abang nak ucapkan selamat tahun baru masihi kepada sesiapa yang menyambut tahun masihi. yang tak sambut tak apalah. abang tak berniat nak bercerita benda yang sama berulang kali pasall Al-Masih nih. so sapa yang suka boleh sambut tak suka ataupun tak sesuai tak apa lah. abang pun keluar malam new year nih pun sebab mengelinjang nak ambik gambar bunga api. bukan lah satu keperluan pun. cuma suka suka nak suka kan hati. tak pun melalaikan rasanya sebab abang tak der membuat kanun acara janayah. lebih baik la ambil2 gambar dari duduk dan mempertikai dan memperlekehkan iman orang yang tiba2 menjadi orang yang sangat alim padahal, mengaji pun tak pernah khatam kan?
so malam tuh abang pun pergi la ke hulu langat look out point sebab kat situ nampak sebahagian Kuala Lumpur ketika larut malam. masa tuh jugak kita boleh insafi betapa membazir nya kerajaan kita rakyat Malaysia. maka memang patutlah kerajaan menyuruh rakyat mengubah cara hidup. ramai sungguh lah umat manusia lelaki, perempuan, dari 1Malaysia ni dan macam2 la bahasa yang kita boleh dengar. kalau dari kalangan melayu nih ramainya yang berbahasa kechek-kechek dan ghoyark-ghoyark. yang bagusnya orang2 yang mencegah dan memberi peringatan tentang perkara2 kanun acara jenayah ada berkeliaran. abang suka dik. mereka cuma menjalankan tugas walaupun ada yang kata ala derang pun tak la baik sangat. abang sampai dalam half past 10pm. semua restaurant penuh. abang cuma mampu makan kat kedai arab tuh jer sebab, hello selepas turun dari puncak restaurant panaroma tuh abang tak larat dik nak turun naik semula. habis tayar abang nih.
Kedai Arab tuh. makanan dia abang bagi 4/10. servis dia abang bagi 8/10. tapi waitress dia abang bagi 10/10. graduate melbourne you! mau tak mengelinjang abang kan?
pusing punya pusing punya putar turun naik, last sekali abang hampa sebab penuh dik umat manusia sebab semua pun nak mengambil gambar bunga api. last2 abang duduk je di lereng bukit serupa macam bangla. tapi dik, abang bawak SLR tau, compact camera pun ada. yang penting abang tak bawak nasik goreng yang dijadikan jamuan hari raya yer dik. okeh belum sempat abang bukak tripod dah tak menyempat2 orang KLCC dan KL Tower memancutkan bunga api. hampeh! abang dapat tangkap gambar lite2 jer.
Bunga Bunga Api di tahun baru.
Abang balik jam 2 pagi. kejap jer keluar. abang bukan la orang yang liar nak keluar sampai ke suboh terkepit2 dengan perempuan dan sebagainya. cuma abang mmg jalan kepit sebab abang kan gems! tak baik tau carut abang. kawan abang besdaynya minggu lepas. tapi tak sempat la nak celebrate sebab dia busy dengan debate la apa lah. so abang pun belanja la dia minggu nih. nasik biryani claypot. pergh, abang terinzal dik. panas, pedas dan menyenggau! ouh abang bari tahu yang adik abang yang paling kecik tapi badannya tak kecik langsung suka kan laddooo. **mampos teringat pasal laddoo dengan kak far** ha ha ha.
Claypot Biryani
On the 1st day of the newest year, abang balik seremban sebab adik abang yang baru dapat bonus tuh nak belanja nasik arab damsyik. asyik dikkkkkkkk~ 2 hari berturut2 ker dua tahun berturut2 abang makan nasik arab. insya allah abang lepas nih boleh la berbahasa arab tanpa perlu belajar dan boleh baca quran lalu cut and paste sajork. teros abang boleh jadik mufti untuk buat hukum. nasik arab nih terbaek. tapi of course la tak boleh celen yang di england esp yang di Newcastle tu. terdeMMit jer bila terkenangkan shihs kebabnya.
Nasik Arab Damsyik.
on the second day of the newest year, adik abang tiba2 jer membuat plan yang impromptu nak buat BBQ. abang cakap, ini macam boleh matik kerana makan. so masing2 contribute lah daging masing2. eh maxud abang contribute la apa yang nak dibakar. abang sponsor lamb (jahat tau, abang kena beli benda yang mahal). emma beli ikan and farhana ayam. masa bakar bakar tuh sahabat baik arwah ayah datang melawat. tapi dia tak boleh makan sebabnya dia dah makan. ermm abang senang jer, kalau tak nak makan, pandang jer la abang makan kan? bukan kita tak ajak. sungguh2 dah ajak. ngahahahaha.
BBQ and dinner dengan family. Abang pedak dengan makanan dik. mampus abang kena lari berkilometrico lepas nih dalam gym kan? lepas tuh merongot bila nak koros! apakah??
-hAYIEppy nAYIEw AYIEar-







No comments:
Post a Comment