Friday, October 17, 2014

Ana Ikan Bakar: Bakar Lemak Berpeluh Sedap


Ohoiiii Blog, 

abang nak cerita sikit pasal restoren ana ikan bakar. abang tak pernah t ahu kewujudan kedai makan nih sampai la acikuring beritahu abang. rupanya abang selalu jer lalu lalang kat depan kedai nih. kekdah abang tak penah nampak pun! abang suspect ada orang main 'kotor' kasik cover sampai orang ramai tak nampak kedai nih kut? he he he. alamak very der iQrams kan abang nih percaya benda2 karut marut nih. ekceli rezeki nih dari Allah. kita doa jer lah minta kat Dia. 
menu paling best kat sini mesti lah ikan bakar dengan petai. ouh memang heaven kan kat sini. abang seperti biasa mintak nasik lebih.  oleh sebab abang tak berapa pakar sangat pilih2 ikan, abang suruh jer acikuring pilih apa  nak makan. after all ini acikuring (boss abang sekarang nih la konon2nya sebab abang kan driver dia) yang belanja. takkan la abang pulak  nak memandai mandai pilih kan. 


tapi banyak jugak lah kitorang makan. feveret abang pun ada iaitu encik crappy crabbbb! lain lain kitorang makan sata, buttered prawns yang berkuah punya, tom yam and kailan ikan masin. konsepnya semua seafood dik.


orang memang sangat ramai dik. jadi kalau nak makan kat sini eloklah makan sikit benda yang ringan. kalau tak  nanti kau boleh naik hantu! ouh kitorang sempat berborak jugak dengan adik waitress kat sini. nama nya Mira. ha ha ha. abang nih sebenarnya seorang yang peramah esp dengan orang yang merasakan kerja mereka biasa biasa. sebab mereka nih kan selalu nya stress, so abang suka lah mencerikan hari mereka terutama sekali kalau yang beri layanan baik. kalau kau waiter atau waitress yang gampang, nahas la kena bahasa dengan abang kan. 

Dia siap invite kitorang ke perkahwinan dia lagi. tapi kitorang tak dapat pergi la sebab abang ada kelas masa tu nanti. 

Anyway you should try and this restaurant ada berada di Bangi! 

-mAYIEkan-

No comments: