Wednesday, August 23, 2017

PahlawanKu: Pergilah Berjuang Untuk Bangsa

Ohoiiiii blog, 
Akhirnya adik bongsu abang berjaya menghabiskan training dia sebagai prajurit muda TLDM. dulu berat badan dia dekat2 100kg sekarang dah tinggal 60 lebih kilo jer dik. kau tengok dia pun abang menangis dalam hati. sampai macam nih jadiknya lepas  training dengan navy dik. haaa ini tak payah la dia tanya abang dah kurus ke belom kan? dia memang dah kurus. tak payah heboh kataya nak kurus satu malaysia ni dik. kau buat senyap2 sudah. ha ha ha. 

Kitoran dijemput menghadiri majlis pentauliahan tamat kursus di tanjung pengelih johor sana dik. abang pergi awal sehari sebab hazab la dik nak memandu berjam jam ke sana. abang bertolak dengan Apit ala la kiranya perjalanan orang bujang sangats. ha ha ha. 


abang berhenti la beberapa kali untuk makan dan aktiviti penting iaitu kincinggggg! dalam empat jam lebih la kitorang sampai kat AmanSari lebih kurang pukul 3. check-in kat sini slow sikit lah mungkin sebab ramai orang yang menginap untuk melawat anak anak esok. mostly yang abang nampak family yang datang dari jauh. ada yang datang dari Kedah apa bagai dik. diorang bertolak lepas subuh dan jalan mmg slow diorang cakap sebab banyak berhenti maklumlah bawak orang tua.
 

Hotel kat sini ketwat sikit lah sebab they require you to pay the deposit (preferably in cash) sebanyak seratus hinggit. bilik dia sangat lah biasa biasa dan kecik pulak tu. abang masuk dengan apit terus penu satu bilik tu. rupa2nya ramai orang oil and gas menginap kat sini patutlah diorang ketwat. memang dah ada penginap tetap. since abang pun nak duduk satu malam jer i dont mind that much. macam macam yang tak ada kat hotel nih. swimming pool tak ada, sauna dengan gym tak pasti lah ada ke rtidak. malas nak tanya lalu abang pun tanya apit nak pergi mana? dia cakap nak pergi pantai feeling2 ambik gambar kat sana. 

lepas berehat sekejap kitorang keluar cari pantai. siap sesat lagi dik sebab masa kitorang pergi tu dalam pukul 5:30 p.m. pantai apa benda ntah tutup pukul 6 ptg dan kena bayar 6 hengget. apa gila la pantai macam ni kan. ha ha ha tak sangka anak buah abang ni pun rupanya suka posing. jibek tertipu dengan muka baik dia! ha ha ha ha. 


ini pantai desaru dik. pantainya macam cantik orang pun ramai begitu jugalah dengan sampah dan plastik. bani malaysia dan bani sampah berpisah tiada dik. 

malam tu abang ushar2 la mana nak makan seafood sedap. sekali ikut google map dia hantar abang ke hutan simpan dik. abang simpan jer la hasrat nak berseafood bagai dan kitorang tidur awal. esoknya nak pergi tgk adik abang tu pukul 630 dah kena keluar. adik abang si emma and the rest bertilak dari seremban tgh malam tu. so diorang sampai dalam pukul 5 pagi and tidur dalam kereta. diorang tak dapat bertolak awal sebab Ayap ada tuition untuk UPSR dia. 


Apit dengan abang sampai not long after emma dpt masuk and settled down. memula abang cari adik abang si tantari nih tak jumpa dik. semua diorang ni serupa jer hitam bakilat kuda balang gitew. very der semua pandai membuat penyamaran. nasib baik la apit mata dia cekap nampak jugak la pak su iyer nyers. 




perbarisan diorang dalam sejam setengah jer kut campur dengan ucapan macam macam tu dan perbarisan pun habis. masa nak keluar tu diorang nyanyi lagu pahlawanku. sumpah air mata bergenang kut masa line 

biar mati sebagai pejuang yang sejati,
          jangan undur kelak jasamu bertabur. 

ada pertunjukan dari PASKAL. pertunjukannya biasa biasa aja lah bagi abang tapi for Ayap and APit diorang rasa cool sebab ada sniper and helikokter. ayap macam nak masuk Nay tapi abang gelak jer. suruh buat push up pun purt dia jer yang up tak down down lagi. macam mana kan dik?? around 2 p.m macam tuh kitorang kena balik dah. bapak penat dik, abang siap nak tertidur kat situ. on the way back tu abang singgah R&R mandi tapi tak jalan juga dik. abang tidur jugak akhirnya. nasib baikla Apit ada walaupun dia tak la boleh memandu lagi. 

untuk adik abang si tantari, tahniah!!! dengan penuh harapan dia akan menjadi manusia berguna dan menjadi orang yang mempertahankan bangsa. sumpah perajurit yang dia baca pada hari tamah latian tu abang harap dia simpan dan semat dalam hati. itu sumpah yang dia buat di padang kawad dengan harapan sumpah tersebut tidak akan tanya dia di padang mahsyar. 

okay itu jer nak cerita. nanti abang cerita pasal dragon boat race kat langkawi yer. kBye. 

-perAYIEjurit-

No comments: