ohoiiii blog,
Hari nih kan abang kembali bertugas selepas 3 hari 2 malam berada di Kuantan membuat presentation kertas kerja conference. masa sebelum pergi tu abang sempat la check berapa ramai students yang ada dalam kelas abang. Alhamdulillah, satu section tu dalam 23 and the other one reduced to 20. tak payah ramai ramai lah, i dont really care about KPI anymore. kau kejar KPI memang tak akan bahagia hidup. asik nak berkira KPI jer last2 nanti semua kerja pun tak ikhlas. to me, I will work hard for what I like and kalau Allah nak bagi, abang terima. kalau tak, tak apa. abang dah pernah rasa tak dapat bonus masa kerja dulu dulu, kena tipu tangga gaji and so forth, so rileks lah. abang still hidup dik.
pagi tadi abang check, nokarommmmmmm! tetiba kelas abang melimpah ruah. eh, kau orang nih dah kenapa? abang ni garang la giler, kau pergi la kat lecturer lain! hadoi la hai. pagi tadi jugak abang belum sempat letak beg lapitop abang, ada sorang student nih dah tersengih kat muka pintu. adikSepet dik. abang pun panggil la dia masuk. subject yang abang ajar nih semester 2 tahun dua dan pointer dia?! four is flat! tapi dia nih ada masalah budak pandai lah. dia punya communication and interaction agak out. agaknya kalau abang tanya pasal general knowledge mau abang makan jer dia. dia duk tanya, 'sir, you really fierce ar sir?' . aci tak tanya abang macam tu? incikSarkes yang Garang tuh nama abang la giler. garang is my middle name! dia meluahkan perasaan perasan kepada abang pasal kelas hari isnin. maka abang pun cakap lah, esok Jumaat petang abang buat kelas tambahan ganti kelas yang abang tak datang senin tu. lepas tuh dia tanya sempat ke habis syllabus sebelum test 1. dik, soalan test pun belum siap lagi. boleh tak bawak bertenang? adohaikan iyer nyers. lepas berjaya menenangkan dia, maka dia pun berangkat la pulang dengan gembira. esok abang jumpa kan iyer nyers lagi.
then petang tuh tu abang ada Lab. patutnya lab 3 jam tapi sebab bebudaknya slow, maklumlah first lab selalunya memang begitu maka terlajak la sampai 730 malam. eh tak apa dik, abangkan tak ada kehidupan dik. ha ha ha. but i like what i do. lepas dah habis kelas semua, tetiba ada sorang student abang nih nak jumpa. hari dah malam dik, dia pulak perempuan, tapi mata dia macam resah, okay lah abang pun pergi la jumpa. maka hari ni abang baru tersedar, dulu pernah sedar sekali, no 2 kali lepas tu lupa. abang tersedar yang budak pandai pun sebenarnya nak kan perhatian kita.
selalu kita heboh dengan pelajar gagal dan pelajar yang dapat C- and below sampai kita terlupa kewujudan pelajar yang pandai ni. kita selalu beranggapan yang mereka nih doing well and can cope with whatever thrown to them. no, we are wrong. well abang pun pernah lalui benda nih dan patutnya abang lebih peka lah kan. tapi tu lah, selalu lupa maklumlah manusia. so student nih tanya abang pasal subject2 yang dia ambil. nada suaranya lain, macam ada benda lain yang dia nak cakap. the moment abang cakap, you are an intelligent student, it is okay not to feel okay, dia terus bantai menangis dik. there, i knew something wasnt right and she didnt just come to meet nak tanya pasal subject apa nak ambil dan patut atau tidak dia extend satu semester.
sometimes you need to press the right button at the right time. she cried and i told her it is okay to cry. lepas dia macam dah okay sikit, I asked her to tell what bothered her. bruk brek bruk brek dia cerita. she is a 3.97 pointer punya student. nearly perfect la kan. dalam lab tadi abang tanya pasal EMD, hurm dia tk boleh pun jawab. basically tak boleh nak kata yang budak score tinggi nih pandai sangat. kadang2 tu pandai menghafal jer kut but she is intelligent lah. dia dapat pergi germany apa bagai semua. panjang dia bercerita dengan abang. and i shared to her my story jugak lah. jadi orang pandai nih kan dik, bukan la blessing all the time. kadang kadang kan, kau rasa kepandaian kau nih macam a burden cursed on your shoulders. orang tengok kau pandai, orang rasa kau tak ada masalah. orang tahu kau boleh buat, kau boleh score cuma orang tak tahu kepayahan kau study macam mana. orang tak tahu kau nih rupa2nya perfectionist. orang tak tahu yang kau akan buat balik assignment kawan kawan kau buat yang macam jilake. orang tak tahu semua tu. she told me her stories, many stories in less than an hour. nangis, lap air mata, nangis lagi, sambung cerita, nangis. i feel bad because i couldnt help much. i offer my ears should she needs to talk to someone. butir cerita tak payah detail la kut kat sini, pointnya budak pandai pun boleh dapat mental breakdown sebab support tak kuat dari crowd kita. semua orang ada high expectation and from one semester to another the bar is raised higher. kesian dik. dah tak tentu hala rupa orang, student abang nih. tu belum lagi abang tanya, what do you do during your leisure time. baca buku. apa kan tu?
she somehow felt relief sebab dapat bercakap dengan orang yang lagi tua. abang pesan kat dia, you have to eat well, study well and if you are unwell, come and meet me. okay itu jer abang nak cerita. hopefully dia boleh graduate on time.
alamak lagi satu semester my ghost of the past akan kembali masuk belajar. habis lepas nih abang kena tikam pulak! ha ha ha ha.
-tiAYIEkam-
No comments:
Post a Comment