Tuesday, January 28, 2014

Mari Berbasikal @ Putrajaya Wetland

Ohoiii blog, 

Last weekend kan abang mengajak acikuring dan jugak ahboi untuk berbasikal. abang sebenarnya lelaki gemuk yang sukakan aktiviti luar. oh jangan la salah sangka. ahboi nih adik yang baru berumur 19 tahun dan acikuring pulak wanita sedang berada dalam zaman kegemilangan awek kepada fahrin ahmad. kau mampu dik bercinta dengan artis? abang tak mampu so dapat kawan dengan orang bercinta dengan artist wajib la abang pongpang brukbrek sana sini kan? giler tak bangga! matiklah abang berfantasi. kata acikuring berangan tu tak salah sebab tak kena bayar tax pun. tapi kan jangan berangan banyak sangat takot nanti jadik macam iQrams. ha ha ha. eh dia buruk. ha ha ha ha. 

so dalam pukul 4 macam tuh acikuring pi amik ahboi di kolej dia dah kami pun pergi la ke putrajaya tuh. awal awalnya nak pergi main kayak. muka si acikuring dah pucat2 basi lah sebab dia asik la bertanya 'tenggelam tak?.. jatuh  tak dalam tasik? ..kalau aku jatuh macam mana kan? ' . kau pitam tak nak menjawab soalan tuh dik. sah2 la pakai life jacket. ha ha ha. tapi kemudian apabila sampai ke tempat rekreasi tuh muka acikuring berubah menjadi sangat gelowing kerana, tempat kayak tuh tutup. gembira sangat dia. maka abang pun membuat detour lalu bermain basikal. 

sampai dalam pukul 5 macam tuh tapi tak banyak pilihan basikal yang ada. boleh lah buat bermain main. bukannya nak pergi berlumba yer dak. lagipun sabtu what can we expect. tak sangat acikuring hebat berbasikal walaupun adakalanya beskal menaiki dia. abang pun sama jugak lah esp bila mendaki bukit yang sangat hazab itew. 

kurang lebih sejam kut kitorang dipaksa balik sebab, hey dah tutop rupanya! tapi park tuh masih buka cuma beskal kena pulangkan lah. hajat di hati nak jer berlari lari di saujana hijau pulak tapi kan si acikuring nih nak berzikir lapar katanya. ada la insiden2 kelakar yang berlaku tapi  tag line yang tak boleh blah membuatkan abang dan ahboi terbangang kejap adalah : 'Jangan tengok ci*et aku' . tertonggeng abang mendengarkan iyer nyer~!




okeyh itu jer nak cerita. lepas berbasikal kitorang pergi makan kat tat nasik ayam dan lepas hantar ahboi abang dengan acikuring bergegas balik kampung bukit beruntung. he he he. nanti nak repeat lagi berbasikal tapi kali ini di bukit cahaya seri alam. 

-bAYIEsikal-

No comments: