Saturday, March 06, 2010

Saya daH CaKaP kan?

oHoii blog,

kan saya dah cakap kan,
lama dahulu berbulan bulan
yang saya tak pernah salah meneka pengakhiran
kerana saya dah tahu titik kesudahan.

kan saya dah cakap kan??
yang ini hanyalah satu gurauan,
satu persinggahan, satu permainan,
untuk melayan sekejap perasaan perasan.

kan saya dah bilang,
sejarah sentiasa berulang ulang,
tidakkan mungkin pipit bersama enggang,
jangan mengemis kasihnya orang.

kan saya dah cakap kan,
jangan jiwang berlebihan,
sejarah sudah memberi amaran,
tapi ada yang gagal mengambil teladan.


-ChaAYIEkap-

No comments: