Friday, September 27, 2013

Baikkah Perempuan Seperti Engkau

Ohoiii Blog, 

Tadi aku pergi mekrang jumpa dengan bff merangkap adik beradik. masa tuh jugak aku dibaca syairkan beberapa entry yang bunyik sangat islamic tapi kalau siapa yang tahu perempuan yang empunya blog tersebut pastilah muntah. khabarnya entry entry terkini sudah kembali ke pangkal jalan selepas tidak berkawan dengan kami kami nih. seolah-olah kami nih orang yang sesat lagi menyesatkan. banyak entry yang menceritakan dia seorang yang warak dan tawadhu' beribadat tidak lagi membuang masa dan lagha. mengupdate gambar memberitahu umum tentang dia ini seorang yang tidak tinggal sembahyang sehinggakan kucingnya pun turut berjemaah dengan dia. 

heyyyy perempuan yang rosak akal waras dan jahat hatinya,  sini aku ingin bertanya dengan engkau, dan jawablah dengan solat serta amal yang engkau kerjakan itu. solat dan amal yang engkau banggakan itu. solat dan amal yang kau fikir menjadikan engkau lebih baik dari sebahagian daripada kami ini.  

1. baik kah perempuan seperti engkau bila kau menggelar kawan rapat, yang engkau tandang rumahnya, engkau tidur dan bergembira di sana sebagai perempuan bertatoo? baik kah perempuan seperti engka, bila engkau menggelar kawan yang engkau dengar cerita isi hatinya sebagai perempuan bermulut catastrophe? 

Sini aku cerita kan sedikit kepada engkau. dalam berkawan kita berdua ada berselisih. tahu kan engkau siapa yang paling kuat menjadi jaksa pendamai? Ya, dia lah orang yang engkau gelar sebagai perempuan bertatoo itu. Tahu kah engkau selepas engkau terpaksa menjauhkan diri dari kelompok kami kerana kebodohan engkau menjaja cerita yang tidak perlu, ada seorang perempuan yang selalu bertanyakan khabar engkau? Ya, dia lah yang kau panggil perempuan bermulut catastrophe. 

tahu kah engkau tentang ini? tentu tidak kerana engkau bukan dari golongan orang yang baik. 

2. Baik kah perempuan seperti engkau bila engkau mencela masa dan moment gembira semasa bersama kami? tidak ada seorang pun dari kami yang memaksa sesiapa pun untuk turut serta dalam setiap himpunan baik di kuala lumpur mahupun di lain lain tempat. apa kah kini semuanya tidak baik? apakah tidak ada kebaikan dalam rumpunan ini? Baik kah perempuan seperti engkau yang menjatuhkan hukum 'membuang masa hingga tengah malam berembun' kepada kami?

Kami bersyukur kepada Allah kerana menampakkan wajah sebenar engkau.Sesunguhnya kami berlindung dengan kekuasan Allah dari manusia berjiwa syaitan 

Walaupun beribu gambar engkau mahupun kucing engkau di atas sejadah layakkah engkau mengatakan engkau lebih baik dari kami?   

3. baik kah perempuan seperti engkau bila engkau sibuk membuka aib kawan yang paling mempercayai engkau? lalu allah angkatkan hijab aib dan menunjukkannya seperti mana engkau cuba memalukan kawan tersebut. 

engkau mahu menjadi hero merancang untuk memalukan aku. menjadikan kawan kawan  lain marah kepada aku. engkau merancang tetapi Allah jua lah sebaik baik perancang. jahatnya engkau merencana rancangan itu boleh aku samakan sebagaimana abu jahal mahu membunuh pesuruh allah. Ingat, bukan aku mahu menyama kan diri dengan nabi (nauzubillah tidak sama sekali) tapi aku mahu engkau tahu, perbuatan terkutuk engkau itu tidak kurang dari apa yang dilakukan oleh abu jahal, orang yang dijamin akan menjadi bahan bakar api neraka jahanam. 

baikkah perempuan seperti engkau? perempuan yang merencana ranganan untuk memalukan kawan sendiri? menabur fitnah dengan mengatakan aku mempunya penyakit yang tidak terjangkau dek pemikiran kawan kawan yang lain? baik kah engkau perempuan yang membuat fitnah? bercerita tanpa tahu perkara sebenar dan berselindung di sebalik kosa kata 'melindungi'? baikkah perempuan seperti engkau bila engkau tidak tahu membezakan antara 'melindungi', 'menutup aib' dan 'menjatuhkan maruah' seorang teman yang sangat mempercayai engkau? 

