oHoiiiii Blog,
kepala otak dah tepu dengan mathematics yang adakalanya ok dan adakalanya tak ok. biasalah bila study nih ada mood naik toronkan. lain la pompuan-nasik-goreng itew yang cakap ngalahkan dokter falsapah tapi sebenarnya adalah sampah sahajork. oleh sebab itew, maka aku pun bercalling2 dengan syahir and ah ming, kami pun berangkat la ke melaka. melaka jerrrr???? kata pompuan nasik goreng itew. ye melaka je kak. i tak mampu nak pergi jauh2 sebab cuti tak lama walaupun i cuti belajar kan? dah tuh kalau cuti lama lama kau ingat mathematics aku nih kau nak buat? mampu kah??
tapi walaupun melaka, i tetap happy dengan kawan kawan yang terkebayek otak tidak sengkek. kami pergi on the 6th till 8th of nov. tapi malangnya aku tak dapat secure penginapan kat Majestic Hotel. dramatically aku teros suruh syahir booking Avillion bilik premium studio kat hotel nih aku rasa macam biasa sangat layanan mungkin sebab deepavali dan ramai guests kut? ala bilik murah kut???
plan asalnya aku akan pick up syahir pada hari kejadian tapi aku dan iTek (ah ming)telah pergi dan menumpang kasih tidur di rumah syahir. maka the following day kami teros bertolak dalam kul 1230 macam tuh. perjalanan mmg tak lama. keluar tol ayer keroh dalam kul 1330 macam tuh. tapi lepas tu, punya la hazab tersenggut senggut perjalanan. melaka mengalahkan kelolumpo! so kepada sesiapa yang nak pergi melaka on weekend sila la perkuatkan minda dan fizikal (kaki anda yer) anda yer. yang bestnya masa keluar jer dari aye keroh tuh banyak la tempat2 yang menarik untuk keluarga macam taman2 (bunga and rama rama) and macam macam lagi la yang dekat2. bagus jugak sebab pengunjung tak payah nak drive sampai ke bandar melaka nak pergi tgk benda2 nih. yang lebih bagus lagi, tempat2 nih dekat2 belaka. park kereta kat satu tempat dan boleh jalan kaki. penat boleh duduk kat cafe. so not bad la ali ketam punya perancangan. cumaaaa, yang agak sengal, perlu kah kau letak setiap satu kilometrico ada traffic light? kau dah kenapa ali ketam oi. tang tu aku tak setuju. sila suruh kau punya perancangan bandar revise balik.
kat reception Avillion Malacca.
petang tuh akibat kepanasan yang tak hujan hujan (eh melaka mmg panas kan??) maka kami pun mengelingjangnya teros berenang. lain lain facilities mmg tak sempat nak explore pun sebab sampai pun agak lewat. ini pose pose majalan mangga la macam adik aku kata. siyot jer. ha ha ha. sorry eh, i tak travel dengan budak perempuan kat malaysia nih sebab kalau di UK telah ada peruntukan kalau nak sewa caravan ker apa ker, kena ada campuran jantina. mereka tidak membenarkan satu sex saja occupied the caravan. ini malaysia ok jer.
so malam tuh jugak kami ke jonker street dan sempat jugak la mengambil se-pose dua. aku pun berangan naik itu taming sari punya batang berputar. ha ha ha. lawak giler rasanya sebab tak boleh amik gambar belah malam. satu sebab ada reflection, dan keduanya kemera SLR aku tak cukup manthop untuk amik gambar gelap ketika platform berputar. lepas jalan jalan dan senthop senthop maka kami pun santhap di MekDee. kecewa! McShaker tader lagi.
pagi yang tak berapa nak pagi sangat kami dah berkemas2 untuk berpindah ke majestic hotel. tapi sebelum tu ada la pergi jalan2 dan yang pentingggggg, kami naik cruise. hampagas sangat2. aku puji sungai melaka dah bersih, lebih bersih dari dulu tapi masih ada bau bau kentut. kalau kita cruise kita macam ada benda la nak di tgk kan. macam aku naik cruise dari westminster ke greenwich. so i pun peninggggg! peningggg! (dengan gaya yang tak seswai). ha ha ha. dalam jam 3 petang macam tu aku call janu cakap we were on the way ke hotel. ini gambar depan majestic hotel tuh. sumpah first impression aku kan 'eh betul ker hotel kita nih??? bayar sikit punya mahal sekali macam nih jer?'. hambek kau dia punya layanan.. KELAS! teros hilang pening kepala aku okeh.
ini gambar bilik yang kami duduk.
petang tu pekena restoran kapitan house. ini nyonya punya masakan lah. the manager mmg baik. since kami datang tu hari ahad petang orang mmg dah tak ramai kut? sebab dah habis cuti.
oklah i think the rest is memory la kut. mmg seronok walaupun melaka sahaja. semuanya manis manis dan No nasik goreng di malam hari yer! ha ha ha.
Arena ni di area jetty holiday inn.tempat santai di tepi pantai atas jeti.
nasik ayam kepal~ style cina punya.
The red buildings. menara jam dan satdhyus church.then ada runtuhan kota melaka, kincir air.
runtuhan A-Famosa dan istana melaka yang dibina tanpa paku.
riang ria bersama kawan kawan~ percutian hebat, penginapan terbaik walaupun hanya Melaka. **awas i tidak ada aksi2 peluk perempuan yer**
-MelAYIEka-











No comments:
Post a Comment