AMARAN: entry ini adalah tidak ada kena mengena dengan sesiapa dan tidak bertujuan untuk mengenakan sesiapa juga. entry ini juga adalah amat tidak berpekdah yang rendah nilai moralnya hanya untuk bacaan penulis sahaja. penulis menasihatkan secara keras untuk sapa sapa yang teringin nak baca, atau terhop dan nak terbaca supaya menekan CTRL+ALT+DEL dua kali berturut2 dengan segera tanpa bertangguh lagi.
Ohoiii Blog,
Perasaan Perasan (i)
Semalam aku pergi jumpa kak marina sebab nak hantar barang yang patutnya dia kirim kat syahir tapi sebab ada orang tuh dah ter-ekses-eksyen bagnya, maka tertinggallah barang tuh kat aku. dalam kul 8 macam tuh aku sampai kat holiday villa borak2 kejap dengan kak marina pas tuh ingat nak g library. sekali malam tuh punya la sejop dan hati pun agak serabut dengan macam macam perasaan perasan. ha ha ha. bukan lah, ekceli cuak dengan transfer exam yang belom akan ditentukan kemudian tarikhnya. adeh, cuakkk!
selepas setengah jam menunggu dalam kesejopan yang tiada tolok bandingannya sehingga tidak lagi terasa hedong, telinga serta bibir, maka bas double decker number 27, towards Turnham Green pun sampai. tidak la bertangguh lagi aku melampat naik macam cipan jatuh dalam sungai gangga. approaching Kensington Olympia, punya stop ada sorang jejaka mat salleh bertentang mata dengan aku sebab aku duduk betul2 kat seat yang berdepan dengan tangga turun deck atas. oleh sebab kadang2 pemandu bas nih biasanya memandu macam thamil mabox thodi maka orang akan berdiri kat tangga tuh tunggu bas betul2 berenti sebelum turun ke deck bawah dan keluar dari bas. maka lama lah jugek kami bertentangan mata.
sekaliiiiiiiiiiiiiiii... dia pandang tepat rapat kat muka aku dan dia senyum... giler kau! dia senyum! perghhhhh apakah ini?! adakah aku akan mengguna pakai paswed 'MOKHTAR' dan akan diletopkan oleh cik sepat dengan MORTAR?? wahhh walaupun i nih (eh tetiba i pulak kan??) sudah keguguran rambut, tak sangka la pulak ada orang masih meminati kan kan kan. siap senyum senyum bagai nih. dan yang senyum dengan i tu not bad la. masih muda belia remaja.
sekaliiiiiiiiiiiiiii..... dia pun blah dengan lirik senyum menawan tertawan macam nak mengawan. sekaliiiiiiiiiiiiiiiii... aku pegang muka aku ... hidung aku...raba pulak kawasan antara bibir hedong yang manchong persis hedong tapir, dan sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiii... HENGOS meleleh tanpa disedari lahhh! patot la mamat tadik senyum kat aku. bukan senyum sebab mokhtar tapi sebab ada hengos meleleh. hek enennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn! perasan tak i???
Justifikasi
(di suatu malam beberapa bulan yang lalu. baru teringat nak tulis pasal benda nih)
kawan 1: kau buat apa tu?
aku: tgh menggigit kuku. (baca: sebenarnya tgh potong kuku).
kawan 1: tak baik lah potong kuku malam malam. nanti mak kau umur pendek.
aku: eh aku orang malaysia, aku ikot masa malaysia nih. so kiranya aku memotong kuku ikot masa mesia yang dah siang.
kawan 1: (bengang dan blah meninggalkan aku dengan kuku kuku aku).
+++++++
Pengajaran untuk diri sendiri:
1. lain kali jangan cepat perasan. dunia tidak berputar berpaksikan aku. hidup pun bukan berkiblatkan aku.
2. aku selalu membuat justifikasi yang menyebelahi diri aku. maka dalam segala hal aku nampak tidak bersalah walaupun aku lah yang bersalah. aku juga akan segera memperlekehkan orang yang cuba memberi alasan dan tetap teguh dengan pendirian aku yang aku tidak bersalah tapi orang lainlah yang salah. oleh kerana aku sentiasa berasa aku adalah bagos, maka of courselah orang lain yang salah tapi bukan aku kan??
+++++++
buat masa ini, selain dari makan dan tidor, hobi saya adalah, ermmm.. perasan~~ ha ha ha.
-perAYIEsan-
No comments:
Post a Comment