dan engkau begitu bangga dengan solat yang engkau kerjakan? tahu kah engkau, berapa ramai orang yang mendirikan solat tetapi solat mencela pelakunya kembali. engkau solat, tapi engkau lupa dosa yang engkau lakukan kepada sesama manusia belum terampun lagi. apa yang hendak engkau banggakan dengan amal yang engkau lakukan? tidak kah engkau takut di padang mahsyar kelak aku menuntut penjelasan apa yang engkau fitnahkan, tujuan engkau berkata bohong? tidak kah engkau merasa rugi, solat dan amal yang engkau lakukan di dunia menjadi sia sia?

betul, hanya Allah sahaja yang Esa layak menghakimi sama ada engkau punyai amal yang baik bekal untuk ke akhirat. tapi jangan lupa, Allah bekalkan engkau dengan AKAL bukan untuk mengintai mencari cari kesalahan aib orang lain melainkan untuk engkau gunakan berfikir apakah cukup amal kebaikan yang engkau telah kerjakan. 

Hai perempuan yang jahat hatinya, tidak kah engkau berfikir kenapa Allah menimpakan kehidupan yang sebegitu kepada engkau? adakah engkau masih mahu menyalahkan kami dengan sebahagian kegagalan kehidupan engkau. Nyata memang betul engkau bukan perempuan yang baik. 

    

4. baik kah perempuan seperti engkau bila engkau gagal menjaga kehormatan diri, lupa tentang halal dan haram kita sebagai mahram kini mahu berbicara tentang agama. sedang engkau diberikan sedikit hidayah lalu angkuh mengangkat diri seolah2 sudah yakin ditempatkan dengan orang yang berkesudahan baik. lupakah engkau tentang dosa engkau yang lalu. dosa yang engkau sengaja lakukan. aku tidak lagi ingin menghinakan diri menyebut setiap kesilapan dan kesalahan yang engkau lakukan. cukup sekadar Allah Yang Maha Menghakimi menghukum engkau. 

orang yang bertaubat adalah orang yang merendah diri, serendah rendahnya tawadhu' kepada Allah. senantiasa merasakan diri dalam keadaan berdosa. bezikir dan beristighfar memohon ampun. bandingkan engkau dengan deskripsi yang aku berikan. baik kah engkau? sudah menjadi orang yang baik kah engkau? 

hai perempuan yang lupa dengan dosa yang dilakukan, baik kah perempuan seperti engkau bila mana engkau menyamakan orang yang tidak solat dengan anjing hitam dalam masa yang sama solat yang engkau lakukan tidak dapat menjaga kehormatan engkau? apakah solat yang engkau lakukan itu? apakah solat itu menjadikan engkau perempuan yang baik? atau solat itu cuma seperti mekap tebal yang engkau tempekkan dimuka? untuk memberi impresi baik kepada umum yang membaca dan melihat? baik kah perempuan hipokrit seperti engkau ini untuk hidup bermasyarakat?  



5. Baik kah perempuan seperti engkau ini bila engkau gagal mengambil manfaat dari ujian dan ketetapan Allah. baik kah perempuan seperti engkau ini bila merasakan semua orang bersalah tetapi tidak diri engkau sendiri. baik kah perempuan seperti engkau ini bila menyandarkan orang lain sebagai alasan engkau melakukan dosa. 

baik kah perempuan seperti engkau ini bila mana engkau sedar yang engkau bersalah tetapi enggan mengaku dan menjernihkan keadaan? khabarkanlah kepada aku mana baiknya perempuan seperti engkau yang tinggi sombong egonya?! tidak kah engkau tahu yang sombong itu sifat utama syaitan? lalu engkau mahu mengatakan kami ini orang sesat lagi menyesatkan? 

Baik kah perempuan seperti engkau yang suka bercerita bohong? Sukakah engkau aku petikan bait bait ayat dari Surah Al-'Ankabut 

[4]Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.

[5]Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Tidak kalah orang yang meminta maaf. itu benar!
Tidak kalah orang yang berdiam diri selepas meminta maaf. Itu juga tiada yang benar melainkan yang benar sahaja. 

Tetapi adakah engkau tergolong dalam mereka yang dinyatakan? engkau melarikan diri apabila diminta bersemuka. bukan kan orang yang lari itu orang yang salah? baik kah perempuan yang hidup dalam keadaan bersalah? 


