ohoi blog,
cuti hari buruh jatuh hari ahad maka dipanjangkan kepada hari isnin. maka abang dengan mengelinjangnya balik ke rumah adik aban di seremban. abang balik lepas kerja that was on friday. dah siap2 makan kat serdang sebelum bertolak ke seremban dan abang tak bagitahu mak pun. mak ni cepat risau sebab tuh abang malas nak bagitahu dia. dari serdang ke seremban kalau bawak 130 kilometrico sejam boleh sampai dalam setengah jam. tapi oleh kerana abang bukan orang kaya maka abang sekarang bawak 90 kilometrico sejam kerana sudah jeran dan serik membayar kompaun saman kepada polis mesia yang tak boleh diharapkan langsung. lagipun boleh menjimatkan minyak maka abang tak perlu lah nak bising2 pasal kenaikan harga minyak bagai. abang pun boleh la jawab, 'tak apa, rakyat malaysia mmg suka kerajaan naikkan harga minyak **mata ke atas, ye keatas, tangan ke bahu**'. aci tak jawapan penafian macam tuh?
Sabtuday: 30th May 2011
hari sabtu tuh adik abang dan adik ipar abang masing masing masih lagi bekerja sebab mereka nih kerja swasta. tgh hari tu mader (mother) abang tak berapa nak masak sangat sebab dia dah ambil leave awal. tak aci tau mader. mementang abang ada kat rumah abang la kena masak. abang masak biasa2 jer. mader abang dengan adik-adik ipar abang pergi birthday party kawan adik abang. malam tuh akibat keboringan dan adik-adik ipar abang dah gaji maka mereka pergi memborong di pasaraya Giant dan membeli bahan2 membuat oblong. maka pre labour day kami menghentam oblong. ermm abang makan tak banyak dik, abang makan 2 jer sebab oblong yang adik-adik abang buat nih comel sangat. abang rasa nak lempang jer diri sendiri bila 3 kali gigit dah habis. nasib baik dia orang buat banyak! ha ha ha.
Ahaday: 1st May 2011
ok abang ambik tender masak lagi dan suruh mader berehat. adik abang si emma (yang selalu ada perasaan perasan chantek tuuuu) tolong abang. kami plan masak ikan kukus, ikan masak macam macam rasa, sayur campur dan buttered prawn. ok emma banyak tolong abang prepare all the ingredients, and faraHanna teman abang pergi pasar pagi pagi buta lagi. yang bestnya bila abang masak bebudak nih suka nak tolong sebab abang kan suka buat cerita dan suka buat hati orang girang. so abang rasa nak tukar nama lah. instead of encik azrin yang garang, jadik encik azrin gemuk yang girang? ok tak nama tuh? abang nampak comel dengan nama baru nih kan?
abang start masak dalam jam 4 petang dan jam 7 malam selesai semua. ambik2 gambar sikit lepas maghrib dalam jam 745 malam start makan. last time makan makan, lima belas menit dah settle dan abang beranggapan sebab lauk sikit. kali nih abang tambah la portion lauk dan satu lagi lauk tambahan. jangkaan abang masih meleset. jam 8 malam dah siap selesai semua dan kali ni adik abang yang paling kecik tak berapa nak kecik champion. ha ha ha.
tersedak kekenyangan abang tertidur awal malam tu dan terjaga kembali ditengah malam. mampos tak dapat tidow. faraHanna plan nak masak nasik lemak rendang kerang esoknya. dia ajak pergi jeram toi tapi abang malas nak drive. emma pun cakap lebih baik dia gosok baju. si apit dengan ayap dah kecewa2 dah muka masing2. esoknya tuh abang bangun kul 12 tgh hari kut? masa tuh faraHanna pun dah siap masak. abang bangun gosok gigi dan membaham jer.
Seninday: 2nd May 2011
adik ipar abang si neezam, kerja pulak senin tuh. ye lah dia tu kalau tak pergi kerja nanti kompeni dia boleh terlungkup tutup. he he he. abang suka sebab adik ipar abang rajin bekerja. last minute punya plan kami bungkus2 nasik lemak tuh dan drove to Jeram Toi lepas neezam balik awal (dia kena panggil buat overtime rupanya. so boleh balik bila2 masa pun). dalam kul 330 sampai kat jeram toi tuh. setengah jam dari seremban rupanya. tak jauh t api jalan pusing2 jugak lah. ouh abang tak drive tapi jadik boss besar girang kat seat belakang dengan adik abang yang tak berapa nak kecik tuh. faraHanna boleh abang anugerahkan sebagai pemandu rempit perempuan terakhir di muka bumi malaya ini. abang bertaubat nasuha tidak lagi mahu naik kereta dengan dia. kecut teloq abang nih sebab abang punya tak sebesar anugerah setan tuh. keloper panjang menjelo. ha ha ha. jahat tak abang. sapa paham, sila la paham yer. yang tak paham tu buat2 la paham.
mader abang nih terkenal dengan perangai acik2 peramah sempat dia berborak2 dengan budak2 yang datang jeram toi masa kitorang pergi mandi. yang kelakarnya memula sorang jer datang borak dengan mader abang, last2 abang tgk bebudak dalam geng tuh datang kerumun mader abang berborak2. 'acik nih best lah berborak. open minded'. abang pengsannnnnnn dik!!! nampaknya memang kopem la abang nih anti social. kan??
last sekali abang pergi mandi air sungai or air terjun was masa tingkatan empat. masa tuh ada air terjun taman suria belakang maktab. ha ha ha. kena 'fly' kata budak2 masa tu kalau nak panjat pagar maktab nak pergi mandi manda. tapi abang tak boleh fly, abang cuma merayap macam hantu ju-on tuh jer. punya la seronok dapat mandi air terjun tapi malangnya dalam kul 430 macam tuh hujan dah rintik dan sekejapan tuh jer teros lebat. mader cakap jangan tunggu lama2 lah sebab dia rasa tak sedap hati pulak. well she has a point kerananya abang pun risau pasal kepala air yang boleh turun macam kepala naga. tapi abang paling takut kepala takok anugerah setan tuh. sudah memancot2 air nya tapi tidak pulak mahu mengaku. cheh stor kunyit sungguh.
sampai rumah masing masing menggelupur lapar sebab masa balik tuh tak sempat makan pun. naik2 jer dari jeram tuh teros hujan mencurah2. makan la nasik lemak tuh dengan kopi panas. dah tak tahu dah mana satu breakfast mana satu lunch ataupun dinner. pas tuh abang pun dengan baik hatinya cakap, kul 9 malam nanti kita pergi makan kat luar. abang belanja makan sup ekor. ada satu kedai nih si emma suggest kitorang pergi makan. makanan dia okay lah. persepuluh abang bagi 7. service agak slow so abang bagi 2 persepuluh. harga pulak boleh tahan untuk value-against-portion. abang bagi 7 persepuluh sebab ada nasik goreng yang kurang bahan dalam tu. banyak gelak dari makan sebenarnya. he he he. abang rasa sangat happy dan itu escapism dari kerja2 yang terbaik buat tahun ini. 3 hari makan tanpa henti dengan keluarga. jeram toi adalah revisit memoir masa sekolah menengah. best.





No comments:
Post a Comment