sabetuday minggu lepas hosmet aku dapat invitation untuk gathering budak budak IC. tapi ada jugak budak dari U of L lain yang datang. bukanlah exclusively untuk budak IC ataupun budak melayu. ada 3 students cina dan sorang student india. budak budak nih tak der la sombong macam yang aku sangka kan. tak baik kan i berperasaan sangkak. ha ha ha ha. derang semua ok tapi i seperti biasalah first time jumpa akan malu. cakap pun sikit2 jer.
ada orang tak boleh terima, i pamalew pada awal pertemuan, teros la tidak suka dengan i. tapiiii, adakah i kesah? lagipun you siapa jer kan. ha ha ha ha. matiklah i riyak nih! anyway, kawan kawan (kawan ker kekdahnya?) nih bawak makanan yang best. nasik ayam, nasik minyak, nasik kerabu, nasik berlauk, mee goreng, meehon goreng, ayam golek, satay ayam dan semuanya dijamin halal. jadik i lebih banyak bernbicara dengan perot, tekak dan selera i dari berbicara dengan maknusia yang ada di sekitar. majelisnya start dalam kul 2 petang macam tuh dan makan makan minum minum gelak2 kenal kenal.
aku balik awal sebab mengelinjang nak amik gambar bunga2an. ha ha ha. boleh kan macam tuh, sangat2 la anti-sosial bak kata orang itew. ha ha ha. ye lah i mmg anti-sosial kerana i nih umat yang tidak la berminat untuk meng-add orang dalam facebook sehingga beribu orang ramainya. wahhh adakah berkawan dengan i adalah satu privilege ataupun sexclusive? ouh tidakkkkkk, i telah menambah satu lagi hobi baru nampaknya yakni berangan. okeh okeh, dari meneruskan entry tidak berpekdah ini, lebih baik la aku makan kan. ada jugak pekdah menternak lemak dari menternak dosa.
hiiiiiyahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~~
-mesAYIEra-



No comments:
Post a Comment