6. Baik kah prempuan sperti engkau ini bila engkau mendahului Allah dalam banyak perkara? Dengar sini wahai perempuan yang rosak hatinya. Aku ini, ya aku ini, seorang pendosa, melakukan dosa dalam keadaan sedar dan tidak sedar, besar dan kecil. Demi Allah yang Merajai Hari Pembalasan, aku bersumpah, tidak pernah sekalipun aku merasa bangga dengan dosa yang aku lakukan.Tidak pernah walau sekali pun aku mengangkat diri aku mengatakan aku lelaki yang baik. 

Aku banyak melakukan dosa yang terang dan yang tersembunyi. lalu engkau mengintai ngintai mencari aib aku. engkau ceritakan kepada mereka yang tidak perlu tahu dalam keadaan yang menghinakan aku. engkau cerita kan seolah olah itu seloka yang boleh dibawa gelak dan ketawa. Baikkah perempuan seperti engkau yang berbicara bohong dan bermuka muka? engkau perihal kan suatu cerita dengan aku kemudian memperihalkan cerita yang sebaliknya dengan kawan yang lain. Adakah engkau ini perempuan yang baik?

Wahai perempuan yang suka mencari aib manusia, ketahuilah bahawa tuhan yang aku sembah, dan yang kepadanya aku mohon pertolongan Dia itu sifatnya Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Dia itu Maha Luas Keampunannya. Sekiranya aku bertaubat dari segala dosa yang aku kerjakan, sedang engkau belum lagi mendapat kemaafan dari aku, apakah engkau boleh mengatakan diri engkau lebih baik dari aku? apakah fitnah yang engkau taburkan kepada aku akan terampun dengan sendirinya hanya dengan berdiam diri? Apakah perempuan seperti engkau kini mendahuli sifat-sifat dan zat Allah?  

7. baik kah perempuan seperti engkau bila engkau tidak putus putus mengatakan 'bukan semua yang kita sukai atau sayangi baik untuk kita'? Barangkali engkau terlupa mungkin engkau bukan orang yang layak menyukai dan menyayangi seseorang/sesuatu. Atau barangkali engkau bukan orang yang baik untuk berbuat demikian. Jangan mudah menyalahkan orang lain dan takdir seolah olah Allah adalah asbab kepada musibah yang sebenarnya terzahir dari mulut engkau yang biadap itu. Benar, baik dan buruk sesuatu itu ditentukan Allah tetapi kita diberikan akal dan asa untuk membuat keputusan. 

Apa yang engkau fikirkan semasa engkau bergembira membuka aib aku? Allah kah yang bersalah sehingga menyebabkan engkau galak bercerita? Sedang kawan lain (ada yang telah mengetahui lama terlebih dahulu) tidak pernah berpra-sangka, adakah engkau masih mahu mengatakan engkau perempuan yang baik? 

Soalan aku, apakah engkau ini betul perempuan yang baik? 
Soalan aku, apakah kami ini orang yang lagha? berhimpun berembun dari malam hingga ke siang membuang masa? 

Aku bukan orang yang ahli dalam agama tapi itu tak bererti aku tidak ada pengetahuan dalam agama. walaupun aku selalu berseluar pendek tapi itu tidak bermakna engkau yang bertudung lebih baik dari aku. aku tidak sering menceritakan tentang agama, bukan kerana aku tidak tahu, tetapi aku menyedari yang aku tidak mengamali apa yang bakal aku ucapkan. maka diam itu lebih utama. engkau berprasangka orang seperti aku tidak akan diampuni Allah. Siapakah engkau yang boleh menafikan keampunanNya?

Closure? engkau sudah begitu puas dengan kebinasaan yang engkau lakukan. lalu engkau mengambil jalan mudah menutup dan meneruskan kehidupan. beranggapan yang aku akan membenci engkau. terus terang aku katakan, yang aku tidak pernah memaafkan engkau kerana engkau tidak pernah ikhlas meminta maaf. aku tidak membenci engkau jauh sekali  untuk sayang engkau walaupun hanya sebagai manusia asing kerana, engkau tidak boleh berada dalam hati aku. 

percayalah dengan aku, sekiranya engkau berterusan berperangai begini, engkau tidak akan pergi ke mana mana. ingat, kesenangan yang allah berikan dalam urusan untuk kau mendapat biasiswa kemungkinan bukan nikmat tapi istidraj kerana engkau ini ada sifat yang gemar menunjuk nunjuk, memberitahu dunia engkau lebih baik dari sebilangan orang. 

-bAYIEk kah engAYIEkau-  



No comments: