ohoiii blog,
ni nak cerita pasal jalan jalan makan tengah hari dengan dewi. dewi nih dulu pemanging. lepas tuh dia mendapat pencahayaan agung maka dia menjadi vegetarian. tak lama lepas tuh dia mencapai makam yang tertinggi melalui penyatuan hati dengan haiwan2 ternakan, dia menjadi vegan. belum lagi strict vegan sebab dia masih menerima makan mock meat and mock fish.
so we went to Paradigm Mall di Kelana Jaya. Itu first time abang pergi sana. ala dengan sapa lagi, dengan my Boss lah. dia tahu jalan ke sana. Blueprint Paradigm Mall pun ada dalam kepala otak dia. we arrived around 12 macam tuh. Dewi memang duduk dekat jer. Ouh best tau Paradigm Mall nih sebab ada GAP!! ha ha ha ha. boleh macam tu?
Kitorang makan kat Simple Life. ada pulak soya punya ice cream punya kedai punya la menguris hati melihat iyer nyers. he he he. ehhh terguris pulak hati melihat sesuatu yang baik? motif kan nih. hiks.
| ouh ini cendol memang terbaik. alahai abang memang menggilai cendol lah. pergi little penang pun beli cendol. |
| Sedap dik. |
It was said yang makanan kat sini almost organic and healthy. tapi abang tak berani jamin lah. anyway abang ni tidak lah pemilih orang nya and i am quite opened to try new thing except DURIAN! gile dik abang boleh pengsan kerana durian. so kepada kawan kawan yang nak buat lawak dengan abang, sila jaga jaga. i am not kidding you. boleh dapat pening kepala yang hebat kut kalau makan durian nih. some people might find it funny tapi nak buat macam mana kan. Boss abang nih pulak heboh nak makan ice kacang berdurian. abang cakap tak payahhhh. ha ha ha. kesian dia. ala pegi la makan dengan cTotPotPet nanti yer Boss.
We had a good time and ada la jugak kongsi pasal cerita kehidupan dengan dewi. so sama sama la belajar apa yang perlu buat dan apa yang tak perlu buat. belajar macam nak tackle young adult dan macam mana nak berurusan dengan mature adult macam abang nih. kadang kadang kita yang dah bangka nih banyak expectation. we were once young, banyak benda yang kita tak tahu. so bila kita dah mencapai umur yang macam nih, tak adil la kita nak push young adult behave macam kita.
tapi ada juga kanak kanak bangka. maxudnya dah tua tapi perangai mengalahkan budak tadika. abang pun kadang kadang berperangai macam tu but when i gained my consciousness maka abang akan la bertaubat. eh kena ingat tau, the moment kita kata everyone else is wrong but not me, itu kau dah angkat diri kau melebihi Nabi. Nabi pun ada buat silap, tapi kesilapan tu memang Allah sengajakan supaya manusia macam kita nih tak la riak nak mengatakan dia sahaja yang betul. if you are using 1% of your brain, kau boleh compute la abang yang abang nak cakap nih, kalau kau tak der otak kau akan hukum pakai sentiment the whole world is conspiring against you. Too bad for you la kan.
Alhamdulillah we had a healthy discussion dengan Dewi. She needs time to improve and I too take some times to adjust myself dengan kawan kawan yang baru jumpa. macam tuh la kehidupan.
okay itu jer nak cerita. nanti petangnya tuh pulak kitorang ke Harley's. buat kerja amal tapi tak payah heboh! boleh macam tuh. hiks.
-mAYIEkan lAYIEgi-
No comments:
Post a Comment