Blog,
Isunya masih panas, hangat dan mendidih. kalau dicubit isu iu, dikupas isinya dan dicampakan ke hujung kaki, maka menggelegaklah otak yang dijunjung. maka dari kuala lumpur hinggalah ke bayswater manusia manusia ber'brukbrek'an tentang perkara ini.
apa kata kita senaraikan sahaja ADUN yang melompat, eh maksud saya, perkataan yang mengANDUNgi atau yang berkaitan dengan lompat.
1. lompat tikam - kuih yang dihidangkan semasa sibuk berkempen. order bertalam talam, bila nak bayar, alamak tuan kemain susah. padahal tak sampai pun 500 ringgit.
2. lompat pagar - biasanya pendirian dia berada di atas pagar. bila kena tabur duit jer terus lompat pagar. bila dah tak dapat duit nanti lompat pagar dan duduk atas pagar semula.
3. lompat galah - ini aksi over. ahli dewan undangan negeri bertikam lidah dalam TV, ewah ewah ewah, dia pulak tikam orang betul2. kadang2 tikam dari depan, kadang2 tikam dari 'belakang'~haishhh ngeri nih.
4. lompat jauh - lari dari masalah. nampak jer ada masalah terus melompat melatah dan menjauh. bukannya nak membantu masalah.
5. lompat kijang - ini lompat mengawan namanya. kata orang daging kijang nih panas. boleh simpan mistress sampai beranak pinak. tak pa lah. ini Rakyat yang pilih. apa saja yang ada kaitan dengan rakyat tak pernah salah.
6. lompat tinggi - cita cita besar. walaupun tak menang majoriti dah berangan angan nak jadik perdana menteri. mula lah duk gaybang, maksud saya gebang, 169 lah 249 lah 2240 lah. apa dia ingat ini Mangnum 4D ker.
7. lompat bangunan - ini kes yang tak sempat pun setahun dah kena keluar dari pejabat menteri besar. tak dapat terima kenyataan, lebih baik la terjun jer bangunan.
8. lompat katak - antara lompatan paling glamour dan famous tahun ini. saya tidak pasti ada nya tahun katak dalam kalendar orang toing hua, tapi ada nampaknya tahun katak dalam kalender politik malaysia. kita mungkin boleh cadangkan kepada Guiness Malaysia World Book of Record.
9. lompat berganti-ganti - ini adalah fenomena yang amat mengkagumkan. ianya persis perangai flip flop yang dialami oleh ahli politik zaman ini. bukan sahaja di malaysia malahan di US dan juga di timur tengah. contoh: marilah kita gencat kan senjata. tak sampai seminit lepas tuh brongbreng brongbreng bunyik bom. lebih hebat keadaannya di malaysia, ada orang yang melompat keluar selama seminggu kemudian dia berkata, acah mak enon, kembali melompat. maka dia melompat berganti ganti dan barangkali bergilir gilir.
10. sepandai pandai katak melompat, akhirnya jatuh jua ke dalam perangkap- eh saya tersilap peribahasa kah?
DAULAT TUANKU SULTAN PERAK.
-Encik Azrin membesar di Pangkalan TLDM Lumut selama berbelas tahun-

4 comments:
politik digunakan untuk kepentingan diri, sama ada nasib rakyat terbela atau tidak itu perkara kedua. sedih tengok rakyat jelata yang menjadi mangsa.
tapi salah rakyat jugak. sapa suruh undi katak.. kah kah kah.. sekarang nih dah jadik gelanggang sarkes dah alex.. mmg kasihan..
lompat dan hempap sama x abg???? ahaksss....mujur la xde istilah hempap parti...maksudnye selepas melompat parti, maka parti yg lama akan dihempap laaa.......alamak ape yoe merepek nih!!!
bestnye cuci mata tgk abg2 TLDM ek..*matila TLDM je aku nampak..*larikkkk
Post a Comment