Wednesday, November 24, 2010

PotPet 1Malaysia Sikit

Amaran: Entry ini tidak ada moralnya. bagi mereka yang menghargai masa, silalah berehenti selepas ayat ini. bagi yang berdegil jugak, selepas membaca dan rasa terdeMMit lalu berkata, apa benda la dia nih mengarut, jangan salahkan saya kerana anda telah diberi amaran. sekian terima kasih.

++++++++++++++++++++++++++++++

oHoiiiiii blog,

ahad lepas aku nya besday. so ada kawan (nama dia Aggy, dia nih lelaki dan bukan Agileswari Uniten tu tau!!) yang baik hati lagi murah hati celebrate birthday aku kat Tony Roma's Midvalley. situ makanannya halal and unlike TGI Friday, daging/ayam ataupun ikan tidak dimasak/dicampur dengan arak.

bila keluar kat tempat2 macam nih aku mmg jarang cakap orang putih kerana aku adalah orang hitam, ker arang hitam? mana mana lah yang sesuai.tapi kekadang tuh terpacul juga sepatah dua bahasa mat salleh macam ' cheers mate', 'splendid', 'indeed' dan jugak 'awesome mate' yang jarang jarang orang malaysia mahupun yankees pakai. maka mereka yang tak biasa dengar nih akan teros mengagak aku bukan lah rakyat malaysia. sadis tak? that is why la aku malas nak cakap omputih walaupun kulit ku ini boleh dicolek arang.

so malam ahad tuh ntah kenapa agaknya alihhhh alihhh aku terkechek la omputih. waiter yang serve kami tu namanya edwin, adik2 sekolah jenis kebangsaan yang berumur 16 tahun buat part time kat TR sebab dia suka masak2 dan makan2 tetapi badan dia ada lah sekeping macam papan lapis jer. jeles pulak aku dengan dia. so edwin ini tersangat la friendly nya dan berkechek jugak dalam bahasa enggeres. oleh kerana itu aku pun berkechek jugak dalam bahasa enggeres, so i tak salah kan?? edwin la yang salah kan kan kan?? **ehh macam perangai orang berangan aung san su kyi tu kan?**.

nak dipendekkan cerita sebab sepatutnya cerita ini sikit aja, si edwin nih telah datang ke meja kami hampir la dekat sepuluh kali. aku dan aggy tertanya2 la jugak kenapakah budak ini sangat friendly kerana setahu kami lah kan, mengikut kebiasaan kami dine kat TR nih layanan nya biasa2 jer. kadang2 tu mintak tisu pun lambat giler the waiter hantar. paling banyak pun 2 kali jer the waiter atau waitress akan datang untuk tanya 'makanan sedap tak incik. of course la sedap sebab sepinggan dekat2 seratus ringgit kan?' dan kemudian di hujung2 sessi pemakanan ada lagi datang bertanya 'incik, nak dessert tak?'. selalunya orang akan order jugak lah sebab kalau tak order nanti akan hush hash bunyik hidung waiter/ess tuh sebab ingat kita kedekut.

si edwin nih kejap2 datang tanya itu ini, bawak tisu walaupun tak diminta. aggy telah membuat satu hippopothesis. 

edwin barangkali beranggapan yang encik azrin adalah bukan orang malaysia tapi barangkali orang pelarian tahanan teluk guantanamoa ataupun anak angkat robert mugabe. oleh kerana dia bukan orang malaysia maka dia harus dilayan dengan extra friendly dengan harapan ada tips yang besarrrr punya dari encik azrin. 

tapi hal ini tidak la terjadi di TR sahaja bahkan berleluasa di tempat2 lain spt di butik2 besar KLCC, PAVI, Hotel2 dan jugak MAS. sapa2 yang tak caya nanti balik dari LHR ke KUL try la duduk sebelah mat salleh. kompem korang terdeMMit punya. ini adalah perkara biasa sebenarnya.

jadi kali yang ke sepeuluh edwin duduk berborak, dia ada tanya aku soalan cepuk emas macam biasa dari negara mana aku datang. datang vacation ker atau buat bussiness. when i told him he said 'ouh you dont sound like malaysian!'. baeklah sekarang jugak saya nak lari ke kedutaan turki. boleh join tak pak sheikh?? dan kerana keMalaysiaan itu maka edwin telah memberikan aku  dessert percuma (ekceli sapa2 celebrate besday kat TR mmg dapat free dessert pun. nghahahhahaha).

moralnya cerita ini?? tak ada moral pun cerita ini sebab aku sedang tersedak dengan mathematics nih. tapi, sekiranya mahu mendapat layanan yang terkebayek di restaurant2 malaysia nih, sila la bawak saya yang tidak bermuka malaysia dan berbahasa enggeres pelik (macam si aggy describes sound neither english nor malaysian). nescaya tuan puan akan mendapat layanan macam expat jugak. okeh ada sesapa nak bawak saya g makan tak??**eh eh, kejap saya kejap aku, macam flip pas tuh flop kejap hudud kejap tak hudud pulak**.

kadang kadang kita  terlalu memandang tinggi dengan orang luar padahal orang kita pun tak kurang mampu makan kat tempat2 macam nih kan? jadi tak baik la kita double standard. tapi ini bukan salah adik2 waiters/esses nih kerana management la yang mengarahkan mereka berbuat sedemikian. kalau mat salleh complain habis bergegar tiang arash CEO, tapi kalau malaysian komplen hatta kuwar surat khabar sekali pun, nahhh masuk dustbin sajork.

orang seperti saya, yang selalu tidak dianggap macam orang melayu atau malaysia bila berbahasa inggeris tidak la bermakna bila berkechek inggeris saya akan terus menjadi kurang melayu/malaysia. betul, bahasa mmg jiwa bangsa tapi bangsa yang pandai banyak bahasa adalah bangsa yang berjiwa. :-) kalau pergi restoren cakap melayu pun ok jugak. diorang tak halau punya. cuma di Pavilion tu waiter nya ramai dari pilipin. tryla cakap bahasa jiwa bangsa dengan mereka, mana la tahu kut2 ada kena bantai jiwa raga. **tapi ada orang melayu tu tak reti bahasa, orang dah kata dia tak leyh jadik PM, sebooook jugak nak jadi. sekarang berangan naa**

okeh malam nih nak tgk harry potpet. tak tahu la gelagat manusia malaysia macam mana malam nanti. kut2 ada 2 cerita dalam satu wayang itu sudah untung! **wow! macam ada satu party suka main wayang!**

Bye.

-keAYIEnyang-


1 comment:

lilRed Farah said...

ayat berbaur riak: duk mesia ni tak pernah nak cerah glowing kan??? masam kusam je semedang. menyampah!