Thursday, April 23, 2009

Kawin: Antara Merancang dan Tangkap Muat

blog,

baru baru nih aku mendapat lagi satu soalan cepuk emas dan seterusnya dianugerahkan dengan nasihat tidak bertauliah yang pada aku lebih berbunyi kebudak budak kan. seperti masa aku di sekolah rendah dulu 'dah besar nanti aku nak kawin cepat. kawin nih syok'. tapi masa tu umur aku dalam 7 atau 8 tahun. pengaruh TV dan kawan sebaya masa tuh sangat kuat. kemudian bila aku membesar atau sebahagian dari kita menjadi dewasa (menjadi tua adalah mandatori tapi menjadi dewasa adalah pilihan. jadi aku gunakan perkataan sebahagian, sebab ada sebahagian dari kita enggan menjadi dewasa). kita belajar tentang tanggung jawab dan amanah. kita belajar bagaimana merancang dan kita belajar juga yang hidup tak selalunya indah. kadang kadang disangka panas sampai ke petang, tapi hujan pula di tengah hari. sebahagian dari kita belajar untuk mengambil pengajaran dan menyediakan payung sebelum hujan supaya nanti jangan sudah terhantuk baru terngadah.

Kenapa tak kawin awal?

sebenarnya ini soalan yang tidak alien pada aku. rentetan dari soalan ini, kata mereka,

1. bila dah tua baru nak kawin. pengantin tak der seri.
2. bila dah tua tua dah pencen nanti anak masih lagi sekolah. tak dapat nak rehat.
3. rugi kalau kawin lewat. nikah cepat cepat itu lebih afdal dan buat kenduri selepas tuh bila bila. janji nikah dulu.

Jawapan aku,

orang melayu terutamanya, mmg suka hal hal yang superficial ni. perkara yang mereka rasakan begitu penting sampai terlupa matlamat sebenar nikah dan kawin. pada mereka pengantin mesti la muda, muka yang terik dan tidak ada kedut kedut. aku pun hairan kenapa begitu penting benda benda yang bukan wajib nikah pun. ada yang ingin menjadi ustazah kepada aku, menyarankan aku supaya aku kawin dulu tanpa payah pun bertunang. mari sini aku ingin bercerita supaya engkau selepas ini bertaubat dari memberi nasihat yang bukan bukan lantas menjadikan diri engkau seorang yang sangat kurang bijak pada pengamatan mata aku.

kahwin itu sunnah nabi, menjadi wajib sekiranya seseorang itu tidak dapat mengawal nafsu dan boleh mengakibatkan kebinasaan (contoh: rogol) kepada orang lain dan diri sendiri. tetapi menjadi kahwin itu adalah haram bila seseorag itu tidak berkemampuan zahir dan batin yang boleh mengakibatkan penganiyaan kepada pasangan masing masing. aku belum lagi bawak balik mana mana perempuan baik di London mahupun di Kuala Lumpur untuk tidur bersama. aku masih mampu menjaga napsu aku terhadap keinginan dengan wanita. ouh lagi satu, aku sangat tidak berminat kalau keluar dating pegang2 tangan nih. adalah lebih baik aku memeluk babi sebab sah sah aku boleh sama'. tak gitu ustazah?? aku? zahir sudah lebih dari cukup! batin? tidak ada yang kurang. jadi apa yang menyebabkan aku berkahwin lambat? kerana aku memerhati dan mengambil pengajaran dari sekeliling. tidak seperti ustazah itu cakapnya merapik rapik. sudahnya aku pula yang dikatakan defensive. benar kahwin itu sunnah, boleh jadi wajib harus dan haram dalam keadaan tertentu. yang afdal pada aku bukan cepat atau lambat, tapi yang afdal adalah MERANCANG. maka aku mengambil pendekatan membuat suatu perkara secara satu persatu dan mesti mengkaji kemampuan aku, itu lebih selamat tetapi pastilah sedikit lambat. balik tahun ini aku akan bertunang dulu, dan selepas menyelesaikan pengajian aku, barulah berkahwin. beberapa fakta yang orang tak tahu dan suka suka hati memberi nasihat dan berbunyilah dia sangat kurang bijak adalah,

1. cik sepat adalah penolong pengarah di sebuah jabatan kerajaan. sekiranya dia berkahwin dengan aku, maka dia terpaksa cuti tanpa gaji dan ikut aku ke sini. aku tidak akan sesekali membenarkan itu berlaku kerana bila bercuti tanpa gaji, senioriti, kenaikan pangkat dan macam macam komplikasi akan timbul selepas dia pulang bekerja. pada aku, seorang perempuan HARUS mempunyai kerjaya, dan perempuan yang berfikiran jauh dengan misi dan visi mmg mengujakan aku. aku betul2 kurang berminat dengan perempuan yang bila sudah berkahwin berhenti kerja dan menjadi nanny di rumah. aku ada kawan yang suri rumahtangga, tapi mereka semua ada business dan tidak bergantung pada suami masing masing. mereka ini suri rumahtangga yang berwawasan. tapi aku tidak ada halangan kalau ustazah ingin terus menjadi suri rumahtangga dan bila nak beli apa apa minta pada suami. aku mahu cik sepat menjadi wanita yang berkerjaya. tidak ramai suami atau bakal suami macam aku. ramai yang bila dah kawin minta isteri mereka berhenti kerja dan jaga anak di rumah. aku tak mahu macam tu. aku tidak mahu perempuan yang tidak ada wawasan dan bercita cita besar menjadi isteri aku. hanya orang yang berfikiran dulu dulu jer yang sepatutnya dah pupus sekarang nih, yang bila kahwin kena berhenti kerja dan duduk di dapur. orang yang ada pandangan dan pendapat begini, adalah orang yang sangat jumud dan ini menjadi sangat merbahaya kepada umat melayu.

2. sekiranya pun cik sepat akan mengambil cuti tanpa gaji, dan datang ke sini, apa yang akan dia buat? jual nasik lemak di MSD? atau buka tadika? sila lah menggunakan otak yang ada tu. semua orang ada otak, percayalah, tapi tak semua bila bercakap (termasuklah memberi nasihat) menggunakan otak. kalau aku di school, apa yang cik sepat boleh buat? secara amnya sehari dua seronoklah berada di London ni. tapi kalau kena seminggu, sebulan dan setahun?? maka mula lah menjadi bosan, dan masa itu akan terjadilah apa yang dipanggil 'attention seeking'. pusat perhatian adalah kepada si isteri ni sahaja, dah tuh pengajian aku nih siapa nak buat kalau asyik melayan isteri jer? maka masa itu juga lah akan keluar pepatah yang patutnya adalah tidak perlu, 'sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri'. rumahtangga mula jadi kucar kacir aku rasa. tak kan la aku nak suruh dia pergi kerja kutip buah strawberi, atau jadik cleaner kat MSD semata mata nak suruh dia ikut aku ke london nih? baik aku suruh dia develop dulu kerjaya dia. lepas kahwin bukan setakat london, bulan pun boleh pergi. ala apa nak susah ustazah oi, nyanyi jer lagi amy search tuh, sampai la ke bulan.

3. sekarang nih cik sepat tgh buat master dan dia akan buat Ir pulak. kalau kahwin sekarang banyak benda nak kena pikir, dan banyak yang tergendala dan tunggang langgang. tapi biasalah orang melayu nih mana suka tgk orang lain maju. kalau boleh mereka nih bagi nasihat yang bukan2 sebab kalau susah bukannya dia ambil bahagian pun, pakat gelak lagi ada la kan?? aku pulak dengan pengajian yang ada sekarang ni pun kehidupan dah macam balik kuang. aku tak boleh focus 2, 3 benda sekaligus. nanti pengajian aku ntah kemana, rumahtangga ntah ke mana. masa tu aku tahu orang itu akan pura pura menjadi malaikat dengan ayat2 quran kasi nasihat pada aku. bila tanya apa maksud talbiyah pun, dia suruh aku baca buku. itu jer ker jawapan yg terbaik??

bab anak, ini pun satu halnya. jgn la bermegah dan berbangga dengan anak yang ada. kita belum tahu macam mana masa hadapan. kita beranggapan bila pencen anak akan jaga kita, kena ingat, kalau kita asyik sub-contractkan penjagaan anak kepada mak, mak mertua dan bibik, nanti anak anak ni pun akan sub-contract kan kita pada rumah orang tua tua yer. kalau aku kawin lambat sikit, masa tu aku pun dah senior kerja, kalau nak minta cuti dan sebagainya, dah senang i am always there for my kids. cik sepat masa tuh pun dah jadi pengarah, dan dia boleh sign untuk diri dia sendiri dan bercuti sesuka hati. anak anak ni bukannya nak kita ada bersama mereka 24 jam, aku akui. tapi ada masa masa yang tertentu kita kena ada untuk mereka. anak anak yang membesar dalam keadaan ibu bapa yang bergelut mencari halatuju keluarga, tidak akan membesar dengan sihat. biarlah nanti bila aku dah tua sekalipun masih beranak kecil, aku tidak akan malu. sekurang2nya nanti ada yang berkata 'tgk atok tuh, powerrrr, tua tua pun ada anak lg. sangat productive'. aku tetap akan menjadi idaman gadis gadis. barangkali sebab tu ustazah tuh suruh aku kawin cepat cepat sebab dia marah kut kalau perkara ini berlaku. haish jahat sungguh kan?

KAHWIN

kahwin adalah bukan perkara suka suka. kahwin ini pekerjaan yang perlukan perancangan. bukan boleh main tangkap muat dan berangan kawin adalah sedap. bak kata incik pendi of IC, 'kawin ni malam pertama jer sedap, lepas lepas tuh nak mengidapnya sepanjang umur'. incik pendi ni umurnya baru 26 tahun tapi dia bercakap lebih matang dari aku dan dari ustazah itu. dia walau bagaimanapun akan kahwin tahun depan. bila aku tanya pada dia, dia telah memberitahu aku rancangan dia dan aku sangat kagum. dia bukan sekadar berkahwin sebarangan. dia ada perancangan yang tidak aku sendiri terfikir langsung. dia sangat berhati hati dalam menjalani kehidupan. aku tidak pun malu kalau meminta pendapat dari dia, kerana berbanding ustazah tu, incik pendi kalau memberi nasihat adalah dengan hujah sokongan yang mantap.

selepas kahwin adalah masa yang kritikal, ye ustazah. dulu kita bujang dan dia dara, sekarang dah berkongsi katil, duduk serumah dan pastilah banyak perlakuan yang baru akan timbul. tidak ada yang kelakar tentang itu. barangkali ustazah dah lupa macam mana masa mula mula kawin dulu. maklumlah bila dah berumur nih mmg banyak yang tak ingatdan nak nak lagi kalau melayu nih mmg cepat sangat lupanya. mat salleh kata the true colour. process memahami pasangan ni adalah process berterusan. contohnya, aku ini adalah orang yang tidak pengemas dan cik sepat adalah orang yang sangat bersih dan hobinya adalah mengemas rumah dan membersihkan toilet. hobi dia nih dikongsi bersama dengan mak aku yang akan menjadi bakal mak mertua dia dan mak aku siap cakap boleh geng bila nak berkemas. maka mereka pastilah akan membuat acara mengemas rumah berjemaah. aku dah bagitahu pada cik sepat yang aku nih macam mana, tapi secara real nya dia masih lagi belum mengalami (experienced) perkara tersebut. nanti bila dah kawin ada yang terasa hati, terkecil hati dan sebagainya. tanyalah mana mana pasangan yang baru kahwin ini lah saat saat getir yang memerlukan perhatian lebih. tapi aku tak la cakap lepas lepas dari tuh perkahwinan tak diuji. ujian tu mmg datang bila bila masa pun cuma ini allah bagi extra sikit. kesabaran kena extra, tolak ansur kena extra dan persefahaman pun kena extra. lainlah kalau dah biasa bersekedudukan sebelum kahwin, selepas kahwin tak menjadi masalah. tak gitu ustazah?

berkahwin ini bukan sekadar menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan ataupun satu cara untuk meneruskan generasi dengan melahirkan zuriat. mempunyai keluarga samalah dengan mentadbir suatu negeri. si ketua perlu mentadbir bukan untuk sekarang tetapi dia harus berfikir kalau boleh untuk seratus tahun yang akan datang.




UMRAH, HAJI dan HONEYMOON.

ini salah satu sifat orang melayu LAMA. sila baca yer, melayu lama. patut dah mati dan pupus tapi anehnya hidup lagi. orang macam nih suka lah sangat suruh orang yang baru kawin pergi buat umrah/haji untuk keberkatan. cakap macam orang tak pakai akal. nak kata sangat kurang bijak, dah separuh globe dia sampai, pemikiran masih takat budak sekolah darjah enam.

aku akan menjadi sangat tidak sopan dan aku tidak malu berperangai begitu bila mana ada orang mengesyorkan kepada aku, haji dan umrah sebagai honeymoon. adalah kesilapan yang maha besar kalau ada orang yang berbuat sedemikian. selepas nikah, adalah halal hubungan seorang lelaki yakni suami dengan perempuan yakni isteri. ketika ini adalah halal menggauli psangan masing masing dan pelbagai acara, posisi dan fantasi lah yang mahu dicuba. ini biasanya akan mengambil masa seminggu atau dua minggu untuk reda. kebiasaannya orang melayu memanggil bulan madu dan pasangan akan pergi jauh ke tempat2 yang boleh bermadu asmara. tetapi, antara perkara batal haji dan batal umrah adalah, menggauli pasangan masing masing. sudahlah begitu, nanti kena pulak dam. kalaulah umrah dan haji ini dijadikan honeymoon semata mata nak menunjukkan kita nih adalah alim dan konon kononnya mahu keberkatan lebih, maka kita belum lagi memahai falsafah nikah dan falsafah pekerjaan haji/umrah.

haji dan umrah ini bukanlah masa untuk berbulan madu. dua pekerjaan ini adalah pengabdian diri kepada allah, dan haji adalah pengorbanan terbesar umat islam menyerah diri kepada allah. ketika ini kita meninggalkan kerisauan terhadap dunia dan meninggalkan keinginan terhadap memenuhi nafsu. sedang orang yang baru lepas berkahwin, ini lah masa yang ditunggu tunggu untuk menggauli pasangan mereka. kalaulah falsafah setiap tuntutan yang allah syariatkan pun kita susah nak faham, macam mana lah nak tarbiyah orang. bukankah kita kelihatan amat bodoh semasa berbicara ataupun menulis? semua orang ada otak, tapi tak semua orang akan pakai otak mereka ketika berucap, bercakap dan menulis. ada orang kampung aku yang umrah sahaja sudah dia pergi berkali kali. kalau haji hampir setiap tahun dia akan pergi, ada seru katanya. dia pernah datang bertandang di rumah aku dan menyindir aku yang ketika itu baru menukar kereta. kata dia (yang berumur hampir lewat 60an) kenapa orang sekarang ni suka dunia (kereta baru) dari mengerjakan perintah allah (haji). mak aku tak jawab, tapi aku yang jawab. aku tanyakan dia, tarjim al fatihah sementelah dia sudah seolah olah berulang alik ke mekkah, jadi alfatihah pastilah menjadi mainan mulut dan tafsirnya menjadi panduan hidup. rupa rupanya tidak tahu. lalu aku pun berkata kepada dia, berapa ramai orang yang solat tunggang tungget, tapi nanti di mahsyar kelak, solatnya akan melaknat dia kembali. berapa ramai orang yang berpuasa tapi hanya menahan diri dari lapar dan dahaga. berapa ramai orang yang mengerjakan haji dan umrah tetapi hanya pergi bersiar siar dan melancong. berapa ramai orang yang menjual agamanya, dengan kata kata yang menipu dan dusta seolah olah mereka yang memunyakan ilmu agama.

umrah dan haji bukan sekadar cukup duit dan pergi, tapi menuntut keazaman , kefahaman dan kekuatan untuk menyerah diri secara total. apalah guna kalau mengerjakan umrah dan haji tapi masih lagi dengan perkara lagha dan bercakap perkara yang merapik rapik di dalam Facebook?? adakah kita masih lagi orang sama seperti sebelum mengerjakan haji/umrah?? perubahan bukan untuk orang lain nilai dan bukan untuk di quantifykan. perubahan 100% 200% atau 1%. perubahan itu adalah hari ini adalah lebih baik dari hari sebelum mengerjakan umrah/haji. tahu tak talbiyah tu bukan sekadar perkataan atau ayat2 yang dilaung2kan? tahu tak itu adalah sumpah antara kita dan allah. sumpah yang menyatakan kekuasaan Dia dan penyerahan dan pengabdian kepada Dia? memohon keampuanan dan sumpah memenuhi penggilan yang disyariatkan? kita bersumpah, tapi kalau kita tidak berubah, kita adalah orang yang menipu dalam agama dan orang orang yang zalim lagi sia sia.

aku tidak membahaskan bahawa umrah dan haji ini adalah sia sia yer. sila baca betul2 dan jgn jadi macam ustazah itu yang mengatakan aku boleh jatuh syahadah. yang aku bahaskan orang yang tidak berubah (dan bukan berubah kerana manusia) adalah orang yang sia sia. bacalah dan bacalah bukan sahaja dengan mata tapi dengan akal yang berfikir.


Kahwin bersifat individu

kahwin adalah bersifat individu. tidak ada kanun ataupun hukum dalam yang dijatuhkan mewajibkan terus perkara kahwin ini. pada aku, adalah lebih baik bertunang lama lama tapi tak jadi dari kawin cepat cepat (tanpa perancangan) lepas tuh bercerai. cerai dan talak adalah perkara halal yang allah paling benci. mahu pula kita terjerumus kepada kebencian allah. nauzubillah.

ada yang berpendapat bagus kawin awal, ada yang sependapat dengan aku. apa pun bergantung kepada individu. pada kawan kawan yang kahwin awal, ada yang bahagia sehingga sekarang aku ucapkan tahniah, kalian memang mantap dalam mengemudi kehidupan. ada kawan kawan yang dulunya tergesa gesa menamatkan zaman bujang/dara, kini berantakan dalam masalah, jgn kesali apa yang terjadi tapi akal yang dikurniakan itu insya allah kalau digunakan pasti mdapat penyelesaian.pada mereka yang belum lagi berkahwin atau yang masih merancang, insyaallah semoga allah memberi pasangan yang terbaik dan kehidupan yang mendatang akan dipermudahkan.

lambat ataupun cepat bukan lah ukuran tetapi kualiti perjalanan kehidupan. kita berkahwin bukan untuk suka suka. tapi amanah allah kepada suami mentadbir keluarga, amanah allah kepada isteri menjadi sandaran kepada suami dan sama sama mendidik anak. kita mendapat tekanan dan kadang kadang nasihat dari orang yang konon kononnya adalah ingin menjadi sokong, itu tidak salah, tapi harus berhati hati jgn nanti sokong membawa rebah.


-Encik Azrin merebahkan diri memohon keampunan-


7 comments:

Anonymous said...

caya lar Ayie!! Ini kali entry ko yg paling aku sukak skalik!! woooohooooo!!

Aina@Azila said...

cik sepet tu siapa? ehem ehem... tak pernah cerita pun kat akak.

akak suker bab anak tu. ya, anak bukan utk dibanggakan, tapi ramai org nak bangga2kan diri anak ramai depan akak huhuhuhu...Hrmm.. reda sikit hati akak yg tak ada anak ni. Yer laaa... kawin awal tapi tak dpat anak cam akak ni pn tak guna jugak. tul tak?

Aina@Azila said...

cik sepet tu siapa? ehem ehem... tak pernah cerita pun kat akak.

akak suker bab anak tu. ya, anak bukan utk dibanggakan, tapi ramai org nak bangga2kan diri anak ramai depan akak huhuhuhu...Hrmm.. reda sikit hati akak yg tak ada anak ni. Yer laaa... kawin awal tapi tak dpat anak cam akak ni pn tak guna jugak. tul tak?

life is ... said...

Saya setuju!!!! PhD ni memang memerlukan tahap fokus yg tinggi. Komitmen yg jitu. Perkahwinan pun sama.

semoga cik sepat n en azrin akan kekal bersama hingga ke akhir hayat dengan ikatan perkahwinan....

Desert Rose said...
This comment has been removed by the author.
Encik Ayie Yang Garang said...

ouh patut lah perempuan malaysia tidak puas dalam hubungan asmara kata satu survey tuh. kesian kan??
tapi ada AD (Artificial D***). kalau agak2 tak cukup satu boleh kasi sumbat tiga atau empat. lepas tuh A380 boleh buat U-Turn dan parking terus dalam tuh. :-)
yang cepat kawin nih selalunya, ermmm, yang bernapsu binatang~tak larik.
yang anak ramai nih bak kata orang kampungku 'beranak selubang babi'~ngeri dengan sesema dan tak lari.

Belladonna said...

My oh my. Im lost for words.

Yanz, part mana yang kau suka tu? Haha!