blog,
hari turunnya salji adalah hari yang paling seronok. sekolah ditutup, pengangkutan awam berhenti beroperasi (kena jalan kaki dan best!!~tak ikhlas nih) dan boleh bermain di hyde park seperti jakun. suhu tidak terlalu sejuk dan angin pun kurang kuat.
bila salji mula mencair, biasanya suhu mula jatuh. angin yang bertiup pun sangat sangat sejuk. 3 lapis baju pun sepertinya telanjang sahaja. hari ini school di buka spt biasa tapi kelas yang aku hadiri secara sukarela dibatalkan pula. gigih pulak nih.

masih ada lagi baki baki salji yang boleh dimain. ada jugak kanak kanak yang betul betul kanak kanak dan kanak kanak dewasa yang bermain main. ramai yang ambil cuti dan mereka digalakan bercuti sempena credit crunch. haishhh aku pun tak berapa paham. di sommerset katanya salji makin lebat. alahai incik alex, saya sangat cemburu la kalau begitu kerana tidak dapat berguling guling seperti tenggiling di atas timbunan salji.
gambar gambar di bawah adalah dari camera phone LG. agak kurang baik kualitinya kerana aku tak sempat pun nak setting. susah pulak nak set dengan gloves yang berlapis lapis.
gambar gambar di bawah adalah dari camera phone LG. agak kurang baik kualitinya kerana aku tak sempat pun nak setting. susah pulak nak set dengan gloves yang berlapis lapis.

-Encik Azrin Kehabisan Salji-
4 comments:
The end ko kato? Den ni nak keluar opis pun tak lopeh...hari ni dah jadik macam ice rink pulak...kang ado yang tesombam patah gigi hidung bagai...udahlah..bebuek lah dok umah baco buku.
encik azrin, baru dengar berita yang salji akan datang balik jumaat ni, west country pasti kena tapi landen rasanya terlepas. tak selalu dapat salji tebal di sini, enjoy it while it last.
kat tempat penyu tak de salji la...huhuhuhuhuhu
Fuhhhh.. aku rase cam seribu taon tak singgah sini!! tau2 jer ko siap winter sonata bgai di bumi UK nuu..
aku tgk ko cam dh beku jer tu, tp muka control abes.. sejuk lak bdan aku tgk ko brsalju ni
Post a Comment