sapaan tuan yang aku gunakan banyak mengundang rasa tidak selesa segelintir kawan kawan baik yang baru aku kenal mahupun yang telah lama aku kenal. sebahagian mereka merasakan tidak wajar disapa dengan panggilan begitu. aku tidak pun menyalahkan mereka. awalnya aku juga berpendapat sebegitu ketika pak hamdan membahasakan diri aku dengan perkataan TUAN. dasarnya aku merasakan diri ini terangkat tinggi bila dipanggil TUAN. rupa rupanya ada sebab kenapa kami dipanggil sedemikian. kenapa ya???
panggilan tuan ini rupanya bukan sekadar panggilan ya. sapaan ini bukan suka suka sahaja. kata ganti diri ini bukan sebarangan.
TUAN (atau PUAN) adalah TUAN di tanah air ini. TUAN adalah TUAN PUNYA tanah ini. jadi apa masalahnya??? apa yang hebatnya? apa yang bagusnya?
maka dengan itu tuan adalah orang yang bertanggung jawab terhadap tanah ini. panggilan itu mengingatkan tentang bebanan tugas yang diwariskan oleh mereka yang memperjuangkan sempadan kedaulatan yang memberikan kita sekarang ini apa yang dipanggil sebagai tempat tumpah darahnya kelahiran. memberikan kita ingatan bahawa sebagai tuan, maka kitalah yang menyeret beban untuk memakmurkan, mentadbir serta berlaku adil kepada mereka yang dipimpin. panggilan itu bukan untuk menunjukkan kekuasaan semata mata, tetapi lebih luas maksud tanggungjawabnya.
Tuan adalah tuan yang menentukan nasib anak cucu dan waris kita. mahu ke mana arah paksian iman mereka. adakah akan mereka ini berada di jalan yang lurus, yakni di jalan Tuhan yang aku imani yang telah Dia telah redhai, ataupun jalan yang menuju lubuk kehancuran. maka perkataan tuan itu lah menjadi peringatan tentang peri pentingnya menjadi perancang tanpa ada mendahulukan kepentingan diri.
Tuan adalah tuan yang mencorakkan bagaimana bentuknya tanah ini. tinggikah tanah ini menyergam gagah dan megah di mata dunia ataupun mencuram menjadi lembah yang gelap gelita dan kelam laluannya masa depannya. Tuan mesti mejadi tuan kepada pemikir pemikir di tanah ini.
Tuan juga lah yang akan menjadi tuan dalam merubah cuaca suasana penghidupan. mahukah kemarau sepanjang tahun tahun kehidupan yang mewujudkan kekontangan, kebuluran dan kedahagaan atau sejuk membeku tidak bergerak seinci walau musim telah berganti meninggalkan pergi. tuan yang memberi kata putusnya. tuanlah yang akan menjadi tuan untuk mencari suasana pertengahan agar tidak mendekati mana mana hawa yang melampau kerana kutukan Tuhanku adalah pada mereka yang melangkaui batas.
Tuan juga adalah tuan kepada rumah ini. yang boleh bersuara menyatakan apa yang boleh dan apa yang tidak, tetapi masih dalam santun peradaban sebagai orang yang tinggi nilai2 ketamadunan. tuan adalah orang yang berhak mempertahankan apa yang tuan punyai, dan tuan juga boleh berbincang tentang apa yang mereka telah memunyakan dengan cara berhelah.
panggilan tuan itu telah kita gadaikan terlalu lama kepada penjajah. dari kurunnya ke 1 hinggalah ke pertengahan abad ini. sudah terlalu lama panggilan itu mereka jinjit. sekarang dipulangkan kepada yang hak. khabarkan lah kepada aku dan anak cucu Tuan yang tuan menolaknya! tidak berani dengan panggilan itu.
Tuan yang menolak KETUANANnya, menolak pencorakan masa depan,
Tuan yang menolak KETUANANnya, menolak tanggungjawab yang diwariskan,
Tuan yang menolak KETUANANnya, menolak pengorbanan wira yang terdahulu,
Tuan yang menolak KETUANANnya, menolak tanah airnya,
Tuan yang menolak KETUANANnya, aku sifatkan sebagai pengkhianat bangsa yang bacul!
Tuan jgn takut dengan panggilan ini. bersedialah tuan untuk berdiri, menjadi betul2 Tuan di tanah ini. jgn lah dibahas lagi panggilan ini. jgn lagi mahu mengelak dari pikulan tanggungan yang Tan kirakan beban.
sekarang ini TUAN, fahamilah perlembagaan, di situ ada diri Tuan. Tuan itu bukan sekadar panggilan!!!
-tuAYIEan-
2 comments:
salam tuan,
sangat menarik... ada benarnya... namun segalanya hanya semantik kan?
saya hanya moeha aziz...
ketuanan itu bagi saya terletak pada hati... mungkin sebab saya dah lihat bagaimana ketuanan itu telah menghancurkan...
namun segalanya terpulang pada individu kan?
Salam Blog Tuan,
Apa yang diperkatakan oleh TUAN memang benar, lantaran menggalas tanggungjawab yg besar sbg Tuan, kadang2 kita mudah leka dan alpa atas kekuasaan kita lantas menyalahgunakan gelaran Tuan itu.
Tapi bg hamba, asuh diri menjadi TUAN di hati sendiri dulu, jika berjaya, mahu menjadi TUAN untuk seantero dunia pun tidak menjadi masalah.
p/s: apakah gelaran yg sesuai untuk Hailan?? Tuan jugakkah??? :-)
Post a Comment