Wednesday, August 10, 2016

The July Babies

Ohoiii blog, 

Raya? dah la dik. muakla cerita pasal raya kan. tunggu la Raya Haji nanti. ha ha ha ha. Keboss dengan abang excited kan iyer nyers sambut birthday Cah dengan Adel. Tapi mummy Adel ada kelas pulak ahad tu. so tak dapat la kitorang celebrate birthday Adel sama sama. keBoss dengan bersungguh-sungguhnya bake raspberry pistachio cake. mak aih masa dia send gambar tuh memang mengelinjang abang. eh ni sapa punya birthday la giler?! ha ha ha. around 5:10 kitorang gerak ke putrajaya sebab konsepnya piknik2 kat Moroccan Pavilion. memang dah lama nak kumpul2 and makan makan sambil berpiknik bagai ni. maka ini lah kesempatannya. kitorang sampai awal dan yang lain lain menyusul kemudian. konsep potluck gitew. abang bawak buah and all the utensils untuk makan makan. then keBoss dengan cake, sandwich and nasik koreng tak pedas. acik nana and fad bawak Texas Chicken. soraya bawak barang2 celebrate birthday siap dengan belon, pam and hats. giler comel la semua barang dia beli. Cah pulak sempat masak tu! laksa sarawak and ice cream malaysia. speaking of which, ada 2 ketul lagi dalam peti ice. abang makan jap ehk. korang tunggu! dewi pulak bawa vegan cinnamon role! sedap habaq hang. tak sangka vegan pun boleh ada cinnamon role dik. texture dia a bit dense but lain lain rasanya hampir sama. kalau korang nak order makanan vegan meh la bagitau abang. 

Nak tengok kek yang keBoss abang baked tak?! ala kau tengok jer lah macam la ada pilihan kan. ehhhhhhhh macam la ada orang baca blog abang! ranjau abang bermonolog rupanya. ha ha ha. 

haaa kau tengok dik. dia waksap gambar masa baru2 siap dia buat frosting. gembar gembur macam tu. mana kan tak terkinyam abang mengelinjang. dik ini bukan kek pullman yang ada disount dik. homemade dik. baked with kasih dan sayang untuk kawan kawan makan. bukannya tunggu chef bagi diskaun baru beli kek lepas  tuh kau msg kawan kawan kau dengan panggilan sahabat lalu kau tibai pinjam duit diorang. kau laki bini sama jer lah keji. ehhh dik! abang caci sapa nih? 

Sampai2 terus pilih spot. masa tuh pun dah ramai orang berpiknik. tak panas sangat but abang macam biasa lah. kilang peluh sangat active. 



lepas tuh tak berapa lama Cah pun sampai. hahahaha abang nampak abamZiq! meluru abang pergi berlari kat dia dan terus dia buat tarian ngajat tampi dik! mintak dukung katanya. 



selepas mendukung budak ngajat tampi nih abang bawak makana iyer nyers. kau nampak tak trolley tu dik? ha ha ha ha. 


not long after that dewi joined and soraya, acik nana, fad pun sampai. kali ni semua orang bawak makanan berpada pada. dan alhamdulillah semuanya habis tanpa ada pembaziran. 






See! See!! How happy we were that evening sampai kena halau dengan guard. katanya taman tutup pukul 7 petang. 

tak puas dengan itu abang, keBoss, acik Nana and Fad sambung kat Starbucks pulak. ha ha ha ha. macam tu la kitorang. 

Happy Birtday to Adel and Cah! Semoga Allah melimpahi Rahmat, kasih sayang dan barakah~!

-birthAYIEday lAYIEgi-

No comments: