Sunday, November 18, 2012

Kesalahan: Antara Mencari dan Mencipta

ohoiii blog,

Sesungguhnya aku penat, 
Dilayan macam orang merempat, 
Kesana sini dihambat, 
Di dalam hati tiada lagi tempat. 

Antara mencari dan mecipta kesalahan, 
Aku tidak bercadang untuk meberi kemaafan, 
Biar saja perbalahan itu berterusan, 
Kerana aku tidak nampak jalan penyelesaian. 

Lebih sedekad memikul beban, 
Nyata aku tewas dengan kepenatan, 
Mahu meloloskan diri dan bersendirian, 
Untuk menikmati erti kehidupan. 

Aku mahu berhenti, 
Dari menjadi semua ini, 
Aku bukan hamba abdi, 
Bukan juga sesempurna Nabi. 


Terima kasih untuk caci dan maki, 
Terima kasih kepada penciptaan benci, 

Terima kasih kerana tidak menghargai, 
Terima kasih kerana aku akan pergi. 

Mungkin itu yang terbaik buat masa ini. 

-perAYIEgi-


No comments: