Friday, April 17, 2015

Juang: Per, Pe, Ber dan Memper..kan

Ohoiii Blog!!!

Some random thoughts sebab abang tak boleh tidur akibat mentekedarah nasik ambank yang sangat sedap. thank you boss! tadi lompat2 kat FB beberapa orang activist yang sekarang nih berada di luar negara. ada banyak perkara yang boleh kita ambil pengajaran dan pelajaran. kebiasannya kita lebih selesa untuk dismisskan idea yang lain dari aliran kita. kita sebenarnya MALAS berfikir dan malas melaksanakan sesuatu yang baru. 

Perjuangan

Cliche orang melayu, hidup tu satu perjuangan tapi dalam context yang lebih luas life is either a fight or a struggle. 

if you live doing things you love, then it is a bless. 
if you live to love things you do, that requires skills! 

so hidup kita nih betul la satu perjuangan. orang yang ada objective hidup akan memperjuangkan apa yang dia inginkan. activist idealist extremist semua nak perjuangan apa yang mereka rasakan betul. jadi setiap perjuangan ni mesti ada pedoman. Perjuangan ni pun ada dua, ini abang bercakap dari perspektif seorang muslim la yer walaupun abang nih kategori bad muslim 1) perjuangan lillahi taala atau 2) perjuangan lillahi media. yang tekemudian tuh biasanya perjuangan yang tak lama. soon enough si pejuang akan dibaham dengan the flame of fame. i have seen many evidence and alhamdulillah geng2 abang selalu remind me to keep the profile low. 

if you have it, flaunt it, betul dan salah. betul, kalau kau berani dan kuat untuk menerima kritikan yang mostly ada destructive. if they cannot kill what you fight for, they will assassinate your character. they start to find and dig up your past. salah, bila kau flaunt kau akan angkat diri kau kelangit dan menyatakan Allah bersama kau. Allah di pihak kau. pada siapa agaknya kita berbohong kalau  tidak kepada diri sendiri kan? 

Pejuang

orang yang ada halatuju dalam kehidupan akan perjuangkan sesuatu. mereka nih boleh tergolong dalam banyak ketegori tapi biasanya mereka nih bermula dengan idealist. mengimpikan kehidupan yang sempurna dan mengikut flow kehidupan tang mereka rasakan sepatutnya. kemudian bila tersedar yang dunia ini tidak adil dan tidak ideal, mereka mencari escapism menjadi extremist ataupun activist. extremist biasanya aggressive. tapi paling bahaya adalah orang yang berselindung dengan topeng activist. mereka ini pada bila bila masa boleh sway menjadi idealist dan menjadi extremist. most of the time mereka  ni adalah passive-aggressive. dalam diam mereka akan cuba meresapkan idea, ideology, pendapat dan konsep mereka kepada orang lain. mereka kemudian akan mengumpulkan the like minded people menjadi satu pasukan. 

ini dipanggil kawan seperjuangan. hati hati bila mencari dan menjadi rakan seperjuangan. kena pastikan yang matlamat serta cara perjuangan selari. kalaupun ada perselisihan dalam cara perlaksanaan mesti ada titik temu untuk sekurang2nya dalam issue yang diperjuangkan. biasanya bila issue blown out of proportion ada jer rakan seperjuangan yang berpaling tadah menjadikan kita pulak scapegoat untuk dipersalahkan. ouh well, untuk melepaskan diri, kita divertkan sahaja attention kepada orang lain dan focus akan memberikan lampu limpah kepada orang tersebut sehingga lumpuh.

pejuang kena pastikan apa yang hendak diperjuangkan. bending the policy here and there tu biasalah kan since we arent living in an ideal world. tapi jangan compromise kita punya stand dan matlamat kita. jangan kejar fame sebab nanti kau sendiri akan binasa.  


Berjuang

ini kena ada skill, bukan main langgar dan main hentam. kena ada plan, jangka pendek, panjang dan alternatif. if plan A failed, we have 25 alphabets to choose. dalam islam mesti dengan hikmah. kita boleh vocal tapi kena jaga adab. cuma kadang kadang being manusia kita pun ada tahap kesabaran since we are no saint. 

berjuang kena dengan cara yang betul. tunggu masa yang betul, jangan terburu buru dan jangan berlengah. berjuang dengan orang yang betul, betul-betul sealiran dan betul-betul tahu apa yang diperjuangkan. bukan main sauk semata2 nak tunjuk kan yang kita ramai pengikut. kita bukan pengembala kambing dengan hitungan yang banyak. datang serigala habis semua menjadi lauk  makanan. be in a pack, have a good leader and subordinate. organize dan have strategies. berjuangn nih sama la macam buat roti john. kena tahu apa bahan, sukatan dan bila nak letak toppings and bila nak angkat. tak boleh overcooked. nanti hangit tak sedap. sama jugak dengan pejuang kita yang berjuang. you cannot overworked them. mesti tahu bila nak tukar buah catur. bila nak nak gerakkan our last ultimatum card when keadaan is not in our favour atau bila nak checkmate bila keadaan memang in our favour. 

Memperjuangkan

Apa yang kita perjuangkan? untuk diri? untuk agama? untuk bangsa? atau pun ada agenda lain? 

yang ini tiada orang yang dapat menjawab melainkan diri kita sendiri. orang yang cerdik akan berfikir bukan untuk hari ini sahaja tapi untuk seratus hari, seratus bulan adakalah seratus tahun. orang yang malas?? sila habiskan ayat ini.  

-berjuAYIEang-

No comments: