hallu hallu dik!! abang nak ucap selamat hari raya! well first time kut abang menulis pasal hari raya ketika masih di bulan raya! ha ha ha. okay raya kali nih semua ada kat rumah, cukup quorum tetapi kan ada yang luar biasa sikit lah. adik abang yang paling kecik tapi tak la nak berapa kecik tuh kan dapat cuti. gembira la mak abang. macam macam nak dimasakkannya sekali dik, santan yang kitorang beli tu basi pulak untuk buat kuah lodeh. alahai mak abang terus nak demam katanya. maka abang pun cakap la kat dia kita masak je lah pagi raya nanti dan kita anjakkan pergi ziarah kubur ayah pada hari raya kedua. sementelah orang sekarang ni heboh dan bising lah tak boleh ziarah kubur on the first day of raya maka abang layankan jer lah melayu nih dik.
kisahnya mak dan adik abang bangun berpagi pagi membuat kuah lodeh kerana alahai dik, cucu nya (anak adik abang) nak makan. kalau ikutkan abang, eh abang dah masakkan rendang makan jer lah. namun kerana cucu, turutkan jua. ada hikmahnya jugak lah dik santan tu basi. sebenarnya tak ada kisah pun kalau pergi ziarah kubur hari kedua raya tu. lain lain hari pun abang dengan mak abang pergi jer bila ada masa untuk bersih2 kan kawasan perkuburan tu. tak der la abang berhempas pulas menebas apa bagai. kemas sikit2 kawasan tu jer. mak abang macam biasalah mesti nak kena pergi jugak hari pertama tu and alhamdulillah tahun nih tak tergesa gesa. lagipun raya tahun nih jatuh hari jumaat dan kena solat jumaat apa bagai lagi la macam tak sempat. kawan office adik abang pulak nak datang beraya pagi lepas balik solat raya. so kitorang pun plan la macam mana.
Raya Pertama
oleh kerana solat aidilfitri dan solat jumaat adalah pada hari yang sama maka solat sunat aidilfitri diawalkan sikit la. dalam 8:30 pagi dah start solat. pukul 7 kitorang dah siap2 dan siap bergaduh nak pakai samping. samping beranak lah, samping singkat tak cukup inci lah ha ha ha ha, macam macam dik family abang nih. nasib baik lah tak ada anak perempuan or a niece kalau tak, tak tahu la maca mana heboh dan havoc iye nyers aduhaikan. macam biasa abang sempat menyelitkan aktiviti bermoral lagi berpekdah yakni bergambar dik. ha ha ha. haa kali ni abang siap beli tripod yang ada remote shutter tuh. lepas bergambar lite2 dengan selipar jamban abang tu maka bergegas la kami ke masjid. first time kut abang dapat solat dalam ruangan solat utama. selalunya abang akan solat bersama abangla abangLa yang baik baik belaka. dik diorang nih ada yang baik. jangan la kau pukul rata semua bangla tu miang dan sebagainya. ada yang baik, mostly mereka baik. ada ramai jer yang kena bully kesian kat diorang ni. pagi pagi diorang memang wangi. macam macam minyak attar diorang pakai. kalau dah tengah hari tu kau jangan la kira dik. kitra yang melayu ni pun tengik tungkik.
haaa ini lah hasil bercenggitu cenggini kitorang pagi tu. adik ipar abang pun dah pandai mengambil gambar. macam macam posing dia buat dik. abang suka! ha ha ha ha. tapi dia bagus dia tak suka pun sorok belakang orang ke apa ker untuk nampak kurus. ataupun dia pergi IKEA dan ambil gambar seamat der jauhhhhh maka kelihatan kurus. dia tak buat perangai sakai macam tu dik. eh abang carut siapa ni? hi, dah kurus kan ker tu? ker gigi jer terjulur keluar? eh! ha ha ha ha.
haaaa ada la drama sebabak di masjid dik. maka bertakbir lah kitorang dan bertahmid dengan punuh kusyuk lagi tawadu'. ada yang begitu tawadhu' sampai menyungkam kat lantai masjid. tapi itu bukan la highlight of the event.
Tuanku Ampuan Najihah pun sampai dan ini lah kalu pertama abang tengok dia dan kerabat2nya. memang tiap2 tahun pun dia sembahyang sini. i am not sure Alamarhum Yamtuan yang dulu solat kat masjid ni ke tidak. abang lupa la dik. macam biasa bilal, siak dan AJK masjid akan take turn bertakbir, diorang nih berlumba lumba la siapa nak lupa bacaan takbir dik. aduhai. bukannya baru hari nih jadik geng bilal and siak dik. tak tau la apa kena tahun nih masing masing nak melupakan takbir raya. siap sampai kena ingat2 dan kena sailang dik. ish jahat betul. lepas tu bilal umumkan macam mana nak solat sunat aidilfitri bagai. allahu abang seperti memang confident la dik solat sunat aidilfitri walaupun ada tahun abang pun lupa kiraan takbir! tetapi dik, tetaaaaaapi tahun nih memang unik sebab rakaat kedua kitorang tak bertakbir 4 kali dan takbir terakhir diikuti dengan bacaan Al-fatihah. haaaa. tergamam tak dik? nasib baik abang pernah hadir kuliah dan ianya tidak la membatalkan solat sunat tersebut. kita boleh jer buat sujud sahwi. begitulah keadaannya pagi raya. keluar dewan solat adik abang si tantari tu lelong gear, hi, lupa takbir ker? ha ha ha. kemain lagi dia dik.
balik balik tengok mak and adik abang tenga bersiap2 dan kuah lodeh pun tengah tenggek kat dapur. abang makan jer apa yang ada dulu. ala tapi bukannya lapar sangat pun. lepas dapat teh tarik kaw adik ipar abang buat sebenarnya dah kenyang. anyway puasa tahun nih abang kurang kurus la dik. badan sedikit naik sebabnya apa pun abang tak tahu. eh abang megaku jer gemuk dik. abang tak der la heboh tanya orang, abang dah kurus ke belom. i dont need people's approvals pun. eh carut lagi!
lepas mak dengan adik abang bersiap siap kitorang nak bergambar sekeluarga. this time adik abang yang dictate everything dan abang ikut jer lah. see abang nih bukannya bangsa yang tak boleh dibawa berbincang tapi kalau kau mulakan dulu sindir2 abang kat facebook then tetiba kau cakap pulak 'we need to discuss dan tak payah hebohkan kat FB' maka nah jari tengah untuk kau. berangan nih kau kata kau independent woman apa bagai kan, eh kau tu indepundek woman jer lah. allahu abang carut siapa ni dik? okay baiklah mari kita kembali kepangkal jalan. kitorang bergambar kat halaman luar and luckily tak berapa panas sebab agak pagi lagi lah.
lepas kat halaman rumah kitorang masuk ke dalam pulak dik. ye lah kalau ikutkan adik abang nanti ada pulak sofa kerusi meja langsir semua berhijrah ke halaman rumah semata mata nak bergambar dik. ha ha ha ha.
comel tak kami?! oh tahun nih kan adik abang si tantari tu belikan mak abang baju raya okeh. aiyooo kami terharu sangat sangat sebab dia ada jugak la kesungguhan dia untuk menggembirakan mak abang. oh lagi satu kan dia punya duit raya tahun nih untuk mak abang adalah, jeng jeng jeng seribu hinggit dik! terkaku abang di situ. ha ha ha. rupa2nya dia baru dapat elaun. alhamdulillah! abang dapat apa? abang tadapat apa apa dik! alahai sedih sia. tak apalah janji dia ingat kat mak abang kan itu adalah pemberian yang terbaik tahun nih. tahun lepas dia kan masih dalam latihan. yang berbondong2 kitorang pergi ke pengerang mengerang tu.
actually banyak jer gambar kitorang cuma abang upload kat fb lagi convenient. kemudian selepas bergambar bergumbira ada sessi pemberian harta ismet ulam raja tu la. salam salam sayang sayang dan cik anom macam biasa akan nanges. ha ha ha ha.
first guests to come were kawan tempat kerja adik abang yang sebelum ni. diorang memang kawan baik dan memang tiap tiap tahun datang. mak abang siap bagi bekal lagi kat dia. dia kalau datang memang akan bawak hamper dan bagi duit raya kat ank buah abang. haaaaa mereka nih sangat lah bertimbang rasa menggembirakan hati tuan rumah.
tepat jam 12:30 tu gerombolan kawan kawan kerja adik abang (current office) datang dan bila abang upload instastory maka kawan kawan abang confuse abang celebrate deepavali ker atau aidilfitri. ala kitakan satu malaysia celebrate la bersama sama. jangan jadik sedara mara abang yang setupid tu dik. orang lain yang angkat kavadi abang pula kena murtad. gila la kau nih sedara!
so inilah tetamu yang datang dari pagi sampai ke petang and memang macam macam benda abang pun berborak sama. diorang siap cakap macam abang pun part of the staff members berborak macam dah kenal lama. ha ha ha. tahun depan nak datang lagi katanya.
Cik Anna and Cik Jamal pulak msg kitorang suruh datang rumah petang raya pertama. lagipun ada cerita hangat katanya. macam macam kisah la dik dalam family ni kan. few years back abang punya family pun sedikit porak peranda akibat perbuatan manusia durjana yang kini katanya dah bertaubat. pergihhhh kau dari kehidupan abang. ha ha ha ha. thank you cik anna, cik jamal dan family kerana mengajak kami beraya dan menjamu makan.
Raya Kedua
Raya kedua seperti yang dijanjikan kitorang pergi ziarah kubur arwah ayah. dulu kalau masa raya dia la yang paling heboh dik. ayah abang ni kan ada kencing manis dan dia makan macam macam ubat tau. kadang kadang dia puasa dan kadang2 dia tak dapat puasa. walaupun kadang kadang tu dia tak puasa, dia tetap masak untuk kitorang for berbuka puasa. abang doakan kebaikan dn layanan yang dia berikan Allah sahajalah yang boleh balas. mak abang tu kadang kadang dia pun confuse. she is happy bila dapat ziarah kubur ayah. ye lah not every day dia bole pergi. kalau abang pergi sendirian berhad pun belum tentu abang akan bawak dia. ye lah dik nanti dia nak melangut tunggu abang mengemas2 kawasan kuburan tu. jadi bila dia dapat ziarah tu dia akan suka but bila sampai sana nati confirm la dia nangis. maklumlah cinta hati dia membawa ke mati.
sampai sampai jer kitorang kemas kemas sikit. masa bulan puasa ada anak anak yang take turn balik dan kemas kan kawasan kuburan tak kira la siapa punya ayah mak atau saudara mara. abang ni tak la religious dan strict sangat. i know tak boleh mendirikan sebarang 'binaan' atau 'hiasan' tapi kalau ta kbuat macam tu sooner or later anak cucu tak tahu dah mana kuburan atok nenek mak pak dan sedara mara. abang rasa tak boleh buat sebarang binaan takut orang meyembah pulak benda benda pelik kat kubur tu. make sense jugak lah. melayu nih pelik sikit dik perangai dia. benda yang merepek nihla yang diorang heboh nak buat. bila suruh majukan ekonomi apa bagai, eh kita nih hidup di dunia sementara. ini semua dunia dan fitnah. hey kau nih, kang kalau abang hencap kau, kau dan jjanggut kau akan berubah menjadi sus barbatus. kau tahu ke apa benda tu sus barbatus? haa kau tekan sini, ye tekan la kat situ!
macam biasa jugak kalau balik rembau dia akan request untuk visit sedara mara yang tinggal dan yang masih tersisa kat rembau tu. most of them either dah menghadap ilahi atau dah pergi ke kota sebab tak sanggup nak hadap kos hidup yang tinggi kat kampung ni. kawasan kampung kau hingat murah dik? dah la semua benda alah yang dijual diorang mark-up, tu line internet pun tak ada! kalau abang sure mati kutu kan?
we singgah at rumah mak lang. dia ni sepupu mak. suaminya paklang dah arwah. abang tak sempat tengok sbb da meninggal dalam bulan 4 kut and i went for my intern visit. so dia sharing2 la stories macam mana keadaa npak lang and what had happened. not long ago dalam 2 years back, anak lelaki dia meninggal i think because of stroke ke atau kegagalan fungsi jantung. anak dia baik tapi tu lah hayatnya tak panjang.
lepas tanya khabar mak lang and family we were invited to Cik Amah's kenduri. cucu dia, anak kak ngah, dapat masuk Uni and dapat straight A. anak kak long pun dapat masuk UiTM dan sekarang nih dah tahun dua kut. dia tak la straight A. macam abang juga lah tak straight A. seperti kebiasaannya kitorang akan bergambar dengan hebatnya di bawah pokok dengan suasana kampung. ha ha ha. matiklah abang is villae people yang dah tak ada village..
Raya Ketiga
kak emma kau dik dia buat open house lagi. so abang pun joined in and sponsor ayam untuk buat ayam masak merah. hah kau teka apa jadik? pergi pasar, pasar tutup. pergi supermarket, rasakan ayam tak ada. ha ha ha. melilau la abang cari ayam dengan cik anom kau. dapat la 4 ekor kat Tesco. itu pun berebut. berani ker kau nak berebut dengan abang kan?!
The first family to arrive is family cik ana and cik jamal. dia bawak sedaranya sekali. macam macam la borak, gossip apa bagai. meriah dik. abang becak kebasahan dengan peluh.
Diorang nih dulu dulu raya yang lepas, kalau datang raya kat rumah abang dah balik ke seri kembangan dik. maka Farah cakap dia selalu tak dapat duit raya. nah tahun nih abang kasik siap back-dated punya. dia punya happy tu lain macam dik. kalau nak ikutkan budaya duit raya nih bukan islamic pun. lebih kepada tiruan CNY but as long as dapat menggembirakan anak anak dan sekurang-kurangnya dapat bantu sikit belanja harian sekolah apa salahnya kita bagi kan? buat baik nih bukan limited dlm bulan ramadhan jer. patutnya kebaikan tuh dilipat ganda dalam bulan ramadhan and extended to all bulan bulan yang lain. again pemberian duit raya ni tak wajib. kalau kau tak bagi bukanlah bermakna kau kedekut tapi kalau kau bagi you are definitely orang yang pemurah.
then datang lah gerombolan family cik amah. dalam family diorang nih ada anak istimewa. alhamdulillah maknya nih sangat attentive dan dia sangat peka/alert. tak der la dibiarkan jer anaknya. the father somehow tak dapat dikesan. mungkin dia jenis yang tak bercampur orang? abang tak la pulak tanya sebab i mind my own pinggan mangkuk. ha ha ha.
diorang request nak bergambar sama sama kat depan rumah. haa yang gambar atas nih sebelah kanan sekali tu la anak istimewa. abang rasa nama dia Faris. handsome boy tapi kalau dia tak suka kau dik, mampus la dia cubit2 kau. mak dia akan minta maaf lah. nak buat macam mana ini luar kawalan. kita kena bertolak ansur. nasib baik dia suka abang. maka abang bagi dia duit raya special. ha ha ha ha.
Raya ke-empat
dapat jemputan majlis aqiqah cucu cik anja. it was awesome and grand lah. makanan semua best and I was like ralit ambil gambar. some sedara i really longed to meet and finally met and some, i wished 'eh kau ni tak mati mati lagi ker?'.
We didnt stay long lepas makan makan dan beramah mesra dengan sedara mara yang terpoilih abang terus ajak mak balik. sebelum balik siap bergambar apa bagai lah.
okay itu jer raya tahu nih! well abang berjaya menulis post ini ketika masih di bukan raya. biasanya dik, mungkin tahun depan abang baru update. ha ha ha. jubaker sangat kan?
dengan rendah diri abang nak ucap selamat hari raya dan maaf zahir batin!
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
-rAYIEya lAYEIgi-
No comments:
Post a Comment