Thursday, January 19, 2012

Tanggungjawab Kawan: II

ohoi blog, 

ok abang sambung kat sini. by the way entry2 ini adalah untuk bacaan abang sendiri yer, bukan untuk korang dan jauh lagi untuk menasihatkan orang yang terbaca. nanti ada pulak budak tak berapa nak cerdik cakap abang 'macam bagus'. nak bandingkan dengan dia, mmg abang bagus pun. motip kan abang meria'kan diri? setakat kawan jer ramai berkoyan2 tapi quality tak ada, meh abang cakap kat kau 'ada aku kesah?' ekekekeke. eh abang cakap kat sapa nih? lol tak ada kaitan pun dengan yang hidup ataupun yang nak mati mahupun yang nak melarikan diri dari mati. matiklah kau abang dah mula merepek nih. 

2. ok blog, abang nak ingatkan diri abang yang kawan kawan abang nih bukan lah manusia luar biasa yang ada telepathy yang boleh tahu apa yang ada lam kotak pemikiran abang yang macam bagus ni. kalau kita tak suka kita kena cakap dan kena tegur. benda nih paling susah nak buat. nak puji orang memang senang dan abang pun senang nak detect pujian tu ikhlas ker tidak. hah jangan main main tau dengan orang yang dah dewasa nih. kita sensi la dengan perkataan perkataan yang dipilih. lagipun kalau sekoyan kau puji abang, abang tak pedulik pun. kalau kau memberi kritikan membina well itu lebih utama untuk abang. ingat yer kritikan membina tau bukan kritikan yang mencarut2 yang melambangkan bahasa engrish kau macam tahap celah kelampang kau yang berkarat tuh. aci dik abang mencarut macam nih? apa bunyiknya dik? tak best kan? sebab itu lah sebelum kita bercakap apa apa letak cermin kat depan. kalau kita tak cakap benda tuh dan kita tak suka orang lain pun pasti tak suka jugak. benda nih abang jarang pratik. my bad. 

kalau abang marah atau tak setuju kan biasanya abang diam dan mendiamkan diri. lepas tuh akan menjadi dingin. ok ini ayat macam kiwak kan? ekekekeke. ini adalah kelakuan yang salah dik. kita kena bagitahu la kawan kita apa yang kita tak puas hati tapi kena hati hati . dengan penuh hikmahnya. aci macam tuh dik. sopan kan ayat abang? macam tuh jugak bila kita ada masalah. kita tak boleh expect kawan kita tahu. kita kena bagitahu kat dia. mendiamkan diri dan melarikan diri dengan cara 'saya tak mahu dihubungi buat masa ini' memberi message yang salah kepada kawan kita. kawan kita akan beranggapan yang kita mahu menyelesaikan masalah itu dengan cara cara dan kaedah kita sendiri kan? abang betul kan? betulkan abang kan? ya abang tahu abang betul sebab tuh abang tak kisah orang cakap abang nih macam bagus. 

kalau kita boleh meng-expresskan puji2an kita juga patut BERTANGGUNGJAWAB untuk meng-expresskan apa yang kita tak puas hati. diam dan melarikan diri yang macam selalu abang buat tidak akan menyelesaikan masalah. then tiba2 abang cakap my friends were not there when i needed them the most. apa kiwak la perangai abang kan? ok itu sahaja buat masa ini. nanti lepas buat simulation abang sambung lagi. 

::kBye::

-KAYIEWAN-

No comments: