juga yg tanya macam tu, saya hanya gelak kecil sahaja. Hai tak kan la maksud Alhamdulillah pun tak tau kot... bersyukur kepada Allah... :D

Cheers!