Wednesday, February 23, 2011

Abang dan Makan Makan~Victoria Station


ohoiiii blog,

cerita tertangguh. adoiyai, sorry abang busy sikit. nih pun update lite2 macam tak ada arah dah blog ni. kejap2 blog mencarut, kejap2 blog jalan2 kejap2 blog makan makanan. apakah blog ini sangat versatile? **ok boleh lempang abang dengan lajunya sekarang**.

last week abang telah pergi ke victoria station dengan encik hailan. tapi abang tukar sikit la nama dia encik Lim Hai Lan. first time after so manay years abang tak makan oyster tetiba malam tuh kami order oyster. ada empat cengkerang semua nya tapi abang hanya mampu makan satu jer. tapi yang lain2 abang hentam esp the smoked salmon. ouh kat landen mmg murah. tapi kat VS nih, alahai kedekot kedot sangat portion nya. kalau boleh dia nak hiris kasik halus lagi. baik suruh dia racik jer ikan tu kan? 

makanan dia abang suka **eh pernah ker abang tak suka dengan makanan kan?**. tapi waiters dia abang tak berapa suka. firstly sebab bukan local ppl. jadi mereka hanya layan customers lite2 sahaja. since abang dan hailan pakai pun not so formal (eh perlu ker nak pakai tuxedo bagai? ini hanya VS saja lah dan bukannya fine dining restaurant oke!) maka mesti mereka merasakan kami ini tidak beringgit. malam tuh abang tanya hailan berapa bajet untuk dinner dia cakap MYR 500. kau mampu dik? makan malam dia bajet lima ratus. bukan buat open house 500 yer!

kepada yang suka makan makan macam abang, sila try victoria station ini. next update pasal makan nih will be al-rawsha kat ampang sana. makan makan dengan adixmerah~! ohooOooOo.


-Miewt Ayie Miewt-



Posted by Picasa

No comments: