Monday, January 04, 2010

Kawan: Hari yang Ke Satu Setengah

ohoi blog,

gambar banyak dalam facebook. tak tahu dah nak cerita apa sebenarnya sebab everytime kawan kawan dari malaysia datang tempat ini jugak la yang aku bawak derang.

so far aku mmg mengalu-alukan kedatangan kawan kawan aku baik yang dari malaysia mahupun yang duduk luar dari london untuk datang rumah kami yang bersepah nih (kata si faiz lah) untuk lepak lepak dan jalan jalan. tapi kalau kawan yang masa sekolah dulu tak pernah pun tahu kewujudan aku dan tiba2 bila dapat tahu aku kat sini dan.. 'ehhhh azrin, kau lah sahabat baik aku satu masa dahulu intan payung gunung meletop', ha mmg nak kena sembor la dengan gunung merapi nih kan.

aku ikhlas ajak kawan kawan aku. tidak ada agenda yang tersembunyi. tidak ada paksaan. kalau nak datang ok tak datang pun tak per. it is a pelawaan. tapi kalau dah janji nak datang, aku dah set time, plan bebaik, kalau tak dapat datang sekurang2nya sms lah tak dapat datang. kalaupun satu masa dahulu aku pernah lambat bangun dan mengganggu plan yang kau buat, adalah elok ko marah aku on the spot dan bukannya dengan cara membalas dendam macam ini. kau kena ingat aku nih siapa, aku ni ayapan yang berdendam. kalau kau baik dengan aku sekali, maka aku akan berbuat baik kepada kau beribu kali. tapi kalau cuba2 membinatangkan diri, maka aku lah mimpi ngeri yang terburuk engkau akan alami.

kau cuma perlu hantar sms kata tak boleh datang dan tak dapat datang kerana kau persis lelaki simpanan queen elizabeth yang bangunnya kena kejotkan dan sebagainya. maka aku akan segera faham dan tidak pernah aku memaksa engkau untuk datang ke rumah aku, ataupun in general aku tersentap sekiranya tidak dijemput kerumah ataupun ke kenduri kawin. aku nih understanding walaupun kelihatan jahat.

tapi, dah la kau kensel last minit, tak bagitahu pulak tuh, kemudian mengungkit pulak cerita yang bukan bukan tahun dahulu kala kononnya nak tunjuk protes. bila aku dah mula mencarot, kenapakah sekarang baru kau terhegeh2 nak call aku? eh, ekceli aku tidak hadap dengan sms dan panggilan talepon kau tuh. aku masih lagi berkawan dengan kau sebab mak aku jer pun. dia selalu tanya pasal kau. dan mengenang itu serta kebaikan yang kau pernah buat maka aku gigihkan jugak la berkawan dengan kau. tapi tak sangka la pulak kau nak mengungkit ungkit yer? alahai, sedih pulak orang yang macam nih. jadi tak salahkan kalau aku katakan kau mmg minda kelas ketiga? atau kau tak der minda langsung?

okaylah, oleh kerana aku nih orang jahat, aku sajes (suggest) kau carik lah kawan kawan yang ko boleh buat plan dan kensel sesuka hati kau. aku amat amat lah tidak berminat nak berkawan dan seperti biasa, sila jangan buat buat kau adalah mangsa keadaan.




statue depan buckingham palace.

sekitar buckingham palace
kawan kawan tak boleh lawan lawan, tapi blyeh tak mengawan ngawan?? .


london eye masa nak sunset.

-mengAYIEwan-

Posted by Picasa

4 comments:

Aina@Azila said...

nak mengawan tak boyehhh... cas positive dengan positive mana boyeh.. tak boyehhh...

eh queen eleez ada lelaki simpanan ker? huyyoo... respek laa

Cikgu Achique @ Ai said...

Baru jer nak ngaku kawan lama sbb nak dapat tourist guide free kat london tapi takut gunung merapi meletop la plak....peace...^_^"

captainlukman said...

shuhh..shuh...**tgh kipas ni sbb panas je rasa**hahaha

Encik Ayie Yang Garang said...

kak aina: ha ha ha ha.. kita charge battery kereta lah macam tuh. terminal cas yang sama di connect (sila sebut betul2 tau) dengan terminal yang sama jenis. he he he. gurau jer..

ai: bila nak datang??

akeng: amboiiiii! panas pasai apa tatau? ha ha ha. landen sejop nih.. bila nak lepak kat atas katil tilam keras nih?