Tuesday, May 30, 2017

Bukit Larut: Peluh dan Keringat Larut Bersama

Ohoiii Blog!! 

hello hello hello blog! Haaa abang kena pergi melawat adik2 seramai 6 orang di  ipoh dan 1 orang di taiping untuk industrial training diorang. alang2 dah ke taiping abang ambil cuti dan menggunakan perbelanjaan sendiri untuk naik ke bukit larut tu. aiyoo dik, kasi chance la cikgu macam abang nih pergi jalan sikit. bukan pakai duit universiti pun dik. duit sendiri sajork dik.

abang pun dengan gigihnya plan nak pergi mendaki Bukit Larut. sebenarnya tak la mendaki sangat sebab dah memang ada jalan tar kat sana. total length perjalanan adalah 10km+3 km to the highest summit. yang lagi 3 km tuh abang tak tahu dik sebab baca blog orang pun tak ramai yang naik the highest summit nih. tapi tak per lah dik, kalau 10 km pun abang dah melarut lalut ini nak tambah 3 km lagi yang inclination dia makin menggila? sekian terima kasih tak apa lah.


abang ada kerja pagi tuh dengan Tee Yen Bee Taiping. dalam jam sebelas balik tukar baju dan pergi ke kaki bukit larut. dijangka hujan sekejap sekejap katanya lah.

okay last sekali abang mendaki bukit larut was 21 years ago. masa tu sekolah lagi dik. abang bergembira naik walaupun abang adalah gemuk ketika itu. dik masa kat asrama makanan adalah sedap yer. dalam tempoh 2 minggu jer abang mengembang dengan hebatnya! seingat abang lah, dulu macam relax jer borak2 gelak untuk naik sampai ke atas. after 2 decades, abang kembali dan mencuba.

i dont remember ikut jalan hutan so i took the thrill using the jungle trail instead of jalan tar berbukit tuh. well you will save aboiut 2 km but of course jalan dalam hutan nih lebih steep and tak la relax macam ikut jalan raya. 


these are what await you if you choose to take the jungle trail. tak susah sangat la dik tapi kan abang tak bawak air dan tak bawak satu makanan pun! yang abang bawak adalah camera. cibai tak? ni semua sebab abang tergelojoh takut tak sempat lah untuk naik bukit larut. ouh you have to naik before some threshold time and turun before 3 p.m kut.


you got to follow the signage and be consistent on which route you plan to take. some will stop at the pondok which is 4 km from the starting point and they will descend down using the tar road. 

if you are fast then you would take more or less half an hour. klaau ikut jalan raya dalam sejam jugak lah. 
so after 20 mins abang pun sampai kat pondok atas tu dan i just walked up. 6 km jer lagi dik. ha ha ha. yes 6 km lagi and that was a very long 6 km. do not underestimate bukit larut dik. the temperature can berubah dalam sekelip mata, hujang tetiba, drizzle all the way up semua tu boleh affect kau punya hiking. masa abang mendaki tuh tetiba ada mist, ha ha ha. habis damp abang punya baju dik. kau tengok la gambar kat bawah ni dik. hujan pulak masa the last km tu dan mmg kabus tuh sangat creepy yer. 





sepanjang perjalanan tu banyak benda yang kau boleh ambil gambar tapi kalau hujan dan kau tak bawak poncho semua memang merengsa lah. nasib baik la abang pakai seluar compression yang rina hadiahkan tu. it did help dik.

ada batu putih kat tepi jalan yang tunjuk berapa jauh lagi kau akan sampai ke puncak. mind you puncak yang abang sampai tu adalah the false peak! batu batu tersebut adalah penaik semangat abang dengan separuh kebuluran bila mendaki tu. akhirnya bila abang nampak that 1km batu tu, punya la gembira sebab finally abang sampaiiiiii finally! ha ha ha. the thing was, tak sampai sampai pun dik sampai la abang nak give up. ada satu abandoned villa tu, abang pun berhenti dan kepala masa  tu dah jam. badan dah start pewai dik. abang start naik pukul 1030 pagi dan sampai dalam pukul 2 ptg dik. abang dah nak nak give up weih. sekali tu abang  tergerak hati nak jalan kedepan. dalam 300 mtrs abang nampak lah hanging bridge dan familiar view! abang sampai ke false peak tersebut. ha ha ha ha. punya la tak larat bang baring2 jer sebab the last km tu abang dah basah.  abang bergolek jer kat gazebo tu tapi oleh sebab abang nih giler selfie rasain abang bergambar dulu dan melupakan kepenatan. 


 

ini antara batu hikmat yang di vandalize. walaupun abang tak suka vandalism tapi tulisan macam nih mmg sedikit menghiburkan hati. penat yer bang. penat sia! ha ha ha. 





i took in total 4 hours to ascend bukit larut. abang lambat sebab abang banyak berhenti ambil gambar. ouh abang ada sesat jugak. ada banyak laluan tikus kat sini acah2 macam boleh memendekkan perjalanan kau. kalau kau tak familar dik jangan ikut jalan tersebut! nanti kau sesat membuang masa dan tenaga. lepas tuh kau marah pulak dengan diri sendiri sebab tak der sapa kut paksa kau ikut jalan tikus tu!

kalau ada kawan naik dengan kau lebih seronok but abang really enjoy myself naik sorang sorang sebab masa tu kau boleh reflect banyak benda. kau boleh plan semua kehidupan kau dan kadang kadang kau dapat idea baru untuk tambah nilai dalam hidup kau. cuma tripabang yang tak best sebab abang tak bawak makanan!

bila sampai kat atas tuh abang take a short nap kat dalam surau. luckily abang pakai seluar panjang. kalau tak mahu kena perambat ke luar. lepas meluruskan pinggang dalam setengah jam, abang turun ke bawah. unfortunately masa tu dah start hujan and i descended for almost 8 km before a ranger jeep stopped and he offered (basically he instructed) me a ride. thank you encik ranger! kau lah penyelamat abang. dah kuyup ruyup masa tu. maka abang nasihatkan sila la bawak poncho kalau nak mendaki bukit larut. jangan lupa air and makanan. air dari waterfall sini lebih sedap dari yang kat Bukit Kutu! i dont know how to explain tapi sedap. sejuk nak mampus la dik.

sampai jer kat parking kereta abang ucap terima kasih tak terhingga. abang kasi duit kat encik ranger tapi dia tolak dengan penuh sopan. terharu abang. bukit larut tuh dalam 5 minit jer dari hotel and sampai2 hotel abang extend another night stay. hah rasakan abang mencekik dengan hebat sekali. ha ha ha.

okay itu jer nak cerita nanti abang cerita pasal rock climbing pulak.

-buAYIEkit lAEYIErut-

No comments: