Thursday, July 09, 2015

Buka Puasa with Besties

ohoiii blog, 

abang  nih tak ada adik beradik kat KL. kalau nak adik beradik kena la balik seremban. seremban tu tak jauh tapi kan kalau balik seremban bukannya ada tempat makan yang best2 sangat pun. balik2 benda yang sama jer. nak suruh cik anom kau masak, dia tuh mak abang dik. dia bukan tukang masak yang boleh main order2 walaupun dia tak kisah and she is in fact more than glad to masak for the anak anak and cucu. 

so kat KL nih geng garu garu la adik beradik abang. dengan mereka la abang selalu keluar borak borak and tukar2 pendapat. most of the time makan tempat yang sedap sedap. kitorang memang macam nih dik. bukanlah kitorang nih baru baru nih jer dapat makan sedap dan heboh tapi kitorang memang seadanya sebegini. tak la macam ex-hotelier beruam tuh. makannya ntah apa apa hebohnya lebih seolah2 nak bagitahu dunia dia makan paling sedap. makan kat stadium pun kena pergi ramai2 sebab never mampu nak bayar sorang2. ranjiao kau nih. eh abang merempan apa nih giler? ha ha ha. ala alaaa aaa aa aalaaaa. 

Buka Puasa Tenpanyakki and Movie Minions

okeh ini boss abang teringin nak makan tenpanyakki. yes kedai nih biasa biasa jer tapi jadik sedap bila kita makan dengan kawan yang satu kepala dengan kita dan yang tak banyak komplen. faham tak dik? sometimes it isnt about the food or the place but the companionship dik. kalau dapat geng yang asik la cerita pasal dia, lepas dia, dia lagi aiyooo abang muntah dik. selama nih bersabar jer lah kan. 

since boss tak boleh makan nasik dia mintak replace dengan sayur yang banyak. ha ha ha ha. dia kena makan sayur banyak dik bagi melancarkan urusan pengeluaran investment yang dibuat dalam perutnya. 



malam yang sama jugak kitorang nak tengok Minions. abang memang peminat tegar minions nih dik. matiklah orang cakap illuminati lah, dajal la. abang rasa jangan banyak berfantasi sangat boleh tak dik. betul la dalam hadith ada cakap pasal dajjal, dalam Quran ada cakap pasal Yakjuj Makjuj dan kita wajib beriman dengan semua itu. wajib dik sebagai orang islam. tapi kan nabi tak suruh kau pergi cari tanda2 dajjal tu. tak payah nak sama kan orang itu dan orang ini dengan yakjuj makjuj. Nabi suruh kau perkukuhkan iman islam dan ihsan kau dik bagi menghadapi fitnah dajjal ni. dan tak payah la heboh nak tahu bila dajal keluar bila dia masuk. tak perlu tahu tu semua kerana yang penting kita persiapkan diri jer. ehhhh ini ceramah apa? giler ker dari minions tetiba abang jadik penceramah umum pencetus ummah.ha ha ha ha.  


okay ceritanya mmg menghiburkan dan memang tak der la benda yang berat kau boleh pikirkan dik. lagipun dah namanya cerita kartun kan. rupa2nya director minions nih indonesian. patutlah towards the end tuh si kevin ada cakap terima kasih terima kasih, tepanjat abang mendengarkan iyer nyers. indonesian dah pergi international directing dah. meleis malaysia apa ada? nan hado apo apo dik. 

Buka Puasa KyoChon @ One Utama

kitorang pergi berbuka kat KyoChon hari khamis dik. hari rabu malam tuh boss dah post benda pelik2 dan abang tau la esoknya mesti dia akan harass abang nak makan itu ini. true enough, at 5 p.m dia cakap dia nak makan KyoChon berulang-ulang kali. abang pulak habis kelas pukul 6 so abang cakap jumpa kat area rumah abang dalam jam 7. eh pantas dia datang dik. ni betul2 dia teringin nak makan lah kan. abang blast message dalam whatsapp tapi semua orang pun busy dengan plan masing masing. lagipun short notice sangat kut. tapi acik nana and acik fad cakap derang nak join! yayyyyyyy! 

alhamdulillah, jalan tak jam. abang tak sempat mandi pun. dari office balik letak laptop and terus gerak. before 8 pm kitorang dah sampai. cuba teka abang buat apa sesampai di sana? ha ha ha. ye dik, abang telah mengacu cuba pakai pakaian GAP. Gay And Proud katanya dik. entah mana la melayu2 nih dapat benda pelik2 macam nih.GAP ni tak der kena mengena pun dengan gay atau yang seangkatan dengannya. pergi la membaca lebih banyak dik. jangan kau main share jer benda2 tak berpekdah itew.  



finally acik nana and acik fad sampai. abang tak pasti lah dia bawak kereta ker atau dia bawak jet pejuang. laju nak mampos dik. abang belum sempat bayar duit baju tuh derang dah parking. 

maka akhirnya kami sampai. ahaks. laparkan nih masing2. kami ambil set jer tapi boss memang meriah meng-order. kalau tak habis abang lah yang kena makan. macam mamna kan tu dik? 




ini bukan first time la kitorang makan kat sini. luckily tak berapa ramai orang. selalu service dia agak slow. mungkin style of cooking dia agak detail so itu yang lambat kut. lepas makan KyoChon k itorang lepak starbucks pulak membasahkan tekak dengan kopi. boss nak try strawberry cheese apa lanjiao ntah. abang follow jer sebab dia minum sikit abang yang kena habiskan. (T..T)


Buka Puasa @ Cubs and Cups

ha ha ha. masa nih hari khamis jugak. abang tak berapa sihat dik. masa tuh baru nak recover dari cirit birit. dan abang tak tahu pulak yang bowel movement abang dah slow dan hampir berenti. kiranya abang tak boleh berak sendirian berhad dik. 

selera pun tak berapa sangat. abang pergi sebab nak lepak dengan rina and fad pastu lagipun abang dah lama tak jumpa kash and kelsey. okeh restaurant nih serve halal food tapi kedai nih entirely tidak halal kalau ikut mazhab melayu la yer. 

boss order chicken salad and acik nana order fish and chips. abang masa tuh tak berapa selera sangat. tapi later on bila abang nampak orang makan pizza macam sedap pulak baunya.so abang order pizza. habis la empat keping. sedap dik pizza dia. nanti kalau dah sihat betul2 abang mmg nak repeat lagi. by the way, yang run this cafe are koreans. comel2 budaknya dik. 

okay itu jer nak cerita. hujung minggu nih abang and boss nak berbuka di kampung BB. nanti abang update lain cerita hoh. 

-buAYIEka puAYIEsa-

No comments: