Ohoi blog,
Abang nih kan tak pandai masak. Tapi tetiba kan mood nak memasak kembali. hey last time abang masak masak dengan hebatnya adalah a year ago. Ni skill pun ntah ke mana jer. Tapi kan abang tak penah sama sekali cakap yang masakan abang sedap atau pun abang tahu masak itu dan ini dan masakan abang lebih sedap walau pada hakikatnya abang nak tabur garam pun fail. Buat ciken pai pun keras kedengkung sehingga ada ciken pai yang tumpas ke dalam longkang. Sedih tak dik. Eh apa kan nih mencarut?! ha ha ha ha.
So abang pun pergi la membeli dengan tak boleh blah nya di Cold Storage. Mengutuk mahal barang barang kat sini. Kalau nak bandingkan dengan Jaya Gorcer lagi mahal kut CS nih. lepas berjogging 200 meter di Saujana Hijau abang pergi ke Alamanda dengan acikuring. bau sesekor macam hamjadah. ha ha ha. Abang berangan nak masak dan abang masak benda paling senang sekali, PASTA. h aha ha. lama sangat dah abang tak masak kan nih. konon nak buat spaghetti meatball. si acikuring nampak pasrah jer bila abang cakap nak masak pasta. mesti dalam hati dia cakap tak challenging langsung. ha ha ha.
So hari Isnin tu baru abang masak sebenarnya sebab Selasa kan cuti Wesak. Masak punya masak yang sauce nya sangat la senang tapi fettuccine tuh agak susah sebab dah la petak macam mana kan nak agak bila masak nya. nahhh hasilnya jadik la pasta sendu yang batat. tapi tak masin dik. boleh makan! ha ha ha ha. dengan gigihnya kan abang telah mengwaksap acikuring pada pukul 11 malam dan memaksa dia merasa pasta yang abang masak. kau mampu tak buat perangai macam tu tengah2 malam buta! nah itu lah rupa Pasta Sendu!
so ini lah dia gambar acikuring yang dipaksa dan terpaksa makan. kalau dia tak datang malam tuh abang tak nak kawan dengan dia. ha ha ha. kesian sangat kan sampai tak sempat nak gosok tudung iyer nyers. feedbacknya? dia kata boleh lah. tapi fettuccine abang sangat soggy. dia suruh perbaiki yang itu. esoknya gigih abang membuat kaedah cuba jaya untuk masak al dente. hey abang nih open to constructive criticism tau. tak macam separuh cikgu kantin masakan meehoon masin iyer nyers. pandai komplen orang tapi bila dia kena terus sentaps bijik. apa kan kau ni dik??
okay itu jer nak cerita. tapi esoknya hari selasa tu abang kena paksa masak dan nak berpiknik pulak iyer nyers. padan muka abang. sapa suh paksa orang taste makanan kan? ha ha ha.
-pasAYIEta senAYIEdu-
1 comment:
Sedap lah pasta tu..the meatball sgtttt sedap!!!! thank u n sila masak2 len plak hehehe...
Post a Comment