Wednesday, June 24, 2015

Salam Ramadhan: Antara Melayu dan Arab Jadilah Muslim

ohoiii blog, 

Ramadhan datang lagi dik! Alhamdulillah dapat bertemu lagi Ramadhan. Kat malaysia nih Ramadhan adalah special.  Lebih special dari Bulan Haji kerana masa ini lah kita rakyat Melayu Malaysia kan menjadi lebih Arab dan hilanglah jatidiri Melayu. Kenapa abang cakap macam tu dik?  kita alih2 meng-arab-kan semua perkataan yang lazimnya boleh jer disebut dalam bahasa melayu. orang kita nih heboh bila abang cakap omputih depa cakap abg nih nigro lah tak sedar diri lah. so kalau kau cakap arab kau lebih melayu ker atau macam mana?  eh dik.. perasan tak abang sebenarnya merempan? ha ha ha. ranjau kan?! 

okeh since abang pun nak perasan arab, maka abang pun pakai la jubah. kau tahu tak dik kenapa abang pakai jubah? ini la pakaian yang senang kita nak tipu umat meleis dik. abang nih kalau pakai jubah pakai serban lepas tuh abang bruk brek bruk brek sikit pasal surah al-fatihah dan terjemahannya maka akan ramai la gadis2 yang terpedaya dengan abang. bukan setakat gadis gadis, mak gadis pun tergoda tau dengan abang lalu ingin menyerah kan anak dara mereka kepada abang. giler la mereka nih?!

abang pun heboh lah menjadi arab nih dik. maka sempena menyambut ramadhan abang pun harass Boss untuk pergi solat kat masjid tuanku mizan. ouh memang grand la, tapiiiiiii ... tapi kan dik!!! tak ada ekon dik. mampus dik. kitorang pergi solat maghrib dulu. lepas tuh boss nak makan egg roll kat alamanda. so kiranya sekali harung lah. abang pun  tak pernah lagi solat kat masjid nih. kang katanya I am not a good muslim sebab, masjid kau tak nak pergi, tapi tempat lain kau pergi. biasalah dik meleis nih kan lagi arab dari arab. 

okay few things yang kau kena tahu dik kalau nak solat kat sini. 

(i) Masjid nih  konsepnya  terbuka tapi air circulation agak macam tak ada jer abang rasa. kalau kau species mudah becak macam abang, tak payah la nak gigih sangat solat kat sini. tapi abang kan jenis yang suka nak experience kan, makaaa.. ha ha ha.. ketibas la abang. masa solat maghrib tuh okay lagi sebab abang ambik spot betul2 depan kipas. merasa seronok dik. 

(ii) kemudiannya kat bahagian tepi ada kolam tau dik. asal2 abang ingat macam tiles yang sangat polished sampai dapat reflection yang perfect. sekali nasib baik abang terbaca notice kat situ, klaau tak pastilah abang telah bermandian wajib dalam kolam itu lalu menyamak menyertu mengambil wudhu keinfinitian kalinya. ala2 celop dalam kolam tuh boleh buat stock wudhu forever. 

(iii) kat bahagian tengah nya ada carpet dan sekeliling tepinya hanyalah tiles. kalau kau pergi terawih or jumaat bawak la kain sejadah dari rumah. in case tak dapat solat kat ruang utama, kau kena solat kat kawasan yang ber-tiles tu. mau remok redam nanti kepala kau kalau tak reti nak brake masa sujud. 

(iv) antara saf lelaki dan saf perempuan tak ada partition. ruang solat kanak kanak pun tak ada. free concept gitu. so awas dik, kalau kau jantan meleis arab yang mudah terinzal dengan melihat perempuan bertelekung abang tak galakkan kau solat kat sini. nanti sudahnya kau terjun masuk kolam untuk bermandian wajib. 

(v) ouh hantuBeruam pun tak boleh solat kat sini, nanti setahun kau heboh ruam naik kat muka kau dik! 


So seperti yang dijanjikan lepas magrib bawak boss pi mencekik egg roll kat alamanda. cuba teka kan dik, apa yang terjadi? haaa kitorang tak boleh keluar dari bulatan kat masjid putrajaya tu. kekdahnya arab meleis dah berduyun2 parking kereta berlayer layer sebab nak kejar pahala solat terawih. hairannya masa maghrib tuh sendu jer jemaah nya dik. kereta pun tak banyak dik. apakan macam nih? akhirnya lambat kitorang sampai dan abang pun suruh jer boss tapau eggroll tu.  lepas tapau kitorang gerak semula ke masjid besi Tuanku Mizan untuk solat terawih. Alhamdulillah sampai2 jer ada parking untuk kitorang dik. boss apa lagi terus jer kata, berkat bawak dia. aiya caramba kan sangat nih. kitorang mencekik dulu egg roll tuh dan kemudiannya terus pergi solat. abang masbuq solat isya' dan sempat solat jemaah terawih. konsepnya arab meleis nih solat very der macam ayam dik. bacaan patutnya tak payah panjang2 tapi jangan la kau baca laju. abang nih paham la sikit2 arab dik. sikit jer tauuuuuu! abang tak kata abang tahu or reti cakap arab yer. ada juga terjemahan2 ayat2 lazim, surah2 lazim yang abang hafal. so kalau kau baca laju2 tok sheikh apa la yang abang nak fahamkan dik. belum sepat habis fatihah abang, dah rukuk. lepas tuh dah sujud pulak. tak ker macam ayam. tapi masa solat kat masjid tuanku mizan tak la laju sangat. just nice la dik. ni abang cerita in general tau. kalau kat surau2 kampung tuh, imamnya tua kedaung, bacaan kemain laju. risau jer abang mendengarkan iyer nyers. karang ada pulak yang kena cardiac arrest.  

since kat masjid tuh open sangat sangat maka bersiap sedia lah untuk kenap pijak dengan kanak kanak yang berlari dan bermain. bersedia lah untuk mendenngar kanak kanak meraung raung, menangis nangis dan sebagainya. kalau kesabaran kau nih ala ala macam abang, baiklah kau solat kat rumah jer sebab at the end of the salam, pahala kau tinggal seposen jer dik. abang dengan boss buat 8 rakaat dan 3 witir. imam buat 20 kut, abang tak mampu dik. nanti meng-ayam abang sesudah solat. 

sudah2 jer selesai kitorang pergi moreh walaupun puasa belum pun lagi. ha ha ha,  ini la arab meleis sejati dik! orang belum apa apa lagi abang dah embrace semangat Ramadhan Kareem. to me kan, ramadhan or not, hari2 abang selalunya macam biasa jer. berbuat baik bukan semestinya di bulan ramadhan jer. bulan lain pun kau kena buat baik dik. masalahnya orang kita nih masa bulaln ramadhan pulun tolong anak yatim, sumbat sumbang makanan sampai tersengkak budak budak tu. tiap2 hari bawak pi makan hotel. kekdahnya anak anak yatim makan bersila orang lain pulak makan kat meja. apa ranjiao perangai kau nih dik?! niat dah baik, perlaksanaan pulak tak berapa betul. kau pakai nama anak yatim tapi depa makan kat lantai. alasannya takut tumpah la apa lah. kau ingat anak anak yatim nih bodoh macam kau ker? so tak baik kau layan anak yatim macam tuh kan. lepas bulan puasa selama 11 bulan tuh tak ada la anak anak yatim nih dapat makan hotel. apa depa nih hanya exist masa bulan puasa jer ker? atau sebelas bulan yang lain depa nih bukan anak yatim lagi dah? so ini mentaliti kena ubah la dik. sebab tuh abang percaya kepada istiqomah. kau buat bulan lain nih macam bulan ramadhan jugak cuma tambahan bulan ramadhan kau kena buat terawih. itu yang membezakan dengan bulan lain.   

maka berpuasa lah abang dengan sahur merangkak minum air dan tidur semula. ala puasa nih macam hari biasa jer kut. sekarang pun adalah masa  yang terbaik untuk rehatkan perut dan bowel. puasa jatuh hari khamis dan kelas abang pulak habis sampai kul 7. dah la second week maka mmg berusaha jugak lah habis kan awal. kesian kat abang dan kesian jugak kat budak2 lain. cik anom kau tak masak katanya sebab abang cakap yang abang balik lambat khamis tu. 

yang bestnya abang gigih ni buat cheese cake yang macam macam kejadiannya. biarlah abang abadi adabi ababi kan sendirian berhad. h ha ha ha. tapi boss tahu lah. dia bantai gelak dengan abang. abang sampai rumah adik abang dalam jam 745. kena buka puasa kat dalam kereta lite2 dulu. sampai jer rumah abang pun hentam tapi makan tak banyak dik sebab nya macam dah masuk hangin perut nih. lepas tuh on the way tu macam macam nasyid abang nyanyi dik. maklum lah nak jadik arab. kau percaya ker dik? ha ha ha ha. jangan ingat abang tak boleh nasyid tau.  

tetiba cik anom kau terasa nak makan kitkat pulak dik. maka berbondong2 la kitorang pergi ke Giant padahal meleis arab yang lain berarak ke masjid. masa nih jer lah masjid penuh kan dik. yang sesekali pergi masjid masa terawih nih la yang paling bising judge orang lain yang tak pergi masjid untuk terawih. making my mum happy is no less important to me yer. so abang pi belikan dia kitkat and lepas tu alahai dik, macam macam pulak nak dibelikannya. 




ha ha ha ha. pandai tak mak abang. the following day tu mak abang umpan abang dengan pulut dik for berbuka puasa.  mana boleh tahan kan. buka puasa pulut, sahur pun pulut. rasa bandan the next day macam kena bedal batang selubi. 




malamnya buka puasa kedua tuh abang ajak mak dengan adik abang pergi jusco seremban dua. nak beli barang dapur untuk rumah abang. bila dia dah sampai sana yang perempuan nih semua mata melilau nak tengok barang2 kat sana. so abang suruh derang jalan2 lepas tuh nanti bila abang dah selesai abang whatsapp. depa tak beli apa pun, so jumpa balik mak abang tengah borak2 dengan sorang nyonya nih. see dik, friendliness is in our blood tau! ha ha ha. kau percayakan jer lah. 


pergi McDonald sebab abang nak beli minions. aci tak macam tu? ha ha ha. aci la dik sebab dulu kecik2 mana ada duit nak beli benda2 pemenan nih semua. so ini bila dah bangka berduit, beli la kan. mak abang hangin jer dengan abang. ha ha ha, abang belikan untuk Ayap jugak sebab tak sangka dia pun minat minions. who wouldnt kan? 


okeh sini abang nak nyatakan, yang abang tidak berminat menjadi arab. kita nih melayu dik. pakai jubah to me is a fashion, dan bukan penentu alim atau tidak seseorang itu. jubah nih pakaian arab tapi pakaian yang sopan adalah pakaian muslim. there is a debate recently pasal aurat wanita. itu abang tak mau bahas dulu. kalau melalui penulisan nanti boleh salah tafsir intonasi bacaan. bacaan quran yang bagus dengan taranum, tajwid dan tartil itu sangat molek tapi abang lebih percaya kepada amalan dari bacaan itu. kau baca laju macam ayam mencatuk lepas tuh tak faham apa benda yang kau baca itu sebenarnya tak guna la dik. jangan nak pakai ayat defensive 'at least aku baca quran'. kalau kau tak tahu erti nya pun tak guna. quran nih kau baca, baca tafsirnya, fahamkan tafsirnya maka kena baca banyak buku dan karangan orang yang ahli. ada buku yang klasik, ada yang kotemporari. kau kena pandai pilih. kalau ada yang tak faham kau jangan terjemah sendiri, kau cari guru dan kau bahas dengan dia. 

sama lah perihal kalau kau belajar dalam kelas. kau ada buku text, kalau semua students hanya wajib beriman dengan buku text, maka cikgu macam abang nih tak payah kerja dik. kau belajar jer sendiri. so kena ada orang yang terangkan. bergantung kepada guru, ada yang ajar kau salah ada yang ajar kau betul. ilmu duniawi nih senang sikit sebab dia objective. tak payah percaya kepada benda2 ghaib sebab most benda kau boleh measure. kalau ilmu agama nih ada jer cikgu atau guru yang menyimpang. 

Ramadhan ini, jadiklah melayu muslim bukan melayu yang lebih arab dari arab. 

okeh itu jer nak cerita. nanti entry tertangguh abang pergi jalan jalan abang update kendian la yer? hak hak hak. 

-melAYIEyu-

No comments: