Saturday, November 14, 2009

Maafkan Saya: Saya Kurang Faham

ohOooOO Blog,

kepala sedikit berpusing. melihat baris baris programming. berehat dan mula mencari pasal walaupun kerja yang dibuat tak sampai pun 2 jam. dalam mencari pasal itu terjumpa beberapa penulisan yang agak pelik bunyinya atau aku yang pelik membaca/menafsirnya?

1. dari blog seorang pemimpin yang diangkat tinggi darejatnya melebihi segala ulama' yang ada di muka bumi ini. dan penghormatan yang diberi melebihi sultan di negeri itu sendiri. bak kata seorang kawan, biar mati sultan jagan mati tuan guru.

" Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata."

Premis 1: Allah (Pencipta dan Tuhan Sekalian Alam) menegur nabi (Pemimpin Umat Islam)
Premis 2: Tuan Guru menegur pucuk pimpinan.
Kesimpulan: Maka Tuan Guru setaraf dengan Tuhan Sekalian Alam kah?? saya pening dengan penulisan Tuan Guru.

2. dari komen komen pengunjung seorang blogger tersohor yang baru dipecat dari jawatan dan gugur dari segala kepentingan selepas berhempas pulas mendapatkan wang ehsan. kasihan kan? bila manusia yang dia angkat hampir setaraf nabi(??), kononnya ma'sum, meminggirkan blogger ini. sedang nabi itu pun manusia, apalah sangat dengan Tuan Guru kan?

Sewaktu terserempak dengan pelajar-pelajar praktikal di dalam lif Bgn PMBK, Arif bertanya ” awak kenal siapa saya?” Bebudak tu menggelengkan kepala. “Saya Arif Fahmi, boss besar PMBK, menantu Tok Guru Menteri Besar”.

yang aku tak faham, eh betul ker ini menantu ataupun sebenarnya hantu? kenapakah dia berperangai macam ini? apakah Tuan guru tidak dapat mendidik anak menantu dia?? jadi dia adalah jauh dari kesempurnaan la kan? apatah lagi nak nak angkat dia sebagai wali? saya salah kah? atau barangkali UMBRO yang salah menyebabkan menantunya menjadi hantu? heh pasti lah UMBRO yang salah. Tuan Guru mana ada salah.

3. dan yang lebih tak faham

Premis 1: kerajaan sponsor orang dacing pergi lawatan sambil belajar (belajar la sangat kan?? padahal kalau pergi london dia lepak kat MSD makan free pas tuh pergi oxford street), maka adalah rasuah, pembaziran.
Premis 2: Tuan Guru pergi haji di sponsor 'PEMINAT' dengan harga MYR 65K seorang maka adalah ok, tidak salah dan tidak mengapa.
Kesimpulannya: eh otak saya terpeleot la dengan orang orang warna hijau nih. kalau derang semua boleh semua tak salah. apakah cerita ini? otak saya tersimpul lah.

Boleh ker tolong perjelaskan saya. nih kira macam si penipu mengata si penyangak, pas tuh si kuali mengata belanga yang bontotnya hitam. agaknya cermin kat rumah masing2 retak seribu kut??

adakah saya telah kembali meng-review entry orang dan mencari pasal? eh i tak salah lah. they all la yang salah sebab menulis dengan tidak berotaknya.

-terenAYIEcat-



No comments: