Friday, July 06, 2012

Pet World 2012

ohoiii blog,

early this year kan abang mula melibat kan diri, heyyy melibatkan tau bukan meliwatkan diri yer! melibatkan diri dengan satu NGO yang selamatkan kucing dan satu lagi NGO yang selamatkan anjing. okeh i am not going to debate and argue about pegang ajing nih. benda nih dah basi dan everytime orang tanya rasanya macam broken record jer duk ulang ulang. dosa ker tak dosa ker abang yang tanggung yer. korang yang rasa nak tuduh2 itu haram ini haram sila la kira balik berapa banyak pahala yang dah ada. 

ok just few weeks ago PetSter ada buat pet world exhibition kat mitvelli dan abang pun mengsuka dan mengrelakan diri untuk membantu. ouh by the way tenaga kerja yang abang join nih rata rata mereka adalah rescuers dan fosterers. memang kagum la dengan derang nih. sanggup bersusah dan berpayah untuk menyelamatkan kucing2 dan anjing2 yang terbiar di tepi jalan atau yang didera oleh tuan punya. organisations nih mempunyai matlamat yang sama tapi gerak kerja yang berbeza. i am glad i have the opportunity untuk berkerja secara sukarela dengan mereka. wait, abang  bukan rescuer yer. belum pun mencapai makam sebegitu. cuma tolong sikit2 jer. tak mampu kut nak buat macam derang ni. 


kerja kerja amal nih bukan ada paksaan. mereka tidak pernah memaksa dan abang pun tak pernah ada rasa terpaksa. kalau ada kelapangan dan boleh tolong insya allah abang tolong. ada yang kata buat benda2 macam nih buang masa dan buang duit. tapi abang sentiasa berpegang pada kepercayaan yang rezeki tuh ditadbir oleh Allah s.w.t dan kalau kita berniat baik, membatu seikhlasnya insya Allah Dia akan melipat gandakan rezeki kita. 

kerja2 amal dan jariah nih mmg orang tak nampak kesan dan kebaikannya. sebab tuh i explained to my mum, kenapa spend duit untuk beli carrier, beli cage, litter sand and tray serta makan2 yang specific untuk kitten. bila explain kenapa abang buat macam nih, abang tunjuk gambar2 anak2 kucing yang orang buang, yang kena langgar whatnot and my mum nangis. rasanya orang yang tidak ada belas kasihan dan menghalang orang lain dari membuat kebajikan adalah layak kut kita kategorikan sebagai bukan manusia. ada eloknya dia berhenti menjadi manusia. like i said i never force anyone, paksa join buat kerja amal nih. kalau nak buat, buat lah tapi kena la ikhlas. tak boleh la buat sebab terpaksa dan nak ambik nama. atau manipulate nama orang lain for your own interest. 


group scratch ni wujud since march 2011 kut. abang mula join dengan derang selepas abang join dengan m.d.d.b . dua dua organisations nih tak mintak derma semata mata yer. sebab tuh abang suka join derang. they raise their own fund. buat adoption drive, jual merchandise. i know ada orang cakap abang dah merendahkan taraf dan status dalam masyarakat bila mana duduk kat booth dan jual jual barang menebalkan muka suruh orang beli. ye lah nampak macam salesman kan? tapi tak per lah whenever i asked kakaks or adik2 maniews beli they comfirmed buy punya! he he he.

again like i said, i am doing this not for fame.  kalau nak popular, baik abang berenti dan masuk jer modeling ataupun berlakon jadik artis gitu. hey i pelakon lelaki terbaik okeh. berani kan kau petik nama abang dik!? he he he. abang tak suka pertikaikan kerja orang lain. kau nak buat boleh buat. kalau tak nak buat boleh duduk menempek dan amik nama. suka hati kau lah. janji kerja abang jalan. 


 the was a 2-day event. nak kira penat memang la penat. tapi rasa best dan puas hati sebab kita boleh educate ppl tentang the importance of neutering and spaying. tipu la kalau abang cakap kerja2 macam ni tak ambil masa abang untuk research, report and paper write up. tapi kan kita kena pandai la curi masa. abang percaya bila kita buat baik dan untuk perkara yang baik, ada doa yang baik untuk kita. 

walapun abang nih berseluar pendek dan tidak pernah sekolah agama, tapi abang percaya yang tuhan abang, yakni Allah, dia memang maha pemurah. so far abang tolong rakan2 sesukarelawan nih belum la lagi menjadi miskin. yang bestnya kadang2 bila terlalu stress, lepak buat kerja macam nih tiba tiba rasa sedap di hati sebab kita tahu yang kita berbuat baik sesama makhluk. ye lah walaupun itu anjing dan kucing, but to me itu bukan sekadar haiwan peliharaan. itu nyawa, dan setiap yang bernyawa tak boleh la kita abaikan, dera atau apa perbuatan yang seangkatan dengannya. 


kami bawak 6 ekor kucing for adoption pada hari pertama, lima sudah pun mendapat rumah dan tuan yang baru. itu termasuk dZ. i had a mix feeling when i surrender her to the new owner. dZ tu anak kucing yang terbiar dan abang jaga dia for 2 months and a half. i wished i could keep her but keadaan bilik tak berapa sesuai. the best thing is to try my luck and her luck mana lah tahu kalau ada orang nak adopt dia. she was lucky. alhamdulillah. bila balik bilik dan cage kosong, mula la nak nyanyi lagu kosong pulak.. adoiyai! macam mana nak jadik fosterer nih! 


maka kat sini abang nak berpesan dengan diri abang bahawasanya, buat kerja amal jangan memaksa, terpaksa dan dipaksa. buat semampu dan seikhlas mungkin. kalau dari awal kita tahu tak mampu nak bagi commitment, jangan berjanji. orang yang dalam organisation nih semuanya mempunyai sidat tolak ansur dan understanding. beritahu masalah kita dan kita sama sama lah overcome the problem. jangan menipu. a lie will lead to another lie and it will snowball! 

-kerAYIEja AYIEmal-

No comments: