akhirnya sehari sebelum jumaat, hailan mencadangkan kami ke restoren cheng ho. dia juga memberikan aku gambaran kasar tentang restoren ini melalui satu web yang dirangkai dari blogspot budiey. oh, restoren ini milik amy search! terus bersetuju memandangkan restoren ini baru dibuka dan aku fikir mahu memberi sokongan. tetapi aku agak skeptikal dengan 'rasa' makanan itu nanti. kebanyakan orang akan pergi kerana amy search, bukan kerana makanan itu semata mata. sekitar jam 1845 kami sampai.

terlepas pandang tanda CLOSED di hadapan pintu, terus sahaja kami masuk meluru ingin mencari tempat duduk yang bagus. malangnya,
"Abang, kami belum buka lagi"
aduh malunya. masa operasi restoren ini rupanya telah diubah kepada jam 6 hingga jam 10 malam. oleh kerana restoren ini aku rasakan baru sahaja beroperasi, maka pastilah akan ada kelemahan. sedangkan KLIA yang bertaraf antarabangsa itu juga kelam kabut ketika dihari pertama beroperasi. sepatutnya counter personnel mencadangkan kami membuat tempahan. barangkali kerana kami ini datang berdua maka, mungkin kami tidak akan memberi impak yang besar kepada perniagaan mereka. itu tanggapan aku pada pertama kalinya.
kurang lebih jam 7 kami masuk semula. kelemahan itu agak ketara bila mana rupa rupanya kami memang perlu membuat tempahan untuk makan disitu. tetapi, agak bagus bila manager in charge masuk campur dan mencari kan meja (tambahan barangkali) untuk tidak menghampakan kami. kami mungkin datang berdua, tapi kemampuan untuk aku dan hailan makan adalah setanding dengan famili yang sedozen anaknya!
meja yang menempatkan kami orang betul2 disebelah tangga. tak apa lah janji boleh makan!
ini antara sebahagian dari bahagian dalaman. aku fikir cheng ho belum lagi lengkap dengan designnya. dinding sisi masih lagi bercat putih. siling atasnya berwarna coklat dan kombinasi warna sedikit keemasan mungkin dapat memberi ambiance yang bagus untuk mengaruhkan selera makan. tapi orang malaysia, pada pendapat aku tidak hirau akan itu semua. mereka akan kembali bukan kerana suasana semata mata tetapi kerana amy dan jugak makanannya. kalau sedap, mereka akan kembali.makanannya??? sila lihat gambar gambar ini~
tom yam campur. ada ayam, sutun, udang dan juga sayur sayur. pedas?? sampai meleleh air hidung! hailan baru beberapa suap menyudu tomyam sudah pun berpeluh. aku nasihatkan agar berhati hati dengan lada api yang agak besar dalam ramuan tomyam itu, kalau tergigit nanti takut menangis pulak. aku akan kembali lagi untuk tom yam ini. amat sedap pada tekak aku.
udang dengan butter. udang yang digoreng dengan buter dan ada telur yang digoreng garing. apa style nya pun aku tak pasti tapi memang sedap. ini pilihan hailan.
ayam sweet and sour. ini sedikit mengecewakan tetapi tidak ada kompromi dalam rasanya. dari segi persembahan makanannya agak kurang menarik. mungkin dilain kali aku ingin mencuba ketam ataupun daging pula.
nahhhhhhh.. ini ikan siakap steam ala nyonya. sedap betul ikan ni. kuah ikan ini, bila di blend rasanya dengan tomyam mengakibatkan selera mkn yang agak mengujakan. erk, aku tertambah nasik 2 kali. hik hik hik.
ini gmbar meja yang agak hampir penuh semeja. memangnya aku nak order lagi dan lagi. selepas hailan menasihatkan aku, maka aku batalkan sahaja niat itu.
dan ini adalah gambar meja kami selepas sesi makan memakan.amy mmg bagus, dan dia tidak sombong. bersalaman dengan para pelanggan, datang bertandang dari meja ke meja untuk bertanya dengan pelanggan bagaimana makanan yang mereka makan. amy jugak tak lokek nak meluangkan masa untuk bergambar. walaupun dalam keadaan masa puncak dan kerja yang menggunung, dia masih lagi boleh tersenyum dan bergambar!
ouh ya, aku pasti akan kembali!! kali ini mengganas untuk merasa masakan ketam dan telur masin!P/S: terima kasih hailan kerana mencadangkan tempat yang bagus untuk makan.
-keAYIEnyang mAYIEkan-
1 comment:
uwaaaaaaaaa..!! fine! aku tringin sgt nk ke restoran amy search ittew.. tp ko siap brgmbar dgn dia lak tu.. uwaaaaaaaaaaaaaa.. bwk aku pegi restoran Cheng Ho ittew nok ayie!!
Post a Comment