Saturday, December 26, 2009

Terima Kasih: Akak Yang Awet Muda

oHoiiiiiii Blog,

percaya tak, betapa gayat nya aku, yang aku nih tak pernah merasa ayam belanda atau nama manjanya ayam kluk kluk. maklum lah orang mesia mana la makan ayam kluk kluk nih. semalam aku meng-message kawan kawan yang menyambut kismes jinbogel jinbogel jinbogel all the way dan tetiba akak awet muda nih meng-reply es em es ku. dan aku pun dengan tidak malunya bertanya ada masak ayam kluk kluk ker tidak. boleh kah macam tuh? gayat sangat tau perangai aku nih. akak awet muda pun cakap dia masak masak ayam kluk kluk nih pada hari mengotak. dan pada hari mengotak jugak lah kami akan berjumpa di okspod street sebab dia nak cari beberapa barang untuk dirinya sendrik dan untuk kawan kawan.

dipendekkan cerita, oleh kerana kompiden yang hari nih Underground Train tidak berfungsi dengan normal, maka kami naik bas. kena tukar 2 bas dan last2 sekali naik jugak train sebab jalan jam macam haram. yang kelakarnya, train tuh berfungsi OK jer. kah kah kah. adoi lah.

sampai kat umah akak awet muda dah malam. pukul 4 malam. ye kat sini dah gulap gulita dah kul empat petang tuh. dah tak petang dah. aku tak bawak kemera pulak. rugi betul sebab.. perghhhh memang best. hosmet akak awet muda mmg pandai masak. siyesli aku makan rasa macam nak terberanak punya kenyang. heh ayam kluk kluk nih mmg super besar rupa2nya yer. perghhhhh memang sedap giler. sedap ke tak terhinggaan.

Ayam Belanda pertama yang terkebaekkkk!! tahun depan, agak agak nak ajak lagi tak saya??

Terima kasih akak awet muda kerana mengajak DBKL (saya bawak perut jer kan?? tak patut sungguh) ke rumah dan menikmati hidangan yang hebat lagi lazat.

Terima kasih jugak akak awet muda dan hosmet yang menghantar saya pulang. saya adalah telah menyusahkan akak dan jugak hosmet. saya adalah super bersalah. lenkali akak campak jer saya kat tube station tuh. jgn lah akak menyusahkan diri, dah la penat memasak, dah la saya tak tolong basuh pinggan pun, maka patot balik jalan kaki nih. he he he.

Terima kasih akak awet muda dan hosmet-hosmetnya!

-Ayieam BelAyienda-

1 comment:

captainlukman said...

wahhhhhh ni dah 2 kali ni kan org tuh masak tak hengat??? nti aku gi, nak tuntut jgk, kalau dia nak pose2 tido, aku sedut sumer 02 sampai kembung**larikkkkkk**