ohoii blog,
ha ha ha. abang story sikit la pasal open house tertutup abang nih. since abang tak pernah masak masak untuk geng garu-garu so abang pun bagitau lah derang untuk datang on the second day of hari raya untuk beraya. abang pun gigih la memasak. cik anom kau jadik mandur betulkan mana mana yang salah dan dia tolong2 potong benda yang renyah iaitu benda2 yang abang tak sabar nak buat.
since abang pun buat kerja terhegeh-hegeh. abang start masak agak awal. malangnya dik, cik anom kau lebih pantas dari abang. salah satu lauk tu dia yang masak dik. abang kesian kat dia. abang kalau boleh nak suruh dia duk berehat jer. tapi dia tuh biasalah mana boleh duduk diam. i think every mom memang macam tu kut?
so dalam pukul tengah hari tuh dah siap lah masak masak nya. nah ini lah sikit gambaran makanan hari itu.


ha ha ha. menu nya nasik minyak, pajeri nenas, ayam masak merah, kari daging. okay gambar pajeri nenas abang tak jumpa. si diyana and lobert sampai dulu. so diyana kena la soalan2 hencap dari mak abang. adohai dik, mak abang tuh mulutnya tak der insurans. biasalah kalau village people perkara pertama kalau datang sorang dia akan tanya bila kau nak kawin. kalau kau dah kawin tapi datang berdua jer dia akan tanya mana anak kau. walaupun abang dah pesan banyak kali, tapi mak abang sangat la tidak mendengar kata. abang suka jawapan diyana. 'ala cik, saya tak pikir pun pasal anak. kongsi kasih dengan anak anak buah jer'. ha ha ha. cik anom kau nih very der tak sedar diri yang anak nya pun tak kawin lagi nih. hencap tak!?


soon after that si shima pulak sampai. seperti biasa bergambar la dulu kan. he he he. tak lama lepas tuh pulak acik nana and yusman sampai. bella and fik datang lewat sikit sebab ada urusan kat Nilai. hah bebudak nih mula la korek korek rahsia dari cik anom. cik anom kau nih sangat sangat la friendly and pemurah bercerita orangnya. nanti dalam tak sedar habis semua cerita abang masa kecik2 dulu dia cerita! haaa then makan time la kan.

Adik ipar abang pulak bagitahu yang bapak sedaranya meninggal dan he needed to drive to Linggi petang tu. so petang tu tinggal kami jer lah kat rumah tuh. bella and husband sampai dalam pukul 4 lebih dekat2 pukul 5. bebudak nih semua dah habis selesai makan. habis makan tuh bebudak nih pun bawak hangkut kuih raya. seronok lah makan makan tapi air panas tak buat! merasa la si yusman menjadi mangsa untuk membuat air.
dalam rumah adik abang tuh tak ada air cond dik. dalam bilik tidur ada lah air cond. kalau nak bubih air cond banyak2 kat ruang tamu tu mahu bengkok membayar bil api dik. malaysia nih mana ada yang murah. untunglah kita masih aman katanya. maka lepas yusman buat air neskepe susu, maka kitorang lepak kat luar jer. acik acik nih kemain lagi bercerita bagai kan. tapi kita bercerita pasal raya. bukan mengumpat pasal orang. ha ha ha. sorry, kau orang ker dik? abang ingatkan kau hantu. ha ha ha.


si yuman ah nih pulak ntah apa kena nak bermain beskal. beskal tuh anak buah abang pun dah abandoned. memang tak der angin. puas lah mengayuh. macam macam kan perangai dia.
acara kemuncak dalam perjumpaan open house tertutup ini adalah, bergambar beramai ramai. ha ha ha. ini paling best abang rasa. macam macam gaya kitorang buat. ada yang nak terjun tiruk, pandalela renong dan lain lain gaya lagi lah. haa ini yang paling decent kut!
All in all we were all happy. abang tak pasti la derang nih kenyang ke tidak. abang suruh depa nih makan lagi tapi semua pun tak nak. it was either tak sedap ataupun...ermmm.. tak sedap la kut?! ha ha ha ha.
abang harap derang tak jeran la datang rumah adik abang nih. sorry la yer kalau ada yang kurang and panas. insha allah tahun depan kalau abang beraya, kita jumpa lagi dengan menu yang lain okeh?plannya kalau jadik la tahun depan nak beraya di suatu tempat selain dari rumah. dengan siapa tuh belum ditentukan lagi. aci macam tuh abang berangan macam macam tapi never pernah jadik pun.
-oAYIEpen hAYIEouse-














2 comments:
Waaa.... Nak raya di suatu tempat selain rumah.. Misteri sangat ni. Hehe.
The food was super yummeh bangbo. Bella tambah 3x tau. Haha. Sbb takut nnt teringat2. Thank u for the great hospitality and awesome food.
ha ha ha ha. bella, bangbo dah lama nak celebrate raya selain dari rumah tapi tak pernah berjaya kan iyer nyers.
tapi kalau tahun depan raya kat senawang, bnagbo masak masak lagi untuk korang yer.
Post a Comment