Wednesday, February 27, 2019

Berkayak-Kayak di Kuala Tahan


Halluuuuuu Blog!!

abang just realized that his Ingrish has become sooo rusted that he couldnt construct a proper sentance and speak a good line of Ingrish. sedihnya. okay I will make time to read non-academic books or novel. I need to red more basically and write more. sekarang nih abang rasa ilang hala tuju. i need to set my goal straight again. no belok belok and bengkok bengkok. 

tahun lepas dik, tahun lepas punya cerita yakni bulan 8 dulu dik, baru kini abang smpat nak tulis dik. sadis benar ni. okay ringkas kan cerita nya. dulu abang ada teman bebudak ni buat rock climbing kat gua batu damai sana. sementelah itu diorang nak kena cari pegawai pengiring dan kebetulan pulak orang USK tak ada yang free. maka abang pun pergi lah teman. masa nama abang masuk as pegawai pengiring bebudak yang merokok semua dah susah hati. padahal la kan dik abang bukannya kisah pun kaki rokok atau kaki icap. janji kalau kau icap okok kau pergi jauh sikit dan lepas tuh puntung rokok never sepahkan merata rata. kalau tak der tong sampah simpan dalam poket. kalau tak der poket kau gigit lah puntung rokok tuh sampai terurai. mengerti? 


okay program apa nih dik? ini adalah program mejahanamkan   kayak kayak di kuala tahan. Uniten ada beli kayak baru and havent been tested.    ala abang pun tak ingat kitorang pergi hari apa dik tapi kan kitorang pergi 2 hari 1 malam. gila tak dik? bertolak lambat gile kut lepas zohor baru bertolak merasalah sampai ke kuala tahan tu dah gelap gelita. kenderaan yang pergi tu satu van and the satu lori bawak kayak kayak tu dan ada few more cars yang bawak makanan and so forth.

Dalam perjalanan tu bebudak nih menyanyi lagu yang macam macam. koreak ada, mat salleh ada dan bahasa pelik pun ada. macam macam la diorang ni dik sampai acik driver tu pening katanya. tapi kan mmg kita pergi nak bersuka ria. apa salahnya. bukannya melewati batas agama pun. abang ada dik, kau jangan buat perangai macam macam.

masa berenti kat RnR tu terserempak pulak dengan my ex-students. ehhhh korang buat apa kat sini? katanya nak balik ke terengganu. so bergambar lah kitorang bersama. budak budak ni dulu pernah ambik EMD dengan abang dan masa sampai kat RnR tu diorang dah habis makan. 





sambung perjalanan yang tak sampai sampai nih semua dah kebosanan ada yang membuta abang pun sama sekali tersengguk sengguk. akhirnya malam tu baru sampai dan resort tu pun dah lama menunggu kitorang. lepas unload semua barang dari kereta and dari lori, load pula dalam kerete powil (four-wheel). nak sampai ke resort tuh mmg camel trophy sangat dik.
sesampainya at resort tuh separuh pergi naikkan khemah dan separuh lagi prepare late dinner. memang macam macam jugak lah drama nak masak. pasang khemah tak der hal. sekejap jer siap. 


akhirnya masakkkkkk. bbq ayam and sosej, lepas tu meehon goreng, ada yang tumpah la itu lah ini lah. abang diberi layanan istimewa sampai rasa segan sendiri. abang kata relax lah we are all together in this so drop the formality. makan makan mmg kenyang dik. banyak jugak diorang masak siap boleh tambah tambah. 


sesudah makan maka kita kena basuh pinggan sendiri, ye abang basuh pinggan sendiri walaupun di offer untuk dibasuhkan tapi tak baik la dik. ala tolong jer la sesama kita apa salanya. abang benci betul kalau ada pegawai pengiring yang mengambil kesempatan guna 'kad pegawai' untuk dapatkan privilege.
selsesai hal kat atas kitorang ke bawah tempat khemah. haa kau nampak tak dik tangga tu dik? itu sebahagian dari tangga yang kitorang kena turun or naik kalau nak ke tandas. ha ha ha kurus keting abang. diorang ni punya rajin siap buat unggun api konon2 nak cerita cerita hantu. sudah nya cerita terbongkang jer dik. ada jugak bebudak nih yang pergi memancing. allahu tak ada pun iyer nyers ikan yang dapat. sambil memancing sambil memekak, ikan pun bengang boleh berhijrah ke pekan rompin dik. eh rompin dekat ker dengan kuala tahan? ha ha ha.  okay ada sesuatu yang ebrlaku kepada abang semasa abang nak kincing malam tu dik. nanti kalau abang rajin abang cerita okeh. nak percaya pun susah tapi abang sendiri yang kena. ha ha ha ha. acaner dik. 




pagi tu janji nya nak bangun awal ha ha ha ha ha ha. kau faham tak maksud awal tu apa dik? ye matahri dah tegak itu lah paginya. patutnya sudahnya dalam pukul sepuluh jugak la gerak naik lori untuk sampai ke tempat pelepasan. abang sempat la bergambar sekeliling ni sementara tunggu bebudak ni mandi. ada yang tak mandi. tak  pasti la lulu mandi ker tidak. haaaaa. 



tak tahu la apa nama point ni tapi kami berkumpul kat sini turunkan kayak dan dapatkan safety briefing. kemudian macam macam acara mengambil gambar dan pembahagian partner untuk berkayak. to be honest bila abang tgk kayak yang diorng bawak ini speed kayak. tak sesuai a dik kau bawak pergi ke sungai dengan sungai yang rapid dia hauk macam ni dik. i told them we will spend more time dealing with capsize instead of paddling. balancing pun scary dik. kalau explorer tu dia macam stable sikit lah nak lalui rapid atau nak hadap the waves/currents.



masa mula mula paddle mmg masing masing laju dan padu jer walaupun masa nih matahari dah tegak atas kepala. 



true enough, we survived only rapid yang mudah sahaja. lain lain memang capsized dik. jam suntoo abang jahanam cermin iyer nyers. memang masing masing dah agak pewai maka instructors and guides kitorang suruh berehat dulu. main main air kasi relax. 


ada satu part tu memang tak boleh blah. abang dah terbenam siap kena panic attack lagi dik. then abang punya drybag pun dah sampai masuk air. kau bayangkan lah dik betapa hauknya rapid tersebut. ntah berapa gelen la air sungai tu abang hirup. sudahnya astu kayak patah dua dan satu lagi crack teruks. bebudak nih nak tinggalkan jer kayak yang rosak tu tapi abang cakap nanti kalau nak buat audit asset akan sangkut. so nak tak nak terpksa la bawak balik evidence yang kayak ni dah rosak teroks. bukan rosak lagi dik, patah dua! maka beberapa orang dari kami terpaksa la naik boat pancung dan yang lain lain meneruskan peng-kayak-an mereka. ada ker perkataan tu dik? 




sampai sampai jer kat resort kami yang awal ni siap siapkan makanan. nak tidur pun tak boleh. maklumlah panas teriks dik oi. kami tidur khemah sebab nak jimat budget. masa ni abang dah pewai jugak dik. ambik gamabr pun ala kadar jer. jangkanya nak bertolak balik dalam pukul 5 ptg sudahnya pukul 7 jugak baru dapat keluar. polisi Uniten ni kalau nak bergerak menggunakan kenderaan mesti sebelum pukul 5 petang sebab nak elakkan terlalu lama di atas jalan raya ketika malam. haish abang pulak tak aware maka terpaksa la merafak sembah dengan pengarah HEP untuk dapatkan kebenaran. ni abang pun dah lama tak berkyak. ingat nanti naik short sem nak join semula bebudak ni. 

anyway haa tu gambar kayak yang pecah tu dik. hebat tak anak didik abang berkayak!? ha ha ha ha. 



okay itu jer nak cerita. nanti abang cerita makan makan pulak. larian? adaaaaaaaa.. nanti abang update yer. sekarang ni weekend pun abang bertmbah busy lah dik. ada project baru masuk. haishhhh. kBye. 

-kAYIEyak di kuAYIEla tAYIEhan-

No comments: