ohoiiii blog,
tadi abang dengar IKIM FM. ye lah abang ni jahilkan, kena la dengar saluran2 pengetahuan macam tuh kerana abang kadang kadnag tak sempat nak ke masjid ke surau bagai. ok that isnt the point. masa kul 730pm ada siaran ulangan motivasi pagi. abang nak extend sikit la kat sini sebab abang rasa sangat menarik contentnya. focusnya tentang penghargaan dan menghargai adalah titik jati diri menginsafi sejarah asal usul kita. ceritanya;
satu tengah hari seorang anak remaja berumur belasan tahun yang panas darah mudanya telah bergaduh dengan ibunya. lalu pergaduhan tu menjadi sangat intense sehingga ibu tadi hilang sabarnya dan menghalau anak tadik keluar sebelum sempat makan tengah hari. anak tadi berkecil hati tidak bertangguh lari dari rumahnya dan keluar sehelai sepinggang. tidak ada duit dan tidak berkenderaan dia berjalan tanpa tujuan sehinggalah perut yang berkeroncong tadi menyuruh dia berhenti di satu kedai makan. hendak berjalan, perut lapar, hendak makan duit pulak tak ada. berdirilah dia di hadapan kedai dan melihat orang yang makan dan makanan yang lazat lazat.
lama berdiri, lalu dia disapa oleh tuan punya kedai. 'Adik nak makan?' dan dijawab penuh riak wajah kasihan 'Nak. Tapi saya tak ada duit pakcik'. tuan punya kedai tersenyum 'Tak apa lah. Pakcik belanja'. sepinggan nasik dan lauk serta segelas air. lalu anak remaja yang marah tadi makan dengan air mata yang berlinangan mencurah2 sehingga merisaukan tuan punya kedai. 'Kenapa adik menangis'. kata anak tadi membalas 'Pakcik baru kenal saya tapi pakcik telah memberi saya makan dan minum. saya bukan siapa siapa pun kepada pakcik. Ibu saya, halau saya keluar sehelai sepinggang masa kami bergaduh tadi. saya sangat berterima kasih dengan pakcik~!'.
pakcik empunya kedai menggeleng kepala beristighfar. 'Adik, tahu tak yang ibu adik selama belasan tahun, dari adik kecik sampai lah adik melarikan diri (ok part nih abang bantai gelak okeh!) memasak, memberi adik makan dan membesarkan adik, ? apa yang pakcik buat ini hanya sedikit dan kalau nak dibandingkan dengan ibu adik, dia yang layak menerima ucapan terima kasih tu.'. anak remaja tadi amat terkejut walhal bagi sesetengah orang perkara ini adalah enteng dan suatu yang biasa. anak tadi disuruh makan lekas dan diarah pulang oleh pakcik empunya kedai.
secepat mana dia lari dari rumah maka sepantas itu jugak lah dia pulang mendapatkan ibunya. sesampainya di rumah ibunya tadi telah seolah olah seprtinya ibu kucing kehilangan anak tidak keruan. nampak sahaja kelibat anak tadi dipeluk dicium anak tadi dan tidak segan mahupun silu menyatakan kerisauannya. nasik yang dimasak tengah hari tadi sudah pun sejuk dan tidak berjamah. seorang anak yang lari dari rumah, boleh makan dan masih marahkan ibunya sehingga pakcik tadi menyedarkan perilakunya. tapi seorang ibu yang anaknya lari dari rumah, kalau lah boleh nyawanya hendak ditukar ganti.
ok apakah moral disebalik cerita ini? ceritanya adalah tentang penghargaan, dan menghargai. ibu yang selalu masak dan selalu membuat kebaikan kepada kita jarang sekali kita hargai ataupun jelas di mata kita. tapi orang asing yang baru buat sekali kebaikan kita angkat melebihi mereka yang selalu berjasa kepada kita. orang yang tidak berterima kasih kepada orang yang selalu berjasa kepada orang yang selalu memberi kebaikan kepadanya adalah orang yang sombong. orang yang sombong tidak akan berjaya kerana allah dah tetapkan orang yang riak dan sombong akan mengangkat dirinya sendiri untuk dia sendiri jatuhkan. be thankful esp dengan mak dan ayah. kalau tengok orang yang bijak pandai, bila tulis thesis kan mesti ada satu bahagian acknowledgement dan biasanya mereka akan berterima kasih dengan ibu dan bapa, dengan isteri dan keluarga kemudian dengan supervisor ataupun yang rakan sekerja yang membantu.
| Eh abang ada gambar Masjid Shah Alam |
dalam seharian selepas solat kita akan bertasbih. ucapan pertama adalah memperakui kesucian Allah. maka kita beriman dengan sifat2 wajib dan mustahil bagi Allah. kemudian kita bersyukur dengan nikmat yang diturunkan dipinjamkan dianugerahkan dengan ucapan tasbih Hamdallah tanda terima kasih kepada pencipta kita. nikmat yang allah berikan ini mendorong kita untuk berjaya. ada yang menjadi kaya, ada yang menjadi terkenal. kemudian kita ucapkan tetap Allah jua lah yang Maha Besar. mana boleh lebih berlagak dan lupa diri kan?
-tawAYIEdhu'-
No comments:
Post a Comment