Thursday, January 20, 2011

Cuti Cuti Malaysia: Cameron Highlands

oHoiiii Blog,
abang pergi mengelinjang walaupun kerja tak siap dik. abang stress dik abang stress. see?! rambut abang pun dah botak dik. so abang pun feeling2 winter abang pergi cameron. abang drive ke sana dik. first time okeh. asal2nya nak naik bas jer. sekali dalam TV tunjuk bas ada sexciden dik. abang teros cuak dan tukar plan memandu walaupun sesekor macam haram tak tahu macam mana nak menghala ke sana. kekdahnya, lanyak jer lah.

jam sebelas setengah janu (mat bali) sampai di stesen sungai besi. iTek dah siap siap tunggu jugak. so yang tinggal si syahir jer lah yang tak sampai2 sehinggalah jam 12. ratu kau dik. abang kena tunggu kau kan?! ha ha ha. nasib baik la si syahir ada GPS hangpong changgeh dik. dalam jam 3 setengah kami sampai. dalam perjalanan tak ada apa sangat lah. since kami pergi hari ahad, jalan kat KL smooth and silky. abang duduk kat.... cameron highlands resort jer dik. itu jer yang abang mampu. kalau mahu extra info, sila  click di sini. adik abang jugak boleh check rates dia yer. tak mahal. semalam hana 250 jer yang abang punya bilik tu. kami pergi berempat dan duduk 2 bilik berasingan selama 3 hari dan 2 malam. awas, perempuan tersedak nasik goreng jangan berangan nak pergi yer. kat hotel nih tak boleh la pudat (bubuh) empat orang satu bilik dik. mampus kau kena halau. tapi kalau tak silap bilik yang 250 abang tuh kalau pergi satu family boleh rasanya. 2 dewasa dan 2 kanak kanak. but you have to request extra bed. 

sampai jer abang and the gang teros diberi tuala panas. ngok ngek ngok ngek abang pun naik ke bilik masing2. ya allahhhhhh sedap nya dapat meluruskan pinggang dan melabuhkan punggung abang yang besau ini. lepas tuh kami pun siap2 mandi manda sikit keluar. sebelum itu.. sebelum itu acara wajib adalah, bergambar berangan dalam bilik. ha ha ha. macam kesial kan? signature pose macam biasa lah. masalahnya abang terhilangkan remote abang tuh maka berlari2 la abang pergi setting lepas tuh tekan lepas tuh lari lepas tuh check bla bla bla. then kami pergi makan. makan kat luar lah nak rasa orang cameron masak kan. last2 janu nak makan mamak jer. abang hantam mee goreng ayam yam  yam. sejuk2 macam tuh mentekedarah mee panas panas dik, ya allah nikmatnya. lepas tuh abang pun feeling2 singgah ke smoke house. sangat best okeh. kebetulan pulak ada qaqaq yang sedang memekapkan perantin baru yang buat photoshoot. semua sekali kata dia MYR 5 ribu deknon. abang kaget. nasib baik tak terkezina. tak per lah abang malas nak pikir pasal kawin2 nih, tunggu habis study dulu lah. abang pun dah beritahu mak abang, sila jangan stresskan abang dengan soklan2 tak perlu itew sebelum abang menjadi hulk hogan. bleyh macam tuh?!

since abang nampak sangat banyak bunga, abang kan jiwa kuntum, maka abang dah mengelinjang nak bergambar. so kami pun snappy snappy the happy la kiranya.

gambar dalam bilik dan area smoke house resort.

malam tuh perut dah mengeriang ngeriut kebuluran. yes winter mmg macam tuh kan. lekasss je lapar. lemak2 abang dah bergigilan nak mencekik. kami pun mencari makanan steamboat yang mmg lah enak kalau makan dalam suasana sejuk2 begini. nak cari yang charcoal grilled punya steamboat sekali semuanya tak halal dik. abang masih islam dik walaupun yang ikot abang nih (si janu dan iTek) adalah bukan islam. mereka pun tidak hadap nak makan babi mahupun meminum arak. iTek tidak minum by the way. janu pulak easily drunk so dia tak akan minum lagipun dia pemalu dik. so kami makan yang halal2 saja. baik kan kawan kawan abang. esoknya pagi lagi abang dah keluar pergi ke boh plantation. cilakak, tutup dik. senin dia tak bukak. abang teros sentaphatimaknak naik ke mossy forest hill dik. naik separuh jer sebab abang tak confident. kabus tebal. abang dah iTek jer naik. 2 ekor lagi tuh kena tinggal sebab tak bangon lagi kau. ha ha ha. jahat tak abang. tak kuasa aku nak nunggu okeh. lantas kami ke cactus point posing2 some more dan survey harga pokok bunga. mak abang suruh beli bunga. abang bakal sampai ke kelolumpur hari rabu. kemdian, kamis jemahat sabetu baru balik seremban. 3 hari abang nak kena siram pokok bunga?? hah abang call mak abang lalu abang sajes kita beli kat pasar tani jer. ha ha ha ha. dia nak bunga raya la dik! bunga raya banyak kat bawah sana. perlu ker abang menyusahkan bawak bunga raya dari atas tanah tinggi nih. dah la tuh nanti tiba2 pokok tuh terkejut panas habis tiinggal ranting jer.


abang, makanan yang sangat banyak, brinchang dan cactus point. meriah kan dik~

last day tuh kami ke boh plantation. tak kira abang nak jugak makan breakfast yakni nasik lemak kat atas tuh. tup tup ada event la pulakkkk.. cilakak punya boh dia tak juai nasik lemak sebab nasik lemak kasik kat mat salleh and minah salleh makan. dabel standard kan. abang dah mencarut2 dalam hati sebab tak puas hati. nasib baik lah abang disabarkan oleh kawan kawan abang. then mereka ajak abang bergambar2an. nasib baik dik.. nasib baik dalam bergambar kena senyom maka hilang sekejap kesentapan abang tidak dapat santap itu nasik lemak. once the mat and minah salleh were gone rupa2nya nasik lemak tersebut dijual. apa boleh buat dik, kat malaysia malaysian second tau. first owes mat minah salleh and mak pak arab. ermm kau tahu dik berapa abang balun nasik lemak tuh? dua bongkos dik!!! dua!!!! abang nak beli lagi dua tapi syahir suruh abang mengucap dan beristighfar. kata dia, abang nak drive jap lagi maka janganlah makan banyak2 nanti ada yang tertidur lalu kereta akan bergerak sendiri terus ke rahmatullah. maka abang pun teros bertaubat.




di boh plantation, breakfast dan bergambar sakan sebelum balik.

nak balik punya hal pulak. abang feeling2 minyak cukup. sekali dik half way turun dari brinchang ke simpang pulai minyak punya meter sudah menyala. iTek cakap boleh lagi 30 KM, tapi batu tepi jalan cakap ada 52 KM. kau nak mampus suruh abang menapak 12 KM cari minyak? abang dah cuak. mampus abang tak bercakap sebab abang dah pening kecuakan. tapi alhamdulillah kami sampai ke stesen minyak dengan jaya nya. masa tuh jugak la segala otot2 otak dan pundi kencing mengendur dik. abang tak tahan nak terkencing. kau tahu dik... abang masuk tandas wanitaaaaaaaaaaaaa!!! babi sangat kan! kemdian abang dah cuak ke tak terhinggaan! abang takot di chop pervert dan dipukul ramai2 dik. dah la abang nih botak dan persis penjenayah kan. sudahnya abang gagahi jugak keluar dari jamban itu dan abang yang menjerit. ada 2 perempuan cina anak beranak dalam jamban tu tapi mereka buat bodoh jer. sumpah! abang rasa bodohhhhh sangat. lekas2 abang jerit budak2 nih suruh masuk dan drive teros ke highway. dengan itu abang nak cakap, sekian terima kasih. bye~~


-cAYIEmeron hAYIElands-






Posted by Picasa

No comments: