Monday, May 10, 2010

Menjulang Kasih~

OHoi blog!!
Hah terchampak Diva tuh kan dengan tajuk entry aku nih?Punya la seronot hati mendapat bungkusan dari kololumpo (kajang ekcelinya). sebenarnya kulit aku bermasalah kembali walaupun aku memakai biotherm. aku pakai ikut sukatan dan bukan lah suka suka hati. dah lah menda alah tu mahal. sudahnya muka aku bertompok2 jugak. masa winter itu ari pakai ok. aku rasa bila musim berubah tiap kali tuh la aku menjadi tompok tompok. ntah apa apa jer kan? ker aku dah jadik ayam kluk kluk???

makanya aku bertanya dengan kakak merah. tapi aku tak boleh nak link kan url blog dia. tatau kenapa. ala kalau link pun bukan boleh baca. blog dia nih set2 artis. ada jemputan baru boleh baca. ha ha ha  **matiklah kena panah petir macam nih**.(update: dah boleh link pulak. blogspot gilos ar... nih blog akak merah )

aku nak ucap terima kasih yang sebenarnya aku dah banyak menyusahkan dia. aku cari jugak kat amazon. ntah apa benda pulak yang keluar. sampai ada serum serum yang seram bagai. ha ha ha. sudah nya kak merah meng-offerkan untuk membeli dahulu dan menghantar kat aku. tak ker terharu haruway? aku tak tahu dah macam mana nak ucap terima kasih, maka allah jua la yang membalas budi baik akak merah. 

dulu aku ada baik dengan sorang akak nih. tapi tak alih alih gaduh pulak jadiknya. tak per lah, seperti biasa aku la yang bersalah. aku dah clarify dan minta maaf tapi aku rasa tidak menjadi kawan kepada dia adalah sebaik baik perkara. aku dah tak larat nak menyakitkan hati kawan kawan yang baik lagi dah. so biarlah aku kawan dengan diri aku sendiri. wahhh ini yang macam nak nyanyi lagu kak eton nih.dulu aku sendirik, kini masih sendirik. hak hak hak.

aku ada ramai kawan  yang baik. malangnya, aku selalu kehilangan mereka yang baik dengan aku dek kerana perangai dan penulisan blog aku. aku selalu jugak termencharot sedar ataupun tak sedar mahupun pengsan dengan akak merah. ada jugak berselisih pendapatan (walaupun i tahu pendapatan you besar tau akak merah. jadik invois adalah ter-void yer??) dan ada jugak tidak persetujuan (ya allah ini kerosakan kebinasaan bahasa sangat nih). jadi aku harap sangat sangat kalau aku ada tersalah ker tersilap ker lekas lekas bagitahu. aku nih bukan lah tak boleh ditegur, tapi kalau tak cakap dengan aku maka aku tak akan tahu. aku bukan superhuman yang ada telepati tau. 

seperti yang aku selalu cakap, keluarga selalu menjadi yang pertama dalam hidup aku, tapi kawan yang baik bukan ditempat kedua. Terima kasih sekali lagi kakak merah!    


 makan jangan tak makan
-kAYIEwan-


Posted by Picasa

No comments: