dik, nak tahu satu rahsia tak pasal entry ni? ouh bukan bukan, gambar2 dalam nih semua gambar betul dik. bukan gambar yang dicilok dari blog orang dan dipublish dalam FB dengan mengatakan 'Hi I dating new year kat 360'. ha ha ha. well gambar2 makanan ini diambil pada tahun lepas dik. tahun ni baru berkesempatan abang menuliskan iyer nyers. rasakan! abang busy sikit la dengan project terbaru abang tapi abang tak update dalam facebook tau cakap abang busy padahal dulu abang hanyalah kerjanya buat cheque dan sign sajork. busy sangat kan. tapi sekarang abang busy basuh minda. LuLz. ehhh carut kan nih?
the first time i went there masa tu baru recover dari necercerry (read: cerit berit). haaa necercerry nih pun ada ceritanya. macam macam kan ni anak anak belajar inglish ikut suka jer. so kali nih abang dan keBoss pergi ketika kami sihat walafiat tapi keBoss pulak tak boleh makan nasik katanya. pantang! ha ha ha. dalam pada pantang tu dia cukai jugak nasik abang. okeh seperti biasa keBoss yang akan ambik haiwan2 dan ikan2 yang ada sebab abang yang bayar biar dia yang pilih. jilake, nanti kalau abang pilih, mau dia tangkup jer meja tu kat muka abang sebab salah pilih ikan. ha ha ha. ala lupa kan nih nak cakap makan kat mana! makan kat Ana Ikan Bakar Petai Bangi. dia ada satu original kedai ntah kat mana la keBoss ada cakap. ouh kat kuantan agaknya sebab keBoss pernah duduk kuantan. haa nak tahu lebih lanjut sila la tekan sini, ye tekan la kat situ.
so plannya nak makan ikan bakar petai, ketam masak macam macam rasa, kailan goreng ikan masin, buttered prawn dengan cotong koreng (sotong goreng). abang tak makan cotong dik. kalau orang tanya kenapa tak makan abang jawab jer tak baik makan kaum sendiri. so lepas tuh diorang diam. abang pun tak tahu kenapa abang tak makan, kalau durian tuh sebab bau tengik dia dik. cotong nih apa salah dia pun abang tak tahu dik.
ini haiwan2 pilihan kitorang. ketam kali nih abang ambik dua ekor jer sebab dulu ambik sampai tiga ekor tak habis dik. tapi kitorang lebihkan udang dia.
ada ikan pari dan jugak ikan ayam. ikan ni nampak macam alien dan kurus so abang tak ambil la dik. kang termutate pulak. but i think I will try la ikan nih. adventure la sikit kan? anyway, kalau ikan pari nih kan, ambil masa untuk bakar dia. kalau nak jugak makan pari bakar, kau order ikan lain jugak dik, so boleh start makan dan tengah2 makan tuh nanti ikan pari nih sampai. ini pesanan adik waitress nama Mira kat kitorang. abang tak makan ikan pari sebab bau dia kuat kut. lagipun mulut ikan pari nih kan, menyerupai organ pembiakan wanita. cannot go lah dik. banyak betul pantang larang abang kan tapi kan abang tak halang orang lain dari makan dik. abang tak la cakap..ermmm... nasik ada tak weih!? ha ha ha ha. memang la kat sini ada nasik dik.
ini siakap. bukan kerapu dik, abang dengan yakinnya cakap kat keBoss ikan kerapu sekali sikit lagi abang nak kena hempuk dengan lengan sado dia dik. ouh lengan dia makin sado nih sebab membaking cake dengan hebatnya. sebelah tuh ketam. abang pun tak tahu kenapa kita tak boleh makan ketam batu. katanya dia hidup 2 alam. kenapa kan dik? secara scientific nya kenapa kita tak boleh makan benda2 dua alam. bugima, kau jangan cakap la dalam quran ada tulis. tu abang pun tahu tapi secara teknikal nya ada tak orang islam buat research? babi nih tak kira la bersih ker genetically modified ker memang termaktub disebut dalam quran sebab kenajisannya. yang lain lain binatang nih apa mudharatnya yer? tak per yang ni kita tinggalkan dulu. kang ada pulak yang tuduh abang murtad.
ini keBoss punya faveret. Sata. abang pun dah terpengaruh dengan dia. kalau pergi ikan bakar punya kedai wajib order ni. to me okay lah. rasa dia lebih okay berbanding yang jual kat stall tepi2 jalan. kat sini rasa lah ikannya dan kelapa parut tuh bukan hampas kelapa. portion wise, tak berapa besar dan tak mahal. satu cucuk ada tiga dalam 2 ringgit kut kalau tak silap. abang tak ingat dik.
tadaaa ini lah haiwan2 dan ikan yang dah dimasak. okay kat sini memang forever penuh esp masa puncak. kalau kau nak makan dengan tenang sila la datang pukul 9:30 keatas. kalau feeling2 kau nak dinner at 6-8, kau order nanti tak tahu la pukul berapa makanan kau sampai. sudah nya kau pukul jer adik adik waiters waitresses tu.
kalau makan kat sini kau wajib try dia punya ikan bakar petai tak kisah la ikan apa pun. macam macam ikan ada. ikan alien ikan kerapu merapu ikan talapia hidup ikan keli hidup pun ada. price wise?! kau kena hati2 lah dengan ketam nya yer dik. itu ari sekor ikannya jer dekat2 60 hengget dan ketam 2 ekor dalam 40 lebih. cotong tak mahal sebab tak banyak. lepas tuh udang pun kena hati2. masa mengaut memang seronok nanti lepas tgk bill kau tetiba dapat gout. bab harga nih kan, kau kena niat dalam hati kaut, masak dan bayar. kau bawak duit cukup2, adalah lebih baik kau pergi makan kat ciken rais shop.
Suasana wise, kat sini family oriented kedai nya. siap ada playground untuk anak anak, ada surau dan tandas yang proper. jadi akan ada adegan anak anak throwing tantrum, berlari lari dan melalak macam esok adalah hari zalzalah. kau, kalau tak boleh tahan dengan itu semua, sila jangan pergi sini la dik. kau bungkus makan kat rumah. orang memang ramai dan if orang tak boleh tengok muka beruam kau atau kau tak boleh tengok orang ramai sebegitu, kau makan la sorang dan update la kat fb dinner sengsorang. drama lebih kau kan. makan sorang2 pun bukannya tak kenyang, aku tengok dah berdouble chin kau tu. ehh abang mencarut lagi!
ala gambar udang tak ada la dik. tapi buttered prawn dia kan lain sikit. dia tak kering tau tapi creamy. kalau kau plan nak makan banyak, jangan kau cedok kuah dia. merasa nanti perut kau jadik belon panas nanti kembang tersengkak. rugi dik.

haaa tengok meja kitorang. meriah tak dik. ni makan 2 orang jer dan habis. tak ada tapau2. abang tambah nasik 2 kali! nak tambah kali ketiga, nasib baik la keBoss suruh azan kat diri sendiri. abang baca jer bismillah dik tapi ntah lah dik. ha ha ha. alasan tak?! kami ambil masa sejam untuk settle kan semua nih. ouh I was one happy old man!
Bayu Village, Senawang
abang upload la gambar2 makan kat Ana Ikan Bakar tuh dalam pesbuk serious abang. sekali my sister sudah request2 nak makan ikan bakar jugek. mrasa dik abang hangkut diorang pergi bayu village senawang. alamak diorang tader pesbuk la dik. tapi kalau kau masuk dalam waze dia akan hantar ke tempat yang betul. kedai nih sederet dengan nasik arab damsyik. family abang kuat makan dik. kitorang order 2 ekor ikan, ketam tak ada sangat orang nak makan so tak order. boleh tak macam tu tapi cotong dia, dekat sebesen kut adik abang kaut. ha ha ha. tak per dik, abang bayar apa dia kisah. ha ha ha. again kedai ni masih berkonsepkan tunjuk, kaut, masak dan bayar. kau main kira2, kau kira la beras ciken rais shop. sungguh abang cakap.
kalau makan kat sini kau kena try dia punya chicken lemon. anak buah abang cakap sedap. 2 pinggan tuh kat dia jer. so korang try lah. abang nih sebab dah selalu makan ayam maka tak terasa la nak makan. dah macam musang pun yer, biawak pun yer.
tak banyak beza dengan anak ikan bakar cuma sini tak ada ikan bakar petai lah dik. orang pun tak berapa ramai masa abang pergi sebab tengah bulan. kedai dia lebih kecik berbanding ana ikan bakar but selesa. tak der la dia sediakan playground dik, melampau kau orang seremban nak hantar nursery kat kedai ikan bakar kan. he he he.
ha ini la muka muka gembira kesayang abang. it has become a monthly affair untuk makan kat luar. cik anom kau nih kadang2 muak dengan masakan sendiri. dia pun tak selera sebab dari muda sampai la ke tua asik makan masakan sendiri jer. nak harap adik abang, alahai dik, dia boleh la masak. boleh lahhhhhhh. Pum boleyyyy lahhhh. ha ha ha. if you know what i mean. tapi dia pandai buat kuih.
okay itu jer nak cerita. kBye.
-iAYIEkan bAYIEkar-
















No comments:
Post a Comment