Saturday, November 21, 2009

Selamat Hari Lahir Orang Jahat!

ohhoiIII incik blog,

ari nih hari lahir orang jahat nih. maka sebagai orang jahat, dia tak sangka la akan dapat wishes yang boleh la kira banyak dari orang yang sayang sangat sangat, sayang lite2, dan orang yang tak berapa nak sayang tapi nak jugak sayang sebab sayang kan dia yang sememangnya jahat.

maka dengan itu aku nak mengucapkan kepada orang jahat ini, bila umur dah upgrade 3.0, maka molekkanlah perangai, banyak2 bawak bertaubat dan banyak2 la buat kebaikan walaupun nama kamu adalah orang jahat.

kata orang tua, romeo must die tapi orang jahat biasanya umur panjang. semoga umur orang jahat juga panjang dan dapat berbakti seperti mencarutkan orang sehigga sentap dan bertaubat(??), mengtoture student2nya sehingga ada yang mengatakan dia 3 juta lagi garang dari mana mana orang yang berjalan di muka bumi ini dan menghabiskan duit kerajaan dengan berjalan2 mencari pasal di blog orang.
+++
demi tuhan yang menciptakan alam semesta, segala puji dan syukur hanya untuk Mu, jadikanlah aku orang yang lebih baik hari hari kemudiannya dari hari hari terdahulunya. jadikanlah aku orang yang memberi kebaikan kepada orang yang melakukan kejahatan kepada diriku. kurniakanlah kepada ku keampunan dan jadikan aku orang yang memaafkan sebagaimana Engkau kurniakan kepada Muhammad junjungan besar imam kami ketika penduduk Thaif berpaling dari baginda.
ya allah ya tuhanku engkau jadikanlah sisa kehidupan ku ini, usia yang hanya memberi kebaikan, menganjur kepada kebaikan dan engkau jauhkan aku dari bisikan yang sentiasa membangkitkan rasa marah, dendam dan syak.
ya allah ya tuhan, kau kurniakanlan aku dengan sifat yang baik, sedang kurniaan itu adalah perkara yang paling mudah bagi engkau kerana aku beriman dengan zatMu tatkala engkau berfirman 'jadi, maka jadilah ia' tanpa ada sesaat tertangguh atau terdahulu.

++++++




hosemet dengan incik noah beli kek senyap2. sekali si incik noah terbocor rahsia maka ada ke patut suruh orang jahat 'buat buat terkejut'. maka apa lagi, orang jahat pun BBG lah! (baca: buat buat gila. wahahhahaha)


alhamdullillah, walaupun kecik ada jugak orang yang ingat kat orang jahat nih. ye saya sangat sangat bersyukur.

masa balik dari jalan jalan, eh depan rumah ada lembaga duduk di atas pangkin. eh tiba tiba hati berdebar2. eh kenapakah. eh tiba tiba lah. sikit lagi nak pengsan, eh thamil la sangat kan??

hah mahu tak menages bila bukak isi dalam. walaupun saya ketua penjahat yang panjang umurnya, tapi saya ada jiwa yang penyanyang kecuali kepada manusia yang berperangai, you know what la kan. ahaaaii nih terpaksa gelak kuat2 konon2 nak cover air mata nih... heh.. drama thamil nak bermula dah.

-thAYIEmil tuAYIEa-
Posted by Picasa

7 comments:

Anonymous said...

saya sgt suker bunga ros itu..hehehe

yoe said...

dpt bunga rose tuh... kuang3x!!!!
bang...sorry xde bufday present yek.... :P

captainlukman said...

Wah dpt hadiah besar..BMW 3series, kita pun tak lama lagi boleh lah join group.hehehe

Hepi beday

Cikgu Achique @ Ai said...

Happy besday Encik Yang Garang. Bila nak sambung citer Thamil part ii?

afandiahmad said...

Giler la encik pulish...adiah x hengat

Encik Ayie Yang Garang said...

faijury changgg: hak hak hak. terima kasih sangat sangat sangat sangat terima kasih. >>speechless<<

yoe(kawasyiorkor): ha ha ha. tak payah hadiah2 la dik oi. dah bangka dah nih.

akeng: ha ha ha .. kamu bukan ker tujuh belas tahun setengah forever? mana boleh join BMW 3 series nih. kamu awek, eh awet muda. keh keh keh,

you punya cerita: drama thamil semakin sadis la you. kena amik mood untuk tulish. puahahhahaha. mungkin lepas siapkan report untuk abang mapiyau yakni ketua kepada semua ketua2 penjahat. di nih kira macam ketua pengarah di jabatan kerajaan la.

incik merry: eh dah kompius dah, sapa makcik merry sapa incik pulish, tapi yang penting kita merry kismas dan merry go around dulu. ok tak?? ha ha ha.. heh saya orang jahat tau bukan orang giler, tapi orang jahat boleh jer buat buat giler. bila ni nak jumpa?

paradox said...

masyaallah saya terlupa untuk mengucap selamat hari jadi.. tidak kira walau sudah 2 bulan berlalu, nak jugak ucap. "Selamat Hari Jadi Yang ke-19 tahun" =p

()__()
(='.'=)
(") (") <--teddy bear(ke pikachu?)