blog,
aku tak pernah kenal serie, apatah lagi tahu macam mana bentuk rupanya serie itu. serie ni seorang perempuan, masih muda, kawan kepada kak merah. dua minggu lepas ,kak merah ada update dalam status FB dia. aku pulak ralit dan tak perasan status FB dia tu. jarang2 akak merah update status macam tuh. kendian aku baca blog dia. It was about Serie. hari nih baca lagi blog akak merah, tiba tiba terkesan pulak dengan ayat boipren siam cakapkan kepada kak merah. tetiba tak boleh tahan dan terpaksa jugak tulis kat sini.
mungkin sebab aku pernah tunggu mak kat hospital, pernah tgk mak tak sedar, pernah tgk mak kena pasang dengan tube yang bermacam macam, pernah melangut tunggu mak keluar dari OT, pernah rasa mak genggam tangan aku lepas kuwar dari OT, pernah mandi kan mak, pernah cuci luka mak dan pernah papah mak pergi check up. beza serie dengan mak, mak bangun dan bercakap, mak sedar dan terus hidup dengan kami, tapi tidak serie. dia diam dan terbaring. aku tak dapat bayangkan macam mana susahnya hati orang yang tersayang, yang dekat rapat dengan serie. perasaan mereka yang sedarah sedaging dengan serie.
Siapa serie? aku tak kenal dia, tapi yang aku tahu dia sedang diuji hebat oleh Maha Pencipta. Yang menurunkan setiap penyakit dengan penawarnya kecuali tua dan mati kerana menjadi tua adalah satu nikmat dan mati adalah penamat kepada segala penyakit.
Ya Tuhan kami, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, yang Ahad dan tiada sekutu bagi Mu, tempat kami memohon dan mengadu. kurniakanlah kekuatan kepada keluarga serie, ya Allah, ya Akhbar, untuk mereka sama sama memikul ujian ini. barangkali kami terlalu meminta minta darimu ya tuhan, andai ada belas dan ihsanMu buat serie, engkau kurniakanlah kesihatan kepadanya kerana tidak ada yang mustahil bagiMu bila Engkau berfirman 'jadi' maka akan 'jadilah ia'. barangkali kami tidak mengetahui rahsia yang tersembunyi di sebalik tadbir qada' dan qadarMu ya Allah, kau ampunilah kami sekiranya kami mendahului perlaksanaanMu. janglah Engkau jadikan kami dari kalangan orang yang terputus dari rahmatMu. ya tuhan kami, kami memohon kepadaMu, kurniakanlah belas dan ihsanMu buat serie. semoga ada hari esok untuk serie. moga akak merah ada kesempatan untuk keluar dan berbuka puasa dengan serie.
P/S: kadang kadang aku sangat sibuk bergadoh hanya kerana perkara bangang lagi membangangkan sedangkan orang lain sedang struggle tidak mahu kehilangan orang yang tersayang. kenapakah aku terlalu bangang untuk menyedari pergadohan bangang hanya memberi kebangangan total kepada yang bergadoh?
-nAYIEngis-

No comments:
Post a Comment