Thursday, April 05, 2007

CHanCe: tO LiVe BEtTer

ini keratan dari akhbar berita harian, ruangan surat pembaca:
++++++++++++++++++++

Cuba kita perhalusi, pada zaman persekolahan dan pengajian tinggi, kejayaan anak Malaysia hari ini jika ditanya pelajar cemerlang, tidak pernah bercita-cita menjadi PTD, tetapi mereka bercita-cita mencari kerjaya khusus seperti doktor, jurutera, guru, peguam, teknologi maklumat dan pelbagai lagi.

Malangnya, mereka cemerlang ini tidak berpeluang mentadbir jentera kerajaan hari ini kerana peluang mereka ditutup dengan dasar yang direka PTD. Peluang ini akan hanya diperoleh PTD yang rata-rata datangnya daripada mereka berkelulusan pengurusan, ekonomi dan sastera.

Kenapa negara merugikan peluang menggunakan pelajar cemerlang untuk mentadbir sektor kerajaan dan diserahkan sepenuhnya kepada PTD?

Tidak pernah dibuktikan bahawa seorang doktor, peguam, jurutera, guru dan lain-lain tidak hebat dalam pengurusan. Mengapa hari ini, ramai pekerja mahir yang belajar di luar negara tidak mahu pulang ke negara dan memberi sumbangan kepada negara?
++++++++++++++++++++++++++++

if i had the chance to reside out from malaysia, i think i will take the opportunity. biarlah menjadi bangsa kelas kedua di negara orang, itu lebih baik dari merempat di negara sendiri. baru baru nih kat tempat kerja aku, timbul isu, diskriminasi jawatan tutor. skarang nih kalau ada master belum tentu kita adalah pensyarah (di IPTA). jadi ramai yang ada master telah pun melarikan diri ke universiti yang baru dibangunkan. reason is, mereka ditawarkan dengan jawatan pensyarah.

aku ada 2 journal paper yang boleh dihantar ke luar negeri. tapi malangnya, "tutor tak boleh pergi luar negara untuk hadir conference atau hantar journal". yet, masih duk heboh universiti bertaraf antarabangsa. pemikiran sesetengahnya masihhhhhhh di takuk lama. purrliss laa.. aku tak tahu bila la orang2 nih nak bersara. mmg mereka2 nih menarik kemajuan beberapa langkah kebelakang. nak tutor jadik aggresive, berani menyahut cabaran bla bla bla., tapi kami takkan bagi duit pada tutor nih. well, enuff said MALAYSIA BOLEH, my varsity oso BOLEH, and one thing almost sure, aku BOLEH BLAH bila aku dapat peluang kerja kat luar negeri..


-spinoangel-

2 comments:

Azhar Ahmad said...

Waaahhh, encik ayie sudah berblog semula. Tahniah tahniah....

"tutor tak boleh pergi luar negara untuk hadir conference atau hantar journal"

Jika ini tidak boleh, maksudnya, tak bolehlah ke negara matahari terbit. Negara tersebut memerlukan requirement satu journal sebelum ke PhD.

Apapun, saya mungkin tak ke Turki, tetapi, paper saya di masukkan ke dalam journal.

Unknown said...

Sila..sila datang ke UK..tapi tak semestinya senang dapat kerja..tu je! Yang fenting, we can be ourselves...tak perlu jadik hipokrit!

Katakan Ayie boleh!!! :)