Sunday, April 05, 2009

Windsor: The Living Castle

Blog,

Apa nak cerita? Tempat ni memang cantik. Incik Pendi of IC ada tanya aku, kita ada tak bangunan macam nih. Ada, Fort Cornwallis di Pulau Pinang, dan A-Famosa di Melaka. Kedua duanya, bukan kita yang buat hanya tinggalan penjajah dan sekarang adalah runtuhan (ruins). Selebihnya, banyak istana dulu adalah dari kayu. Tidak ada banyak pun yang tinggal dalam istana kita. Hanya tinggalan sejarah dan tinggalan sepi.

Tidak bercadang untuk bercerita panjang. Ada urusan yang lebih penting untuk dibuat. Cuma ingin merakam pengalaman yang boleh menjadi pedoman, betapa adalah kita masih banyak ketinggalan, dan kalau tidak pantas mengejar, kita akan menjadi bangsa yang bekerja.

ouh nanti aku ceritakan satu pengalaman menarik semasa aku di new castle. orang bukan melayu selalu meronggot (whining) tentang ketidak adilan di Malaysia dan menceritakan betapa hebatnya duduk di Amerika atau di England. Nanti aku ceritakan yang itu adalah cerita separuh benar. Buat masa ini, teruskan merungut atau boleh sahaja menempah tiket ke mari dan Sunderland dengan lebih spesifik, dan rasailah kehidupan separuh benar yang dicanangkan oleh rakyat kita yang bekerja di sana, tetapi hidup dalam denial. Sementara itu, mari kita senyum dan teruskan kehidupan.








-Encik Azrin yang bersyukur menjadi rakyat Malaysia-

No comments: