Saturday, March 27, 2010

Cuit Sikit: Jangan Marah Lah

ohoi blog, 
ini nak bagitahu tentang kekeliruan beberapa mangkuk orang yang suka lah judge orang lain dan menjatuhkan hukum mengalahkah jemaah mufti dah majlis fatwa negara. tak apa lah kadang2 orang nih baca dari wikipedia pun dah rasa diri sangat pandai  tentang agama. dah boleh tafsir ayat quran dan hadith. dengan sendirinya. sedang orang yang mengaji pondok, hafiz, tahfiz dan bukan setakat hafaz tapi tahu makna  yang terisrat/tersurat pun tak senang senang nak jatuhkan hukum.

1. KFC yang saya makan dan yang saya pergi tu halal. nama kawasannya Tottenham Hale. kurang lebih 45  menit kalau naik tube. dulu ada 8 stores sahaja yang halal tapi hari nih KFC di london dah tambah banyak lagi store. boleh rujuk di sini.
2. tidak semua orang kemaruk nak makan kfc nih. tapi being abroad esp kalau di negara2 mmg tidak ramai dan umat islam betul2 minoriti, mahu atau tidak keinginan tuh mmg ada untuk makan. dari segi hukum mmg salah, tapi sama ada berdosa atau tidak, bukan kita yang jatuhkan. yes salah makan makanan yang tidak disembelih dengan nama allah whatnots, tapi yang menghukum dosa biarlah allah yang buat. masalahnya ada hamba allah yang merasakan mereka adalah setaraf tuhan dan barangkali mendapat 'wahyu' membolehkan dia menjatuhkan hukum, suka mengatakan itu berdosa ini berdosa. orang ini masuk syurga dan orang itu masuk neraka. bagi orang yang sesekali datang (BACA: stewards and stewardesses dan mereka yang melancong)  mereka mmglah tak heran dengan KFC dan boleh mempertikaikan 'kenapa perlu untuk makan KFC'. mmg tidak ada keperluan pun. cuma ada antara kita yang kurang sedikit tingkatan imannya kalah dengan selera atau lebih tepatnya nafsu. 

saya ada kawan yang study (dan ada yang telah pun selamat menyelesaikan pengajian) di german, di switzerland dan di states. duduk diam di sana 3 hingga 5 tahun ye. bukan setakat datang bawak megi dalam beg besar duduk 4-5 hari dan balik. ada tempat yang mmg kadang kadang kebarangkalian untuk mendapatkan daging halal adalah susah. makan sajalah vegie kan? setelah berpuluh tahun kita biasa makan daging dan tiba tiba berubah dalam masa satu malam. rom tidak dibina semalaman. untuk menukar orientasi pemakanan mungkin mengambil masa. tapi itu tidak menghalalkan apa yang terang terangan haram. cuma, dosa itu biar allah yang tentukan. bagi mereka yang makan daging yang tidak disembelih (samaada dengan rasa bersalah ataupun tidak) mereka ini  tidak perlu menjawab kepada kita dan kita sebagai kawan kalau bagus sangat boleh memberi nasihat dengan HIKMAH bukan dengan mengaitkan dengan benda2 yang tidak ada kena mengena ataupun perlian. saya bukan setakat yakin, malahan percaya dengan jiwa dan raga saya, tuhan saya yakni allah, yang tidak beranak, tidak pula diperanakan, yang merajai dan mentadbir alam dengan sendirinya, Dia adalah maha pengampun. Dia maha mengetahui sekali pun perkara yang sebesar zarah. jadi siapakah kita nak menghukum orang lain dengan keterbatasan akal dan ilmu pengetahuan.

pernah dengar perkataan TAUBAT? kalau dihimpunkan segala jenis dosa yang ada di alam cakerawala ini, timbangan pengampuanan allah tu lebih berat. kecuali syirik yakni orang tersebut menduakan allah dan tidak lagi percaya kepada ahadnya allah. juga orang yang melakukan kesalahan kepada manusia lain yang tidak diampunkan. itu pun allah jua lah yang lebih mengetahui. kita boleh baca quran dan tafsir, tapi ayat quran nih allah tunjukkan sejelas2 perkara dan allah sembunyikan banyak perkara. orang yang suka meneka neka, maka suka jugalah mereka cipta mengikut selera.

3. saya tak buat master. saya dah ada master dan saya dah siapkan master saya. nak bukti sijil boleh kasi dan boleh minta in person. sila e-mail. saya tidak suka menghebohkan pengajian saya ini, atau dengan lebih tepatnya mengikut definisi supervisor saya yang telah pun mendapat anugerah dari Baginda Ratu England, Ratu Elizabeth, PhD nih adalah training sahaja. tidak ada apa yang nak dibanggakan apatah lagi saya belum pun bergraduat. sesiapa pun boleh enrol dan buat PhD, tetapi bukan semua boleh menyudahkannya. saya sendri pun tak pasti mampukah atau tidak menyiapkan PhD ini. bukan bersikap negatif tapi saya lebih berhati2. tidak menceritakan perihal pengajian bukan bermakna saya gagal.

4. ada ramai orang yang terpelajar tetapi bodoh. itu termasuk saya. bergraduat dengan MSc /MBA atau PhD/DEng hatta BEng,BSc sekali pun bukanlah menjadikkan seseorang itu mesti berkelakuan ma'asum. orang yang belajar tinggi, menginsafi supaya tidak perlu berasa rendah diri tetapi tidak pula bermakna boleh memandang rendah orang lain. orang yang punyai PhD tapi mendiskriminasi orang lain, sebenarnya tidak ubah seperti orang dari zaman jahilliyah. jadi bukan semua orang yang terpelajar adalah pandai and more often than not, orang terpelajarlah yang selalu membuat kesilapan bodoh. menegur tidak ada salahnya. marah juga tandanya sayang dan prihatin, tapi perlu dibuat dalam kebijaksanaan. marah kepada orang yang baran/bengis (baca: contohnya SAYA), umpama menyiram minyak tanah ke unggun api. habis terbakar, yang menang jadi arang yang kalah jadi abu.

5. kita selalu mahu jadi hero menjuarai macam macam perkara. dari kes buang anak sampai la memimpin kerajaan langit. kita tak ubah  macam pak kaduk, menang sorak, menang dan bersorak, bersorak  kononnya menang rupa-rupanya kampung dah tergadai.

-kAYIEduk-

No comments: