Saturday, October 24, 2009

KOPI, GULA dan SCONE~



hidup kadang kadang macam kopi. hitam, kelam, pekat, pahit dan kelat. kalau kita tambah gula barang sesudu kecil rasa kopi akan rasa sedap. lagi sesudu bertambah sedap kopi nih. maka kita akan tiba tiba menjadi sangat ghairah untuk menambah lagi sesudu demi sesudu. makin manis makin sedap sehinggalah satu tahap, gula menguasi rasa kopi dalam cawan itu. ketika itu, air kopi tak mungkin dapat kita minum maka kita mula berada dalam zon tidak menikmati keenakan rasa kopi sebenar.

gula memang manis, sepatutnya menjadi penambah perisa, bukan menjadi penguasa kepada rasa. gula yang berlebihan, akan mendatangkan penyakit. apa pun yang berlebihan tidak akan mendatangkan kebaikan. ironiknya kita begitu tertarik dan kepingin kepada gula. tetapi tidak semua orang suka kan gula. ada yang minum kopi dengan bersahajanya, tanpa gula mahupun susu. kebiasaan dan barangkali pilihan.

aku suka kopi, tapi dengan sedikit gula kali ini. satu atau dua sudu paling banyak. tidak lagi mahu berlebihan dan tidak mahu terperangkap dengan penyakit kronik. sekarang, aku ada 2 sudu gula kecil (yang besar rasa manisnya) dan hanya dengan senyuman semua akan lebih manis!

-guAYIEla-

2 comments:

Aina@Azila said...

Salam windu,
dua sudu gula tu...sudu kecil kel ker sudu besar?

Encik Ayie Yang Garang said...

salam windu jugak dengan akak,
dua sudu kecil yang besar rasa manis dan artinya. he he he. :-)
kalau dua sudu besar boleh kena gangrene kak aina oii.. he he he.